Showing posts with label Kian Classic. Show all posts
Showing posts with label Kian Classic. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

Review on Kian Classic.

Oh, hai! Lama tak jumpa.

 

Biasalah, blog sekarang dah jatuh prioriti nombor 12 kot selepas kewujudan Twitter, Instagram dan pelbagai laman sosial yang lain. Kalau dulu, kebanyakan blogger hanya expose cerita kat belog je, tapi sekarang dah banyak bocor kat tempat lain dulu. Kadang-kadang, dah naik basi baru nak cerita kat blog. Kiranya, zaman kegemilangan blog dah tak macam dulu lagi. Tak berapa nak ekslusif dah.

 

Apa-apa hal pun, perkara best lagi syok kalau dikongsi kat blog, kan?

 

Boleh exaggerate lebih-lebih. heh. Nah, macam biasa, kalau aku ada purchased apa-apa produk atau barang best, aku suka kongsi secara detail kat Xeatopia ni. Dah kata perkara best, haruslah dikongsi bersama, kan.

 

Ramai sedia maklum, aku memang pelanggan tetap Groupon.my. Setiap hari, jarang gagal lah mengushar apa-apa produk baru kat situ. Nak dijadikkan cerita, dalam tempoh aku kalut buat persiapan untuk pindah masuk rumah baru hari tu, macam-macam pulak promosi barang rumah keluar kat Groupon nun.

 

Salah satunya, ni...

1350352202454

  8' x 6' TV Cabinet from Kian Classic. Lepas diskaun lebih 50%, dapat lah lebih kurang RM 1,488. Sebelum ni, kami ada jugak survey harga kat company lain, memang majoriti quote harga dekat RM 3,500 untuk measurement yang lebih kurang sama!

 

Maka, lepas berbincang lakibini, aku terus beli kupon ni beberapa bulan sebelum kami pindah masuk rumah baru. Lepas tu, pergi ke outlet Kian Classic paling hampir dengan rumah, untuk redeem kupon pada tarikh yang dah ditetapkan. Buat appointment, staff Kian Classic akan datang rumah untuk buat measurement dan bagi sedikit consultation berkenaan lokasi dan warna kabinet.

 

tv cabinet

Gini lah rupa 3D design after consultation dengan designer.

 

Memandangkan beli pun masa promo, maka senarai menunggu tu agak panjang lah.

 

Lebih kurang seminggu lepas pindah masuk rumah, barulah kerja-kerja memasang kabinet TV dilakukan. Hambik kau habuk kayu berterbangan serata rumah. Berpeloh cik abang Cfu kite tolong menyapu, menvakum dan mengemop lantai. Mithali betul. auwww.

 

P1060362

But don't worry much lah. Staff Kian Classic adalah sangat profesional dan cermat dalam membuat kerja. Sebelum letak barang-barang semua, diorang siap alas dulu lantai dengan kanvas. Takut tuan rumah sentap lantai rumah baru calar—balar, kan. Mau aku canang satu blog nanti.

 

P1060368

Hasil kerja pemasangan pun sangat kemas. Aku dan Cfu sangat berpuas hati lah dengan servis dan layanan daripada Kian Classic ni. Highly recommended lah, senang cerita. Ni memang komplen ikhlas dari hati tau. Takda komisen sesen pun. Nasib laaa kau punya kitchen cabinet kemain mahal, kalau tak memang aku tak pandang company lain dah. Tang tu pandai pulak dia tak buat promo kat Groupon, kan. ciss.

 20130129_182453

Kalau tak kerana Groupon, tak merasa lah orang kebanyakan macam aku nak pasang kabinet TV lekat camni, ye tak. Simple aje pun. Takde lah pesen canggih futuristik zasss kuar lampu kaler liplapliplap ke ape. Jadik lah buat lepas angan-angan sendiri. Aisehh, Tv pulak nampak secoet je dalam gambar ni. hurrmmm... *korek tabung*

 

 

HER : Ada satu lagi perkara best ai nak recommend. Tungguuuuuuuu