Bersempena dengan sambutan hari lahir aku, merangkap Hari Bapa dan hari-hari apa pun Alfiy tak peduli, kami sekeluarga berangkat ke Holly wood untuk bertemu janji makan Tutti Frutti dengan Angelina Jolie.
err.. Hollywood kat Asia Tenggara je (-_-)
Ini landmark wajib untuk posing. Dulu, datang Singapore masa zaman bujang trang tang tang, pernah tanam niat nak datang lagi dengan famili sendiri. Alhamdulillah, tertunai sudah.
Universal Studio Singapore ni ala-ala Genting Highland Theme park jugak lah. Dan, semestinya jauhhhhhhh lagi best! Kalau tak, buat apa orang sanggup bayar mahal-mahal nak masuk sini, kan. Pergi hari minggu, one day pass masuk sini adalah SGD 72.00 per pax, dan currency rate masa tu adalah 2.43, so you do the math *pengsan* Nasib baiklah budak bawah 4 tahun PERCUMA. Tiket ni dah beli online siap-siap kat Poto Travel, nak beli over the counter, ramai gila orang weh masa hari minggu. Tak kuasa nak beratur.
Sampai je kat pintu masuk Universal Studio Singapore, aku dengan Cfu bukan main terkinja-kinja suka. Kau ingat senang nak realisasikan impian kami yang satu ni. Makan tahun kot. Lain lah kalau aku ni jutawan, malam ni jugak boleh selamba terbang pergi sana. Alfiy? Macam biasa, takde perasaan. Siap boleh mengaruk kepanasan dalam stroller. haih lah anak. Tak bagi can langsung mak bapak dia nak menjakun kejap.
Tengoklah, dengan semua karakter Hollywood pun kitorang nak ambik gambar. Ini tak termasuk Charlie Chaplin, Frakenstein dan entah karakter apa lagi yang tak kenal pun sibuk nak jugak. Kemain jakun. heh.
Far Far Away.
Tempat yang paling aku suka. Alfiy pun sama! Especially tayangan Shrek 4D. Serius besh woh! Kat Malaysia takde ni. Rasa macam nak tengok 8 juta kali *metafora* Alfiy pulak behave je masa tayangan, dengan cermin mata Ogre nya. Tergamam tengok Shrek ada depan mata kot. Lepas tu, masa si Donkey bersin, siap boleh rasa macam terpercik-percik air gitu. Cuma parents yang bawak bayi, kena duduk kat barisan kerusi khas kat tengah-tengah, so masa aksi Shrek naik kuda, kitorang tak merasa lah kerusi gegar-gegar macam orang lain. Bahaya kot, gegar dia bukan sikit-sikit.
wah wah, emak siapa lah men-diva di celah-celah ratusan orang ramai ni :P
Memandangkan ketinggian Alfiy masih tak melepasi tahap piawai, jadik kami terlepas untuk merasa kebanyakan riding experiences macam roller coaster semua tu. Tapi aku macam tak heran sangat sebab dah puas main kat Genting kot. Lebih kurang je. Lagipun, aku kan jenis mabuk, kang sibuk melayan aku punya mabuk je.
Kalau dah memang niat datang nak main semua games yang ada kat dalam Universal Studio ni, lebih baik datang dengan kawan-kawan je. Takyah bawak anak kecik. Tapi kalau sekadar nak bawak anak jalan-jalan dan luangkan masa berkualiti bersama keluarga, ambik-ambik gambar, dan tak kisah dapat main Merry go Round je, kira ok lah datang sini, kan. Takpun, korang laki bini bergilir-gilir lah untuk babysit.
Apasal lah menda alah Nachos ni takde jual tepi jalan kat Malaysia eh? Kalau ada, konfem aku jadik pelanggan setia.
Satu lagi attraction yang aku paling suka ialah Lights! Camera! Action! Hosted by Steven Spielberg. Dia punya special effects ribut taufan semua tu macam real lah weh, sampai terjerit-jerit aku tanpa segan-silu sebab cuak tiba-tiba keluar Titanic betul-betul kat depan mata aku. LOL.
Kat sini je lah yang mampu untuk beli souvenir buat sanak-saudara di kampung. Cewah, ayat aku macam lah pergi melancong pergi Amerika, kan. padahal kat negara jiran sebelah je.
Sebelum balik, sempat buat wish kat sini nak pergi negara kangaroo pulak lepas ni. Takpun Hong Kong Disneyland ke, takpun Paris ke. heh.
HER : Penatnya nak upload gambar! Cukuplah ni je. Mana lah tau kot-kot korang nak ke sana jugak nanti, kan. Tak surprise lah pulak. Untuk tips paling jimat nak ke Universal Studio Singapore ni, aku bagi kat entri seterusnya la, eh. Itupun kalau aku rajin :p
**UPDATE** : Tips & Tricks to Universal Studio Singapore (USS)
xeaa.....bestnye..rase cm nk jerit2......hahahah...teringin sgt nk pegi..siap kumpul duit smpi duit da nk abis blk....hohoh..hopefully next year bile 2nd baby da besar sikit dpt la pegi kn......nk g jejeauh harus x mampu.....
ReplyDeletexeea, tolong bagi tips nak ke sana ya. plan nak kesana insyaAllah.
ReplyDeletebtw, gambar mantapppp!!! camera baru katakannnn :P
Masyaallah memang bestlah!
ReplyDeletekite dulu pegi ngan family ex tunang pon tak sempat pegi merata cenggini. hihi
bajet please!
wah best nyer dah sampai universal studio....
ReplyDeleteplan nk p sane jugak ujung tahunnnnnnnn
Xeea, tolong bagi tips okeh! Tak sabar nak tahu, tengah dlm planning jugak neh :)
ReplyDeleteInsyaAllah!
nak pergi nak pergi nak pergi. last pi spore universal studio ni tak siap lagi. nak pergi. bg tips erk supaya tahun dpn dpt award pensyarah tercantik lagi.
ReplyDeletemummy dengan daddynya yang sakan, alfiy sampai terlena dalam stroller. haha =)
ReplyDeletetanam niat nk kesana jugak..insyallah next year
ReplyDeletenak tau jgk tips nyer.....
ReplyDeletenak pegi jauh2 belum mampu, kalau ade rezki nak jgk ke sanaaa...hehee cantiknye gambar...suke tgk :)
Best nya. Erm teringin nk tgk universal studio plak. Mn lg best everland korea ke universal:-)
ReplyDeletewoh best gila! patut xeaa lama takda kat twitter. hahaha, ok best sgt sampai rasa nak start menabung hari ini.
ReplyDeletei pegi mase 37wks preggy so rides sume takleh naik... yg shrek tu pn takleh tgk tp tak kesah pun..janji ada quality time dgn en hasben..hehehe
ReplyDeleteKak xeea guna camera apa? All the pictures are so clear! Btw alfiy is so cute! :D
ReplyDeletebaru merancang nak ke sana
ReplyDeletetolong eh bagi segala tips dan panduan..
wahhh best best ada gak plan nak ke sini xeea plis buat review tips, bajet semua ye plis plis plis hehe
ReplyDeleteHyee Xeaaa!!!
ReplyDeletehehehhe, igt lagi tak kite??
jumpa kat IOI Mall haritu? Jusco?
beli baju melayu sama2 tu...
hehehhehe. baru sempat tau nak jenguk blog u...
hehhehehe, anywez,,,,,
alfiy mmg ramah kan?
cantik gambar
ReplyDeleteni pakai camera lumix tu ker?
selalu missed entry xeea T_T lambat!
ReplyDeletelylie :
ReplyDeleteKumpul sikit-sikit mcm kitorang, you. InsyaAllah boleh punye. Nak tunggu betul-betul kaya, masa tu tak heran lah setakat USS je :p
farah :
Tgh kumpul mood nak buat entri tu. heeee err, gambar mantap? opkos laaa, bakat semulajadi lah katekan. heeee
reen :
Bajet huh? Akan cuba dibentangkan kemudian.
juju :
wah wah, seronok lah Anggun!
azie :
Nk buat entri tu, nak kena ade upah dulu. heeee
fad :
Nak tips? Bak seploh hengget :P
honey :
Biasalah, makpak dia yg over. Alfiy tak peduli ape pun. huhu
Luv like this :
x sangka pulak ramai yg dah tanam niat nak ke sana. Jgn lupa pakai sun block tau, panas!
hanie :
Thanx Hanie. eh, kite mmg berbakat semulajadi, tanak hire jd co-photographer Fuzuri Design ke :p
hanys :
opkos la yg Korea punye menang kotttt
wardah :
Biasalah, i kalau bercuti, nak kena fokus. Tade main twit twit nih. hahahahaha
fara :
No worries, next time boleh bawak Iqbal pulak. Lg besh tau.
anon :
Gunalah LX5! *ayat promo* hehehehe thnx by the way!
dayu :
Boleh, boleh. Tips plg penting, duit nak kena kumpul, plg kurang 1000++ heee
nurul :
Sedang diusahakan. ai sedang membusy lah u.
Umie a'iesya :
Salam pelok shiom kat Wafiy hensem!
mama shifa :
opkos laaaaaaaa ditambah pulak dgn bakat semulajadi :p
sharena :
Awak tak feed RSS kot. Tu yg tak dpt latest update for latest entry.