Oh, hai! Lama tak jumpa.
Biasalah, blog sekarang dah jatuh prioriti nombor 12 kot selepas kewujudan Twitter, Instagram dan pelbagai laman sosial yang lain. Kalau dulu, kebanyakan blogger hanya expose cerita kat belog je, tapi sekarang dah banyak bocor kat tempat lain dulu. Kadang-kadang, dah naik basi baru nak cerita kat blog. Kiranya, zaman kegemilangan blog dah tak macam dulu lagi. Tak berapa nak ekslusif dah.
Apa-apa hal pun, perkara best lagi syok kalau dikongsi kat blog, kan?
Boleh exaggerate lebih-lebih. heh. Nah, macam biasa, kalau aku ada purchased apa-apa produk atau barang best, aku suka kongsi secara detail kat Xeatopia ni. Dah kata perkara best, haruslah dikongsi bersama, kan.
Ramai sedia maklum, aku memang pelanggan tetap Groupon.my. Setiap hari, jarang gagal lah mengushar apa-apa produk baru kat situ. Nak dijadikkan cerita, dalam tempoh aku kalut buat persiapan untuk pindah masuk rumah baru hari tu, macam-macam pulak promosi barang rumah keluar kat Groupon nun.
Salah satunya, ni...
8' x 6' TV Cabinet from Kian Classic. Lepas diskaun lebih 50%, dapat lah lebih kurang RM 1,488. Sebelum ni, kami ada jugak survey harga kat company lain, memang majoriti quote harga dekat RM 3,500 untuk measurement yang lebih kurang sama!
Maka, lepas berbincang lakibini, aku terus beli kupon ni beberapa bulan sebelum kami pindah masuk rumah baru. Lepas tu, pergi ke outlet Kian Classic paling hampir dengan rumah, untuk redeem kupon pada tarikh yang dah ditetapkan. Buat appointment, staff Kian Classic akan datang rumah untuk buat measurement dan bagi sedikit consultation berkenaan lokasi dan warna kabinet.
Gini lah rupa 3D design after consultation dengan designer.
Memandangkan beli pun masa promo, maka senarai menunggu tu agak panjang lah.
Lebih kurang seminggu lepas pindah masuk rumah, barulah kerja-kerja memasang kabinet TV dilakukan. Hambik kau habuk kayu berterbangan serata rumah. Berpeloh cik abang Cfu kite tolong menyapu, menvakum dan mengemop lantai. Mithali betul. auwww.
But don't worry much lah. Staff Kian Classic adalah sangat profesional dan cermat dalam membuat kerja. Sebelum letak barang-barang semua, diorang siap alas dulu lantai dengan kanvas. Takut tuan rumah sentap lantai rumah baru calar—balar, kan. Mau aku canang satu blog nanti.
Hasil kerja pemasangan pun sangat kemas. Aku dan Cfu sangat berpuas hati lah dengan servis dan layanan daripada Kian Classic ni. Highly recommended lah, senang cerita. Ni memang komplen ikhlas dari hati tau. Takda komisen sesen pun. Nasib laaa kau punya kitchen cabinet kemain mahal, kalau tak memang aku tak pandang company lain dah. Tang tu pandai pulak dia tak buat promo kat Groupon, kan. ciss.
Kalau tak kerana Groupon, tak merasa lah orang kebanyakan macam aku nak pasang kabinet TV lekat camni, ye tak. Simple aje pun. Takde lah pesen canggih futuristik zasss kuar lampu kaler liplapliplap ke ape. Jadik lah buat lepas angan-angan sendiri. Aisehh, Tv pulak nampak secoet je dalam gambar ni. hurrmmm... *korek tabung*
HER : Ada satu lagi perkara best ai nak recommend. Tungguuuuuuuu
xeea.... lawa sofa tu beli kat mana? tgh mencari sora gak ni, huhuhu
ReplyDeletecisss berbuih mulut ai cerita pasal TV cabinet, mata dia nampak ke sofaaaaaa *sentap* hahahaha
DeleteSofa lama tu, Aida. Cfu punya dari zaman bujang. Beli kat Carvenzi je. Nak roboh dah pun. Nek beli baru, dah habis melabur kat kabinet! hihihi
xeeaaaaa, i plak nk tanye dinasour ats kabinet tu beli mane?
ReplyDeletekiuttt sgt,
hahahaha larikkkkkkkkkkk... :p
arghhhhhhh *sentap*
DeleteAlfiy tu memandai jadik Eric Leong kecik tolong Mama buat ID. Dinosor belaan dia tu. Beli kat Toys r Us. Bape hengget lupa dah.
how lucky r u! murah giler kot price ko dpt. beb, if ko xbuat lg wardrobe or kc ke, try satu comp kat puchong name golden carpentry. aku buat situ dulu satisfied & affordable ar.
ReplyDeleteTu aaa jackpot! Patu tade pulak Kian Classic buat offer lagi.
Deletehehehehehe aku memang buat KC & wardrobe dgn Golden Carpentry pun. Dah kate dekat ngan rumah, kan. Nti aku up kat next entry plak.
seriousss? haha. aku suka giler golden carpentry. dahlah design mcm2 and they can do exactly as per kite imagine. yelah, dah carpenter katanyeee kan.
DeleteTu aa. I am a very satisfied customer so far. Cuma fulus je tak berapa kencang. Kalau tak, aku hire depa jadik ID tros. Heee
Deleteyer...sila korek tabung beli tv lebih besar yer hahahaha...at least 42 inch..lagi bagus kalau 50 inch ^^ psstt...bile nak jemput datang rumah baru? kihkihhhh
ReplyDeleteTunggu bonus 20 bulan pulak. Boleh beli 5 bijik! hehehe
DeleteLek luuuu babe. Kot2 raya ni ke, insyaAllah. Doa2 lah kami murah rezeki :))
Xeea, i spot dua benda.
ReplyDelete1 is the sofa. Colour mmg in betul dengan zaman skang ni haha. Nice.
2nd is dua ekor dinasour atas kabinet tu, haha. kiut!
arghhhhhhh korang memang tawwwwww!!! *sentap kuasa tiga*
Delete1. Sofa buruk je Ann. ai dah meroyan nak sofa baru. Tapi Cfu kata lekkk luuu. Dia sibuk melabur beli henpon baru. ciss
2. Tu pet kesayangan Alfiy. Now entah dah kat mane2 lah. huu
xea...klau letak carpet kt tengah2 tu lg meletop kot hehe
ReplyDeleteI perasan dah meletop habis hah ni. Hahahahahahahaha
DeleteNot for the moment lah. Sbb Alfiy tgh melasak. Habos punah karpet Pakistan ai nanti dicemari daki :p
Salam,
ReplyDeleteIf u don't mind sharing, U pegi Kian Classic branch mane ye? sbb i pon dok usha nak amik Kian Classic to do either the kitchen cabinet or tv cabinet :)
Outlet Puchong Jaya. Next to IOI Mall, Puchong.
DeleteSalam,
ReplyDeleteIf you don't mind sharing, u pegi Kian Classic branch maner to deal dgn installation semua tu ye? Because i pon dok ngah usha nak wat either kitchen cabinet or tv cabinet with Kian ni... Thanks :)
wow xeea..mmg cantik..bestnya
ReplyDeletetak sabar lak rasanya nak memiliki sendiri rumah teres