Friday, December 16, 2011

Harga Tiket Paling Mahal.

Pada yang telah mengikuti Xeatopia sejak dari zaman aku duduk berjauhan dengan Cfu dulu, tentu tahu yang duit gaji kami tiap-tiap bulan dulu habis buat tabur atas langit je. Ingat? Pada yang tak tahu, boleh lah baca entri ni (Baca : Aku Benci Bau Kapal Terbang) dan yang ini (Baca : Sentimental) ada lah serba sikit cerita pasal kehidupan nomad aku masa tu.


P1030756

Setiap kali hantar aku ke airport, adik-adik akan bersuara,

“Asyik hantar Along pergi airport je, bila pulak ntah kite nak merasa naik.”


Dibesarkan dalam keluarga kelas pertengahan, Mak Abah kerja kerajaan, gaji setiap bulan cukup-cukup setakat untuk tanggung perbelanjaan makan pakai dan belajar kami 5 beradik. Pertama kali Mak Abah naik kapal terbang masa diorang pergi menunaikan Haji. Lepas tu, adalah 2-3 kali outstation ke negeri seberang laut. Itupun semua atas tanggungan kerajaan. Abah memang suka bawak kami satu keluarga pergi cuti-cuti Malaysia setiap kali cuti sekolah tapi, pergi melancong naik kapal terbang tak pernah masuk dalam kamus percutian kami.


Pertama kali aku naik kapal terbang?


Mujur aku bergiat aktif sewaktu zaman universiti dulu, merasa jugak lah beberapa kali naik kapal terbang secara percuma. Pertama kali ke Sabah; masuk Pertandingan Debat Diraja Peringkat IPTA seluruh negara. Biarlah tak menang sesen pun, tapi perasaan dapat naik kapal terbang buat kali pertama tu, jakunnya sampai ke hari ni teringat-ingat :p


Bila dah masuk alam kerjaya, ikut jejak langkah Mak Abah kerja kerajaan jugak, pergi terbang ke mana-mana pun guna geran. Semua kerajaan bayar. Alhamdulillah. Banyak betul aku terhutang budi dan wang dengan kerajaan. Namun, bila terpaksa berjauhan dengan Cfu, nak tak nak terpaksa laburkan duit sendiri untuk ‘beli’ masa berkualiti bersama suami. Mujurlah ada tiket kapal terbang tambang murah. Setiap kali keluar promosi tiket murah, siap-siap dah beli untuk setiap hujung minggu bagi 1-2 bulan terus. Kalau tiba-tiba kena kerja hujung minggu, terpaksa pasrah 'lebur'kan tiket macam tu je.


P1030768

Syukur, salah satu azam tahun 2011 telah termakbul.

Aku berjaya bawak semua 5 beradik naik kapal terbang buat pertama kalinya termasuk Mak Abah dengan tiket berharga RM 5 sahaja. Tak percaya?


P1030919

Nah, bukti.

RM 200 pergi balik KL-Terengganu untuk 8 orang. Siapa nak bagi?


Hampir setahun kot tunggu nak sampai ke hari kejadian. Adik-adik aku sikit punya eksaited sampaikan dari awal tahun dah mark siap-siap kat dalam kalendar. Si bongsu tu tak payah cakap lah. 24 jam dok ulang tanya soalan yang sama je, “Bila nak naik kapal?” heh.


Sebagai permulaan, pergi Terengganu pun jadik lah.


Selain dapat bawak adik-adik naik kapal terbang, dapat jugak ziarah Mak Ayah mertua. Lagi berkat, gitu. Tak kisahlah ke destinasi mana pun. Yang penting, hasrat nak bawak adik-adik naik kapal terbang, telah tercapai.


Mungkin pada sesetengah orang, apalah sangat naik kapal terbang. Tambang murah pulak tu. Tak payah tunggu gaji hujung bulan pun boleh. Tapi, bagi orang kebanyakan macam aku, ia salah satu pencapaian terbesar dalam hidup. Berupaya menunaikan impian dan harapan adik-adik dengan duit hasil titik peluh sendiri adalah satu kepuasan yang tidak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Tuhan saja yang tahu.


ganugateway

Dan, melihat wajah-wajah kesayangan aku gembira adalah priceless.


Biarpun harga tiket murah.

Namun, pulangan yang aku dapat cukup ‘mahal’

:)



** SPECIAL NOTES **

Pada sesiapa yang dah lama tak naik Air Asia ataupun memang tak pernah merasa naik lagi, polisi baru diorang sekarang ialah SILA PRINT OUT SENDIRI BOARDING PASS ANDA. Kalau pergi check in kat kaunter, diorang tolong print boarding pass, automatik kena charge RM 10 satu kepala. Nasihat aku, siap-siaplah buat web check in dan print bording pass sendiri. Dengan syarat, takde luggage lah. Lebih mudah. Tak payah beratur panjang-panjang kat kaunter check in. Terus je pergi kat pintu masuk ke boarding gate. Tapi, kalau ada beg untuk masuk kargo, terpaksa jugak lah beratur kat kaunter tu walaupun dah buat web check in. hurmmmphhh.

11 comments:

  1. yer. mmg best bila buat sesiapa pon bahagia =D

    ReplyDelete
  2. saya pun dah umur 25 tahun, dah kerja, tak pernah lagi naik kapal terbang.

    betul tu, org kebanyakan mcm kita, dpt naik kapal terbang adalah 1 pencapaian. InsyaAllah, ingat nti ada rezeki naik kapal terbang utk buat umrah.

    ReplyDelete
  3. betul tu xeea.
    pernah 2 kali naik kapal terbang.last mase tingkatan 2 kot. Sampai sekarang tak pernah lagi. Air asia tak pernah naik pon. Kalau cakap mesti orang kate jakun tapi biarlah kan nak buat macamana. Tapi satu hari nanti mmg ade plan nak bawa Auf sekali. :)

    ReplyDelete
  4. Xeea, betul ke kawan kita cakap kalau bawa baby tak boleh web check in?

    ReplyDelete
  5. kak gha...

    nnt kt pun kena jadi nomad...sbb gubin dok jauh...sob sob

    jamme

    ReplyDelete
  6. Bahagia kn dpt bwk satu family nek flight. Saya bwk satu family yg first time nek flight ke kk dgn duit bonus. Dptlah rm800 pegi balik untuk 6org ke kk... Happy/:-)

    ReplyDelete
  7. erm mmg priceless bila tgk org tersayang hepi..tetibe touching pulak.heh.

    jeles sbb takde adik beradik ramai..takde adik beradik, anak sedara pun jadikla ek..:)

    ReplyDelete
  8. Sharena :
    Mcm puas hati gila, kan.

    Ryha Feyzal :
    Amin. Mudah2an tercapai impian.

    Yaya :
    Ala, rileks je Yaya. Air Asia tu sama mcm naik bas ekspres je. Lagi sempit pulak tu. huu

    Fie :
    eh, iye ke? Kite bawak Alfiy ari tu boleh je buat web check in.

    Anis_Apis :
    Ingatkan siapa lah Anis ni. Jamme rupanya! hahaha Once u called me Gha, mmg suspect bebudak SAKTI je la.

    btw, be prepared ye dik. Metally & physically. PJJ ni nak kena banyak sabar.

    ReplyDelete
  9. Hanys :
    whoaaa bestnye pi KK! Seronoklah family awak dpt naik flight, lama sket la sejam lebih, kan. hee Yg penting duit hasil titik peluh sendiri, tu yg lagi puas hati :)

    Farhana :
    eh, nak jadikkan kite as adik-beradik pun takpe. heee

    ReplyDelete
  10. Kalu bawa beg sandang blkg pun kena caj jugak ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah. Backpack not counted as luggage unless, berat lebih 7kg kalau tak silap. Kalau excees weight, mmg kena bayar luggage fees utk masuk kargo.

      Once dah buat web check in, boleh terus ke boarding gate. Takyah beratur kat kaunter dah.

      Delete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.