Thursday, October 6, 2011

Makan Malam 5 Bintang.

Cfu yang aku kenali takde hobi macam kebanyakan lelaki yang kemaruk modified kereta, gila gadjet, kaki bola dan sebagainya. Selain basketball, Alfiy dan aku *up diri sendiri*, ‘makan besar’ menjadi kegemaran dia sepanjang zaman. Tak kisah berbelanja besar demi makanan sedap. See the perut lah kan? :p


Sebut je lah restoran mana, dan hampir setiap buffet hotel kat sekitar KL ni dia dah merasa kot. Nak-nak pulak bila kena entertain client kompeni dia, manjang makan kat hotel berbintang-bintang. Pekerja gomen cabuk macam aku ni, Pizza Hut je pun dah kira hebat (-_-)


Selaku isteri mithali yang memahami suami, aku pun belanja Cfu makan besar kat tempat yang dia tak pernah merasa lagi sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3 tempoh hari. Terima kasih Groupon. Tanpa kamu, takde maknanya aku nak jejak kaki kat hotel 5 bintang semata-mata nak merasa buffet BBQ tepi kolam renang sambil disimbahi cahaya rembulan. ewah.


3year

3year_2

Weekend Sunset BBQ Buffet Dinner at Holiday Villa Hotel, Subang. Harga sebenar, RM 92.80 tapi pakai Groupon, dapat diskaun 60% woh! Setahun sekali on special day, kira ok lah kan.


Holiday-Villa-Poolside-BBQ-11

P1030143

Kambing golek terbaekkkk!


3year_3

Antara menu yang dihidang. Dah nama pun BBQ buffet, semua main bakar je lah. Tapi ada jugak mi rebus, bihun sup dan aneka sup buat cuci perut daripada terbakar. Tak kuasa lah aku nak snap semua gambar makanan yang ada, kan. Mana sibuk nak makan, nak kejar Alfiy lagi, nak main suap-suap dengan suami pulak. eh eh.


P1030167

My all time favorite dessert; Bread Pudding.


us

The full and satisfied customers. Burppppppp!



HER : Next anniversary, nak merasa buffet kat Westin pulak. err.. tapi nak kena tunggu diskaun Groupon dulu lah. Takpun MilkADeal ke. heh.

13 comments:

  1. tgk gmbr makanan terus rasa lapar hehe

    ReplyDelete
  2. bagus jugak idea ni eh,beli kat milkadeal or groupon dpt save bajet...nanti akak nak tgk apa2 yg special menjelang november my anniversary month :)

    ReplyDelete
  3. ops
    tiba tiba perut rasa lapar bila pandang kambing tergolek tu
    :P



    * Happy 3rd anniv, Xeea!

    ReplyDelete
  4. nurul :
    lagi2 tgk kambing tergolek tu kan? tempting!

    orked :
    mmg syok woooo

    k suzie :
    dah boleh ushar dr skrg kak. Sbb redeem date dia bukan immediately. Nak kena arrange appointment dulu. Kite ni pun dah book since last month utk dpt tis deal.

    ReplyDelete
  5. Kambing & udang. Pehh, leleh ayaq liuq ceq.

    ReplyDelete
  6. tapi kan MilkADeal ni macam takda untuk tempat kat JB je kan..
    makan hatilah tengok ziha makan kambing golek tu..
    hiks :P

    ReplyDelete
  7. Fie :
    Tangkap leleh woooooo!

    Farhanna :
    Berbaloi lah kan dgn harga diskaun. Kalu harga asal, mau nak fikir 4,5 kali jugak. Heeeee

    Kid :
    Tu la. Mmg area Klang valley je. Tp klu Groupon ade kalau tak silap. Cover area KL, Penang & JB. Kid boleh try kat Dealsnavigator. Mane tau kot2 ade.

    ReplyDelete
  8. Ann :
    Thanks for the wishes. Sorry la tak sempat tapaw kambing golek utk u :p

    ReplyDelete
  9. halamak. kena rajin2 tgk groupon gak gini. biase buat2 tak nampak je promo dia.

    ReplyDelete
  10. kau suruh tengok perut,betul2 aku tengok tang gambar 1st tu..suami SIHAT,keluarga bahagia.hihihi :p

    ReplyDelete
  11. fad :
    Same here. Tapi entah macam mana, masa tgh pening2 tatau nak bagi present ape kat Cfu, boleh pulak terjumpa offer from Groupon ni. Lucky, I guess. hee

    Saloma :
    Mish u wehhhhhhh!!

    Sihat gila kan Cfu? Pandai kan ai bela dia? hihi

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.