Tuesday, September 20, 2011

Alfiy & Parti Harijadi #02.

eh, eh, kite lagi?


Mama boleh pecat diri sendiri sebagai penulis belog ni mulai sekarang. Nak buat macam mana, dah kite punya event lagi baaaaanyak daripada Mama dan Papa. Lepas ni, boleh lah tukar nama belog ni kepada ‘Alfitopia’. heh.


Musim raya ni, ramai jugak kawan-kawan kite yang buat parti harijadi. Kira macam pakej sekali lah dengan rumah terbuka hari raya. Pening Mama dan Papa nak susun jadual jemputan rumah terbuka tahun ni. Syukur, murah rezeki kata orang.


Mintak maaf lah kat mana-mana jemputan yang tak sempat kite nak penuhi. Ye lah kan, kalau dah banyak-banyak tu, bertindih tarikh pulak, terpaksa lah main pilih-pilih. Nak-nak pulak kalau terkena sekali dengan event famili, nak kena utamakan famili dulu lah. Mama selalu cakap, family comes first. Kite selaku anak yang soleh, ikut aje.


Parti harijadi raya Little Dora; Raisya Adrianna.


baloonP1020806

Raisya ni kite punye long lost girlfriend. First time jumpa masa kitorang dalam perut Mama masing-masing. Patutnya, Raisya keluar awal sebulan sebelum kite tapi tiba-tiba kite pulak yang lahir beberapa hari lebih awal dari dia. Dah nama pun bakal boifren, umur pun kena lah tua sikit dari gufren, kan. heh.


P1020810

blog fren

Kat parti Dora Raisya ni, kite sempat jumpa Dani dan Eisya. Kitorang kerja berebut shopping trolley Raisya je. Nampak sangat semua terkenan perangai mak masing-masing yang gila shopping.


candy

Comel kan birthday cake Raisya? Bila lah agaknya Mama nak buatkan untuk kite. Tak kisahlah rupa macam mana, yang penting perisa coklat, ok.


P1020839P1020842

Meriah sangaaaattt! Mak-mak ni semua menjerit over tau. Kitorang yang golongan baby ni kool je walaupun dok tersepit kat celah-celah ketiak masyam diorang.


Seterusnya, parti hari jadi dua pupu kite; Eidan.


P1020927

Masa kite tengah jalan secara macho nya dengan Chu Na kite nak pergi parti Eidan, boleh pulak ada 3 ekor anjing Dalmation sergah kite. Anjing besar punya. Terus kite menangis terkejut, mintak Papa dukung. Cis, habis hilang kite punya macho. Nasib baik takde awek nampak.


P1020953

autobot

Kali ni, tema Transformers. Sebenarnya, kite nak pakai kostum Robot Bumblebee tapi Mama tak bagi. Over the top sangat katanya, nanti mengalahkan tuan rumah pulak. Kite pun pasrah pakai t-shirt gambar robot je. Asalkan robot.


food

P1020950

Makanan robot. Lepas makan, kite terus jadik kuat seperti robot. Alih-alih pandai panjat kabinet TV. Sofa pun kite panjat sampai dapat capai frame gambar yang Papa gantung tinggi-tinggi kat dinding rumah. Terus Papa sentap. hihi.


doorgift

Ini lah goodies bag paling meriah yang kite pernah dapat. Selain dapat angpow RM 50, dalam ni ada cookies, Mickey puzzle, story book, toys dan paling best jam tangan Transformers! Ini lah jam pertama kite. Siap ada lampu lip lap lip lap tu. Kot rumah black out ke, jangan risau, Transformers Alpie akan datang membantu!


eh, baru kite perasan. Asyik cerita pasal birthday party orang lain je, kite punya sendiri yang dah lepas masa 18 Ogos hari tu, lupa nak cerita. Kite pun ada birthday party tau. Tema Toy Story. Kite siap pakai kostum koboi Woody masa tu.


Gambar?

Takde. Sebab kite tipu. hihi.


Tu angan-angan kite je nak ada birthday party tema koboi. Kite mana ada buat birthday party. Mama banyak kali say sorry kat kite sebab takde buat parti untuk kite dan panggil kawan-kawan datang tengok kite potong kek harijadi. Mama cakap, dia nak kite ikut tradisi famili yang tak pernah adakan parti harijadi. Setakat buat makan-makan antara famili. Lagipun, Mama kan tak sihat lagi masa birthday kite. Baru miscarriage, kan.


cats

Mula-mula kite macam sedih sebab takde parti harijadi. Tiba-tiba Mama buat surprise raikan harijadi kite dengan penuh sederhana kat skool kite. Mama siap tempah Ice Cream Pop Cake untuk kawan-kawan kite. Lepas tu, Mama belikan American Chocolate Cake untuk teacher kite. Kek kite takde fancy fancy pun. Bentuk bulat je macam muka kite :D


P1010997page

Ni lah parti harijadi versi keluarga kite. Serba sederhana. Mama kata, kite kenalah belajar biasakan diri dengan tradisi ni. Tak tahu lah kalau tiba-tiba satu hari nanti kite nak pecah tradisi. Mogok mintak Mama dengan Papa buat jugak parti harijadi tema koboi untuk kite. hehe. Walau macam mana pun, kite ok je sebab kite dah dapat hadiah harijadi paling best dari Tok dengan Tokki kite iaitu...


P1010988

Sebijik kereta Audi merah! har har har *gelak suka hati*

Tapi Audi ni kite parking baik punya kat rumah Tok dengan Tokki sebab tak muat nak bawak balik naik kapal terbang. Siapa nak pinjam, kena lah datang Terengganu, ye!


al1

al2

Ini pulak hadiah istimewa dari Papa dan Mama. Family photoshoot.

Penat tau kite jadik model nak kena posing macam-macam. Dah lah tak bagi bayaran. Mama bagi upah susu je. Tu yang kite lari sana-sini bila dah penat posing. Sampaikan Papa dan Mama hampir meroyan. Buktinya, tengok lah gambar kat petak no. 7 dari kiri tu. hehehehe


SFS_0007

Sekian dulu dari kite, blogger baby terkenal tanahair; Alfitopia. hihi. Jumpa lagi!



HER : Kecik-kecik dulu, selalu jeles dengan kawan-kawan yang dapat banyak hadiah masa birthday party diorang. isk.

Thursday, September 15, 2011

Wanita & Kereta.

Suatu hari, dalam kelam-kabut nak kejarkan punch card sebelum jam 8 pagi, boleh pulak kereta aku mati tak mahu hidup kat stesen minyak. Ada lah lebih kurang lagi 300 meter nak sampai ofis.


Dan, lumrah menjadik wanita tipikal yang haram tak tahu satu apa pun pasal kereta selain daripada hidupkan enjin, isi minyak dan pandu lalu (?) memang aku gelabah gila lah rasa macam nak menangis pun ada.


Rasa macam gelap kejap dunia.


Mujurlah aku ni jenis yang ringan mulut, pandai buat muka kasihan, mintak tolong orang yang lalu-lalang untuk tolakkan kereta ke tepi. Lepas tu, menapaklah aku pergi ofis nak mintak belas ehsan daripada rakan-rakan ofis lelaki yang mahir pasal enjin kereta.


14092011184

Begini rupanya teknik "Jumper Start".

Barang elektronik semua nak kena padamkan macam radio, air cond dan lampu. Lepas tu, kalau kereta auto, set free gear (N). Ni pun baru aku tahu biarpun dah ada lesen bawak kereta hampir 10 tahun lamanya (-_-)


Sejak hari kejadian, aku macam ambik pot sikit lah pasal hal ehwal kereta.


Nah, ni aku nak kongsi sikit tips kat kawan-kawan perempuan yang hanya reti start enjin dan pandu, sama macam aku. Sekurang-kurangnya, nak elak daripada perkara-perkara cemas seperti di atas berulang kembali :


1. Pastikan minyak sentiasa penuh.

Tak kisahlah orang nak cakap kau gelabah ayam ke apa, isi minyak tiap-tiap hari. Yang penting, hati senang. Jangan berani-berani bawak kereta bila minyak dah paras hidung. Kot dibuatnya jalan jam teruk, minyak tak cukup, tak ke naya!


2. Hantar kereta pergi servis tiap kali dah sampai had mileage yang ditetapkan.

Jangan bertangguh dan jangan kedekut. Pandai pakai kereta, pandai lah jaga. Lagi lambat hantar pergi servis, lagi tinggi risiko kereta nak mati tiba-tiba tak bagi salam. Dah tu, makin banyak duit nak dikeluarkan sebab macam-macam benda pulak nak kena ganti.


3. Bertenang, tarik nafas dalam-dalam.

Kalau kereta buat hal, enjin taknak hidup ataupun tiba-tiba mati tepi jalan, perkara paling penting adalah JANGAN PANIK. Kalau dah mula panik, apa pun tak boleh. Buat muka paling innocent yang kamu ada, pergi mintak tolong kat orang-orang sekeliling yang ada.


4. Jangan terlalu mengharapkan orang lain.

Terutamanya kat suami sendiri. Sebab bila dah jadik kes-kes sebegini, yang tanggung kesusahannya, hanyalah diri kamu seorang. Sang suami hanya boleh memujuk dan memberi kata-kata semangat dari kejauhan. Lainlah kalau satu ofis, kan. Takpun ofis dekat-dekat. Lima minit je dah boleh sampai kat tempat kejadian.


5. Belajar sikit-sikit pasal teknik asas menjaga kereta.

Masa zaman belajar dulu, aku bawak kereta lama Abah. Kereta tu dah lama, jadi aku lebih berhati-hati sikit. Bila-bila masa je dia boleh buat hal. Reti jugak lah aku nak tukar tayar, masuk air bateri, ganti minyak hitam semua tu. Bila beli kereta sendiri dan masih baru, terus aku macam tak peduli. Biasalah kan. Suka take things for granted.


Perkara paling asas adalah cara pemanduan kita sendiri.


Bawak kereta jangan macam orang hilang pedoman. Sentiasa full utilised cermin sisi dan pandang belakang. Kalau tak, kereta baru masuk 2 tahun, merasa lah kau kereta sopak dan lekuk di sana-sini seperti kereta tuan punya blog ni. Bila si suami tuan punya blog tanya bila kejadian berlaku, terus buat muka tak bersalah, tak tahu macam mana lekuk dan kemik tu boleh wujud tiba-tiba. Sungguh misteri nusantara. hehehehehehe


Satu lagi, Cfu kata, takyah lah beriya sangat nak hias kereta macam hias ruang tamu siap letak pasu bunga, gantung teddy bear segala. Kalau boleh pasang cadar, dengan seat kereta pun nak disarung dengan kain corak bunga-bunga. Bahaya katanya. Dari jauh orang dah boleh cam tu kereta orang perempuan. Kot ada yang berniat jahat, dia dah boleh aim. Negara kita sekarang ni bukannya selamat sangat, manusia macam-macam jenis pun ada.


Hati-hati, bahaya sentiasa menanti.



HER : Bila jadik kes macam ni, fulus pun terbang melayang-layang. Tengah-tengah musim raya gini pulak, kan T______________T

Wednesday, September 7, 2011

Hari Raya Pertama Ku.

Hai, selamat berjumpa kembali!


Mama kite takde mood nak update blog lagi. Dia masih kemaruk nak beraya. Apa yang dia suka sangat entah, padahal kite sorang je yang dapat duit raya. Mama suruh kite je yang cerita kisah sambutan hari raya kali ini.


Tahun ni, dah masuk tahun kedua kite beraya. Tapi, tahun lepas, umur kite baru beberapa hari. Mama pun tak boleh nak keluar beraya sebab tengah berpantang. Kite pun tak reti apa-apa lagi, selain minum susu dan poopoo. Walaupun macam mana pun, orang hulur duit raya, kite terima je.


Maka, kite isytiharkan tahun ni lah raya pertama buat kite.


crab

Seminggu sebelum raya kite dah balik rumah Tok dengan Tokki kat Terengganu. Pertama kali kite tengok ketam secara live. opss... kantoi Mama tak pernah masak ketam kat rumah. Sebelum Tok rebus, kite main-main dulu dengan ketam tu. Dah habis main ketam, kite tolong Mama dan Chu Na buat kuih raya pulak. Mama buat biskut favorite Papa; Famous Amos. Chu Na pulak buat Chocolate Cupcake. Kite lah orang paling suka sebab ada coklat di merata-rata. Mama membebel je tak bagi kite makan coklat banyak sangat, nanti gigi rosak katanya. Padahal, sambil membebel tu, mulut dia penuh dengan biskut coklat. cheit.


beach

Sehari sebelum raya, kite sempat pergi bersiar-siar kat Pantai Batu Buruk. Masa first time pergi dulu, kite tak reti jalan lagi, Mama dukung kite dalam carrier. Kali ni, kite dapat merasa pijak pasir dan air laut. Kemain eksen lagi jalan-jalan tepi pantai, tak bagi orang pegang tangan kite. Bila tiba-tiba ombak datang, kite pegang dan peluk Mama kuat-kuat. Takuuuutttt! Kite insaf (-_-)


fireworks

Malam raya pun tiba. Kite main bunga api dengan galaknya. Tapi untuk 10 minit pertama je la. Selebihnya, Mama dengan Papa yang over. Terkenang zaman kanak-kanak diorang la tuh. Terkinja-kinja bukan main. Tak padan dah tua. Ishh ishhh.


salam

Di pagi raya, kite lah orang paling gembira dalam dunia sebab ada banyak pinggan mangkuk dan bekas kuih raya atas meja untuk dipunggah. Sampai stress Tok kite tak tahu nak susun pinggan mangkuk Corelle dia kat celah mana. Lepas tu, sesi bersalaman. Tak faham kite kenapa semua orang salam bisik-bisik cakap apa ntah. Kite pun sibuk lah menyelit sekali nak curik dengar. Habis huru-hara sesi bermaafan dah jadik tak semenggah mana sebab kite sibuk nak menyelit je.


plane

Raya Kedua kite terbang balik rumah Atuk dan Nenek kat Johor pulak. Sepanjang dalam flight, kite behave je sebab kebetulan flight tak penuh, dapatlah kite duduk kat seat sendiri. Tak payah bersempit-sempit dengan Mama dan Papa tu. Rimas tau! Dan, yang paling penting, kite boleh ushar kakak-kakak pramugari cantik dengan selesa. heh.


kampung

big family

Raya kat Johor memang lagi meriah kalau nak dibandingkan dengan Terengganu sebab adik-beradik Nenek kite ramai. Ada 12 tapi sorang baru je meninggal 2 tahun lepas. Raya seminggu pun tak sempat nak ziarah semua. Letih memang letih, tapi kite tak kisah pun asalkan ada makanan sedap dan duit raya. Kite paling suka makan kek lapis dan kuih gulung. Lagi best bila dapat taburkan atas karpet, atas lantai semua. Bila Mama dah mula menjeling, kite pun sengih-sengih buat muka tak bersalah.


kazen

Lagipun kite happy dapat jumpa sepupu-sepapat, saudara-mara semua. Kite jugak jadik favorite raya tahun ni. Ye lah kan, dah nama pun yang paling kecik, kiut pulak tu, memang jadik rebutan je lah jawabnya. Sana sini ada je yang nak gomol kite. Habis berjelemuih pipi kite yang gebu ni tawww!


walk

Satu lagi, kite paling suka sebab dapat berjalan ukur rumah orang. Tak kira lah rumah tu besar ke kecik, kite mesti nak ukur dari depan ke belakang tanpa kenal erti penat. Bonus bila kat rumah orang tu ada tangga. Kite lah orang paling gembira nak kira anak tangga ada berapa. Dah penat, kite berhenti kejap ‘isi minyak’ kat Mama, lepas tu, sambung ukur rumah semula. Sampai terpengsan-pengsan Papa kite dibuatnya sebab tak larat nak ikut kite. Raya tahun depan, Papa perlu lebih taf dan berstamina, ok.


moyang2

Memperkenalkan, inilah satu-satunya moyang kite yang masih ada. Comel kan? Usia dia pun dah dekat 80 tahun tapi masih gagah dan sihat alhamdulillah. Kelakar tau bila dengar moyang kite sebut nama kite jadik ‘Alpie’. hihi.


Begitulah serba sikit cerita raya pertama kite.


Koleksi duit raye kite tak kira lagi. Tebal nampaknya beg duit kite. Tak tahu lah kot-kot Mama dengan Papa ada ter-pinjam duit raya kite ke, kan. Maklumlah, bajet raya diorang habis buat beli baju raya kite kat KLCC ari tu. Bagi duit raya kat saudara-mara lagi. Duit minyak balik kampung. Takpe, kite tak kisah pun nak bagi pinjam. Nanti kite mintak diorang ganti berserta dengan bunga. Tak banyak pun. 15 percent aje :D


potrait

Akhir sekali, terimalah satu-satunya potret hari raya kami sekeluarga bagi tahun ini. Bukan main histeria Mama dan Papa kejar kite semata-mata nak tangkap gambar duduk atas sofa macam ni. Tipikal betul. Terpaksa lah kite layankan je sambil buat muka tak kuasa macam tu nak tunjuk tanda protes. Raya tahun depan, kite nak ambik gambar gaya lain pulak. Barulah stylo!


Ok lah, kite nak sambung beraya.

Kali ni, nak ikut Mama dengan Papa serang open house raya kat KL pulak. Babai!



HER : Kenapa cuti raya seminggu je, eh? tsk.