Thursday, May 12, 2011

Hari Minggu #07 : Salji Turun di Malaysia.

Ini cerita basi yang dah lepas berapa hari minggu entah.


Tapi, orang kata yang lama diperam tu lah yang lagi sedap. heh.


Memikul tanggungjawab sebagai anak, salah satunya adalah menggembirakan hati orang tua. Cfu bercadang nak bawak keluarganya ke Aquaria sebab dia cakap, nak jugak bagi Mak dan Ayah Mertua rasa seronok bawak cucu kesayangan pergi jalan-jalan. Tapi, aku punya idea yang lebih hebat. Padahal, aku dah bosan melawat aquarium besar. Baru je pergi kot; Aquaria KLCC & Underwater World Langkawi.


Maka, berbekalkan idea genius aku, sampailah kami ke i-City Shah Alam.


Sebenarnya, kami dah lama merancang nak ke sini tapi memandangkan Alfiy adalah seorang bayi yang tidur awal, sekitar jam 8-9 malam dah meragam nak tidur. Takde maknanya nak bawak dia datang sini malam hari tengok lampu warna-warni, kan?


02042011362

Sebagai alternatif, pergi siang hari, masuk lah kat dalam Snowalk di mana salji turun di tanahair ini. Masuk i-City sebelum jam 6 petang adalah PERCUMA. Tepat pukul 6, diorang dah siap-siap pasang khemah kat pintu masuk, dan-dan tu jugak kena bayar RM10 satu kereta.


02042011331

02042011327

Keadaan siang hari di i-City adalah umpama padang jarak, padang tekukur (exaggerate) Panas! Kedai-kedai makan pun hanya memulakan operasi selepas jam 6 petang. Mujur ada Restoran Al Rawsha. Biarpun tekak aku dan Cfu tak berapa blah dengan makanan Arab, tapi lapar punya pasal, layankan je lah.


02042011324

02042011337

Satu lagi yang aku kurang gemar pada i-City adalah tiada kemudahan lif atau escalator. Jenuh jugak lah nak mengangkut stroller turun naik tangga.


02042011351

02042011341

02042011343

02042011342

Dari luar, nampak macam lengang je. Rasa macam tersesat pun ada. Bila dah masuk dalam, barulah nampak lautan manusia (exaggerate lagi)


01042011087

Bayaran masuk Snowalk adalah RM 15 tiap seorang. Tapi, kalau lepas pukul 6, mahal sikit rasanya. Bayi seperti Alfiy? Percuma. Bayaran RM 15 tu termasuk winter jacket. Boot boleh sewa, dapat sekali dengan stokin kalau tak silap. Aksesori lain macam gloves, ear muff, muffler dan sebagainya pun boleh dibeli di sekitar kawasan foyer.


01042011088

01042011089

Mula-mula macam kerek, boleh tahan sejuk, tak payah pakai boot. Tapi, bila memikirkan yang aku nak kena dukung Alfiy, risau jugak takut tergelincir. Licin gila weh lantai dalam tu. Penuh dengan ais dan salji kot. Kalau tiba-tiba tak tahan sejuk, gloves pun ada dijual kat dalam tu. Snowalk ni pun takde lah strict sangat berbanding Snow World kat Genting Highland nun. Kamera/video cam semuanya orang selamba bawak masuk biarpun terang-benderang hah ada signboard tak boleh bawak kamera.


01042011092

01042011093

Boleh tahan jugak gambar-gambar aku ambik guna kamera handphone ni kan? ehem. Ini pun mujur larat nak snap. Tangan aku menggeletar weh. Bagi yang senasib seperti aku, tak punya kamera gabak dan canggih, tak perlu bimbang, khidmat jurugambar profesional ada disediakan. Cuma perlu posing, tunggu gambar dicetak di kaunter luar, bayar dan ...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Taaaa daaaaa!

02042011360

Now U got a perfect portrait of an Eskimo Family :)

err.. excuse my sleeping Alfiy.


Beriya lah kita bawak dia datang i-city siang-siang sebab malam dia tidur awal, sekali dia bantai tidur jugak! Mentang-mentang lah sejuk. Tidur kemain nyenyak, siap berdengkur. cheit.



HER : Bila lah nak merasa salji original eh? Manjang main salji tiruan je. tsk.

17 comments:

  1. Gambar mcm cerita Winter Sonata lah Xeea. Hehe. Betul lah kenapa takda lif kan? Susah nak angkut stroller.

    ReplyDelete
  2. hamboi winter jacket siap ada bulu2. tak tahu pun ade snowalk kat i-city. nak pergi jugak lah.

    ReplyDelete
  3. perghh memang x tau neh kat i-city ade salji tiru tiruan. nak pegi lah! nak pegi lah! thank u sebab bagi idea fresh!!

    potrait tuh memang cantek ah. cun gak akak pakai jacket tuu. ala2 U-Jinn gituwww :p

    ReplyDelete
  4. haha..aritu pegi malam. mmg mahal sikit. tapi tak masuk pon snowalk sebab takut sejuk nanti semput. ahahahha. padahal dah tak tahan ngntuk masetu. :P

    p/s: jaket baby tu ke paling kecik?

    ReplyDelete
  5. suke gambar yg last tue. terbaekkk!!

    eventho alfiy tido..hihi

    ReplyDelete
  6. syoknye,
    hr tu pergi mlm
    ramai sgt org plus mahal,
    haha lepas ni bley try g siang plak la :p

    ReplyDelete
  7. sian nyer..sejuk2 pun terlentok jugak ek..hehe

    ReplyDelete
  8. gi malam dah mcm ape je i-city tu
    siang2 lengang eh
    bagus.. kalau malam snowalk rm25/person rasanya

    bape charge amik gmbr xeea?

    ReplyDelete
  9. Weh, dah gi icity xsinggah umah aku.hehe.

    Klu gi malam lg cantik tau, tp wiken ramai sgt org kot.

    ReplyDelete
  10. dh lama teringin nk jejak kt tempat ni..tapi smpai la ni xdpt2..mcm best la pulak..
    alfiy same mcm husna, jenis tidur awal..7.30 mlm tu dh gelisah dh genyeh mata dh buat bunyi tnda nk tido..bagus jugak, ngn maknya pun tidur skli..hahahahaha

    cantiks gambor..blh frame tuh letak kepala katil..bt motivasi utk pegi obesea pulok

    ReplyDelete
  11. ..hehe..comel la gmbr last tu ;)

    ReplyDelete
  12. hahaha.. hampeh. semangat pergi siang2, tido juga si alfiy.. mcm best je, kalau pegi mlm, mcm mahal gile.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, wah puan afziha bestnya, lain kali nak pergi sana jangan lupa ajak saya :), hehehe

    ReplyDelete
  14. haha sebab sejuk kan. tu yang sedapppp tidurrr hehe

    ReplyDelete
  15. Wardah :
    Feeling winter sonata je lah yg mampu. Nak fly pi Korea nun, tabung ayam belum penuh lg. Hee so, nti kalau nk dtg bwk Kakal pi cni, takyah bwk stroller tau. Leceh.

    Fad :
    Jom jom pergi bercuti. Segalanya ada di Malaysia. Heh.

    Reen :
    Eh, ai mmg chun secara semulajadi lah :p

    Yaya :
    Ha'ah yg ni plg kecik. Kesian Alfiy, dah mcm pakai jubah. Haha So, kalau Yaya nk dtg cni bawak Auf, better bwk sweater/ jacket sendiri dr rumah.

    Sharena :
    kan? Love the pics sooooo much!

    Nano :
    Pi siang, mmg tak meriah Na tp ok lah kalau setakat nak masuk SnoWalk je. Bayar pun murah.

    Juju :
    Syok wooo. Sampai Alfiy tertidur! Hahaha nti ko bwk lah Anggun pi sini. Once Alfiy pandai jln, nak bwk dtg cni lg sbb dah boleh main snow slide.

    Ayuraza :
    Tu lah. Kita bkn main risau takut dia kesejukan ke apa, sekali dia boleh layan tidur sejuk-sejuk mcm tu. Huu

    ReplyDelete
  16. Dayu :
    RM 25 per person huh? Beza 10 hengget tuuu. Pakej 2 keping gambar, satu size besar, satu standard size, RM 30

    Aida :
    lorrr.. Mane tau ko dok dekat2 situ. Bukan ke rumah ko kat Mentari Court ke? Next time lah pi malam, tunggu Alfiy besar sket, pastu boleh drop by umah ko makan2 ke kan. Hee

    Aziyana :
    hahahaha betul jugak tu kan. Esok jugak kite pi frame gambar ni :p

    Suzie :
    Sbb org2 dlm gambar last tu pun comel2 belaka. Heeee

    Hanys :
    Dia mmg suka suasana sejuk2 je. Kalau panas sket, mengamuk. Hee pi siang pun ok. Tak crowded sgt. Cuma susah sket nk carik tempat makan je lah.

    Ayie :
    Nti awk buat la trip KK Kemaman visit SnoWalk ni. Ajak Pn Laili sekali. Hee

    Ederq :
    Kita punya lah menggigil kesejukan, Alfiy boleh rileks je. Ada bakat nak duduk kat oversea kot. Huu

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.