Thursday, March 17, 2011

Mengembara Bersama Bayi.

Sejak ada anak, setiap kali keluar, nak kena buat senarai semak barang-barang yang perlu dibawak sekali. Lebih-lebih lagi kalau nak pergi bercuti atau balik kampung. Mau sehari semalam aku pulun berkemas je. Itupun, masih ada yang tertinggal lah, terlepas pandang lah, tercicir. Haih.


Kalau boleh, satu rumah pun nak bawak pergi sekali, kan?

Baru senang hati. Takyah risau tertinggal itu ini.


Berpandukan pengalaman sekangkang kera yang aku ada, nak jugak berkongsi dengan mak-mak kat luar sana, barang-barang asas yang perlu ada sewaktu keluar berlibur bersama seorang bayi. Sesetengah barang mungkin keperluan pada aku tetapi tidak menjadik keperluan pada orang lain. Tapi, kita sama-sama berkongsi ilmu, apa salahnya. Oh, perkara yang terlalu asas macam lampin, tisu basah dan susu tu tak payah beritahu pun orang dah tahu, kan. Itu WAJIB ada. Kalau takde, boleh meroyan.



1. Nursing cover.

baby_bubu_nursin_4b9fd58373c45_2

Sangat penting bagi ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuh masa macam aku. Lepas tu, tak berapa gemar pakai baju khas untuk menyusu sebab kurang stailo kononnya :p Sekurang-kurangnya, tak sempat carik baby room, boleh selamba duduk kat mana-mana, sarung dengan nursing cover ni. Faham-faham je lah kalau anak dah lapar susu, dan-dan tu jugak lah dia nak. Selain tu, ia boleh dijadikkan sebagai selimut, pelindung matahari, shawl dan kalau kena gaya, jadik tuala mandi pun boleh tau.


IMG_3793

Macam-macam jenama pun ada kat pasaran. Nak jahit sendiri lagi bagus, jimat. Yang polka dot ni dari FabulousMom. Material kain nipis, jenis polyester kot. Ada macam-macam corak. Satu lagi dari Autumnz; material tebal sikit, warna plain. Biasa aku guna masa mengepam kat workstation.



2. Boon Squirt Baby Food Dispensing Spoon.


boon

Kalau setakat keluar jalan-jalan, biasanya dah isi siap-siap homemade puree atau bubur blended. Ada penutup kat bahagian sudu tu maka, puree takkan tumpah.


Kalau pergi bercuti, bawak ready made puree je senang. Nak makan, tinggal isi je kat dalam ni. Takyah nak bancuh ke apa. Biasa beli jenama Rafferty's Garden dan Heinz. Jarang bagi cereal atau bubur guna Boon Squirt ni sebab bukaan untuk keluarkan makanan kat sudu tu kecik; lebih sesuai untuk puree. Secara online, boleh didapati dari Giggles. Secara offline pun boleh kat outlet Giggles di Puchong. Kat tempat lain, tak sure pulak boleh dapat kat mana sebab tak pernah jumpa lagi.



3. Disposable / Wipeable Baby Bib.


bib

Selain tisu basah, bib pun dikira sebagai perkara wajib ada bila anak dah boleh makan. Kalau tak, bersedialah je lah nak tatap baju anak yang comot di sana sini. Nak mudah, beli yang pakai buang je lah. Kat BabiesRus ada. Kat Watson dan Guardian pun ada kalau tak silap. Kalau nak beli online, boleh ushar kat OneBabyWorld.


IMG_4655

Nak lebih jimat, pakai bib jenis wipeable. Material biasanya plastik PVC, saiz pun besar. Boleh tutup sebahagian besar kawasan yang biasanya dicemari oleh kesan kotoran. Aku biasa bawak yang ni. Lepas siap makan, lap bib dengan tisu basah, gulung, simpan dan sedia untuk digunakan semula. Easy peasy.



4. Fold & Go Diapering Kit.

fold

Kalau setakat nak keluar makan Megi Goreng kat kedai mamak, pergi pasar malam, Giant ataupun jogging, tak kuasa lah pulak aku nak mengangkut diaper bag bagai kan. Sebagai alternatif, foldable diapering kit ni boleh gantikan diaper bag tapi dalam versi yang lebih ringkas. Ada poket untuk sumbat diapers, tisu basah dan beberapa barang lagi. Dalam masa yang sama, boleh menjelma jadik changing mat. Kira macam beg ajaib la.


IMG_4755

Faham-fahamlah ada anak kecik ni, kita nak kena sentiasa expect the unexpected. Masa kita keluar lenggang kangkung, masa tu lah dia berak banyak kali, muntah dan sebagainya. Bila kita beriya-iya bawak beg dengan diapers berkoyan-koyan, elok pulak dia takde apa-apa. Jalan selamat, tak kiralah keluar sekejap atau lama, nak kena standby jugak sekurang-kurangnya 3 keping diapers, diaper cream dan tisu basah. Jenama The First Years; boleh didapati di Giggles,BBStore dan OneBabyWorld. Satu lagi, aku berkenan kat Diaper Clutch di SnuggBaby, tapi dah takde keluar lagi kot.



5. Emergency Kit.


IMG_4700

Sangat penting kalau pergi bercuti. Malang itu tak berbau. Masa pergi, elok je anak kita sihat walafiat, tup-tup sampai tempat kejadian, masa tu lah dia nak selsema, kembung perut, naik ruam, demam dan sebagainya. Jadik, nak kena sediakan satu beg kecik yang boleh isi segala keperluan asas dalam saiz travel dan untuk kegunaan waktu kecemasan.


Siap senarai semak ni, barulah boleh keluar berjalan dengan senang hati.



HER : Pernah anak-beranak balik kampung sehelai sepinggang sebab tak dirancang dan hanya bergantung harap kat lima barang di atas selama 2 hari 1 malam.

21 comments:

  1. senarai semak yg kau keluarkan mmg selalu jadik rujukan
    mmg sgt berguna
    kadang2 tu kalau lupa dtg carik balik

    ReplyDelete
  2. giggles puchong tu kat area mana?kalo fabmom tau kat mana...mcm best je item #2 yg sudu tu

    ReplyDelete
  3. wah xeea,tengkiu for the info...sangat berguna,yes esp for that spoon :) my baby baru jer nak start makan..so leh lah beli :)huhuhu

    ReplyDelete
  4. comel la spoon tu..
    anak dah dekat setahun baru penah tengok..
    rugi nyer tak dapat kan dulu..heee :p

    ReplyDelete
  5. dayu :
    sharing is caring, kan :)

    suzie :
    err.. camane nak explain eh? Dekat dah dengan FabMom tu. Akak tau Kelab Sukan Puchong United? On right side jalan ke Bukit Jalil. Giggles kat bangunan kedai baru area situ la.

    btw, spoon tu beli kendian pun takpe.

    mrs nageb :
    the spoon is very useful, i can say. senang nak handle pun iye. takyah nk bwk mangkuk, sudu garpu semua kan. mmg sesuai utk travel.

    ReplyDelete
  6. ayuraza :
    Mmg cute pun. Mcm demok2 gitu :p

    no worries, u boleh try for 2nd baby. heee

    ReplyDelete
  7. info yg berguna. tp blk kg baru ni tertinggal ubat-ubatan. huhu nyesal. sdhnye terpaksa bw g klinik sbb Anggun ttb selsema dek krn terlalu ramai yg duk cium2 die..huhuhu

    ReplyDelete
  8. i pun tak pernah nampak spoon tu. tp dh terlewat utk imaan. next baby je lah. HIHI.

    ReplyDelete
  9. tak pernah tgk spoon tu senarai ni mmg berguna lah anak daku dah umur setahun++ ada yg tak ada dalam senarai ni. kang bila2 lupa leh lah terhjah entri ni balik


    kalau travel nurul mesti kena ingat sikat raina. pasalnya rambut anak dara tu lebat so sikat adalah perkara terpenting sekali dan juga pengikat rambut dia. siap bawak satu beg kecik.

    pernah terjadi lupa bawak sikat dan pengikat rambut dia kelang-kabut macam apa je rupanya sbb mcm terfikir bila tgk anak dara

    'ei selebetnya dia rambut tak berikat'

    so sikat pun penting xeea. hehe

    ReplyDelete
  10. kalau kid nak balik kampung abah tu..
    2 hari sebelum bertolak dah siap packing barang haqq.. :P

    so far alhamdulillah..
    jaranglah kid tertinggal barang haqq..

    thanks xeea untuk info ini :)

    ReplyDelete
  11. good info xeea.

    Bib tu dah ade, tp susah betul nak pakaikan kat anak dara tu. langsung tak pakai. so, bila baju dah kotor,salin ajelah...

    ReplyDelete
  12. tq for the info xeea.
    plan nak bwk Iman bercuti2an ni..
    waaaahhhh tak menyabar2 nak bwk anak berjalan :P

    ReplyDelete
  13. thanks for sharing xea...dgn senarai semak pun selalu tertinggal itu tertinggal ini...hahaha!!!!

    ReplyDelete
  14. menarik sudu tu xeea. kalau kita plg penting ialah beg ubat tu. penting sgt sgt! kalau pergi berjalan kereta mmg penuh la. dgn bakul susu la bagai.

    ReplyDelete
  15. yg penting susu nya udah jimat space dalam kete sebabnya ready made fresh dari B...hehehe

    ReplyDelete
  16. yey...best entry ni. baru tau ade sudu yg mcm tu hehe..tqqq

    ReplyDelete
  17. juju :
    kan? ada je yg tertinggal. biasalah tu. nobody is perfect. hee

    fad :
    next baby? bila kah? *spekulasi*

    nurul :
    mujur Alfiy takde rambut. botak chin. senang nak urus. haha

    kidd :
    tu lah. tiap kali nk blk kampung atau nak pergi bercuti, mcm stress ok. nak siapkan brg sendiri, suami, anak lagi. ni baru sorang anak. belum lima. adoi.

    fasya :
    setakat ni, alfiy tak reti bukak lagi bib dia. tunggu la 2-3 bulan lg, mesti dia pun sama naik mcm husna, taknak pakai bib.

    farah :
    wahhhhh. kemain lagi Iman dah nak bercuti-cuti ye. take care, baik2 bawak anak kecik kuar berjalan :D

    mamarissa :
    tau takpe. stress gila kalau tau ada barang teringgal masa dah kat tgh jalan. nak patah balik dah tak boleh. haih.

    wardah :
    mmg berguna pun sudu tu. especially kalau kite kuar berdua je ngan dia. senang nak feed alfiy sambil pangku dia.

    naik kereta ok lagi. boleh lah sumbat selagi boleh. jadik masalah bila naik flight. rasa nak nangis je tengok brg2 yg perlu dibawak.

    aida :
    byk kali gak cfu cakap camtu. nasib baik susu ready made. kalau tak, nak berangkut bakul susu, thermos lagi. pfftftftf

    hanie :
    makin kemaruk la mommy hannah ni nak bagi hannah makan, ye :p

    ReplyDelete
  18. Boon Squirt Baby Food Dispensing Spoon awak beli kat mana?. Ingat tak price?

    ReplyDelete
    Replies
    1. U can buy at http://www.giggles.my/
      Harga dalam RM 50 kot.

      Delete
  19. Ada sapa2 sedang mencari SUDU tersebut blh ke https://www.facebook.com/babyorkids harga sgt2 MURAH..

    ReplyDelete
  20. Hi sis, tumpang iklan ye..sy ada jual boon squirt baby food dispensing spoon tu..skrg tengah buat promosi utk stock color orange..RM43 sahaja.. sape nak boleh sms/whatsapp sy ye 0193218408

    Nak tahu lebih detail boleh lawati laman promosi ni:
    http://eyeteamama.blogspot.com/2013/11/boon-squirt-baby-food-dispensing-spoon.html

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.