Setiap hari, dah jadik kebiasaan sebelum pergi kerja, aku akan salam dan cium tangan suami. Dibalas dengan kucupan di pipi berserta ucapan ‘I Love You’. Setiap kali lepas mengakhiri perbualan di telefon pun macam tu. Mesti disudahi dengan ucapan ‘I Love You’.
Gedik kan?
Bukan reti nak sudahi dengan salam. heh.
Dan, begitulah yang berlaku setiap hari, di setiap kali nya. Sehingga lah usia perkahwinan dah hampir menjangkau 3 tahun. Tak pernah tertinggal. Seolah-olah dah jadik macam dialog basahan. Ala, macam kalau kita jawab telefon mesti cakap ‘Hello’ macam tu jugak lah ucapan ‘I Love You’ dalam rutin perbualan aku dan Cfu.
Pada mulanya, aku macam geli-geli jugak nak cakap ‘I Love You’ terang-terangan. Tak rock la, weh. Entah macam mana, Cfu yang mulakan dulu sejak dari zaman bercinta, terus melekat sampai sekarang.
Rupa-rupanya, selepas berkahwin, baru aku tau Cfu dah terbiasa dengan ucapan tu. Dah menjadik resmi keluarga dia. Setiap kali lepas telefon, Mak Mertua aku mesti cakap 'I Love U’. Nak tak nak, kena lah jawab ‘Love U Too’. Mula-mula memang kekok. Lama-kelamaan, bila cakap dengan Mak sendiri kat telefon, kadang-kadang aku pulak yang tersasul cakap ‘I Love U’. Terpinga-pinga Mak aku tak reti nak balas apa. Dalam hati dia mesti kata, buang tebiat ke apa anak aku ni :p
Sekali dengar, cair. Bergetar jiwa raga.
Dua kali dengar, macam wow romantik nya!
Tiga kali dengar? Dan, berpuluh-puluh kali macam aku?
Sejujurnya, aku boleh cakap macam dah lali. Dah kebal dalam diri. Atau bahasa kasarnya, macam dah takde perasaan. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tak tahulah sempat singgah dalam hati atau tak.
Ironinya, kalau tak sebut atau dengar ‘I Love You’ dalam satu hari, rasa semacam satu badan. Menggelupur tak boleh tahan. Dan-dan tu jugak aku akan telefon Cfu, kemudian komplen, “eh, dah tak sayang orang lagi ke? Kenapa tak cakap I Love U masa keluar tadi?”
Sesetengah orang cakap, kata-kata sayang dan cinta tak perlu diluahkan setiap hari. Nanti basi. Cukup sekadar simpan dalam hati. Takpun sampaikan guna kuasa telepati. Sendiri-sendiri faham sudah.
Terpulang pada pendirian masing-masing.
Apa yang pasti, kalimah ni betul-betul memberi kesan dalam hidup aku. Mungkin sebab dah lali. Sebati dalam diri. Tu yang jadik tak tentu arah bila tak dengar dalam sehari. Paling tidak pun, kalau ditakdirkan aku pergi dulu satu hari nanti, aku takkan rasa terkilan sebab tak pernah ucapkan rasa sayang pada orang yang dikasihi.
Betul-betul keramat lah.
HER : Bukan mudah nak ucapkan sayang dan cinta pada orang yang paling dekat di hati kita.
I LOVE YOU TOO!
ReplyDeletebaiklah. nak aplikasikan ah ayat neh ngan suami. depan siape2 jek kan? kalau nampak @ dengar kite cakap kat suami gini, jangan gelakkan kite taw:D
da sebati, sampai x dengar satu hari boleh angau tuh yang seronok! tips kekal sayang menyayangi tu! nak cuba ah!
suami mmg ckp almost setiap hari sebelum tidur. i je yg mcm malas nak layan. aduyai kesian laki aku.
ReplyDeletekalo dah jd kebiasaan mmg senang. nak mulekan tu yg kdg2 payah hehe.
ReplyDeletekite pon same cam xeea gak. cume xde ayat keramat tue jer. klu terlebih gedik, nak kiss dua2 belah pipi. pastu nak kiss lips jugak..hahahha =B
waaa romantik gtu..i like..bagus la tu xeea, jadikan amalan..sampai cucu cicit ikut nnt..hihihih
ReplyDeletekiter just cium tgn jer..xpernah pun sebut..huh
I used to say "I love you" sebelum letak phone kat arwah Ma dulu.
ReplyDeletesekarang ni pun, dgn hubby je lah leh ckp I Love you setiap ahti. and I agree with u that kta2 sayang tu kena ungkapkan sentiasa, baru lah x rasa kekok nak sayang menyayang :D
waaa...impak nyer...!! :) sangat besh lak... ai baru jer kawen 6 bulan... buat mase ni maseh jadi amalan... harap dapat kekal lame macam awak jugak....:)
ReplyDeleteBila dah biasa akan jd mcm lain macam bila tak bercakap benda yang kita biasa tu. situasi xeea dgn nurul sama. cuma kami bila ada salah sorang merajuk kami tak cakap pun. tapi mesti salah-sorang akan ckp
ReplyDelete'aik apsal tak cakap?'
'cakap apa?'
'i love u'
'oh, i love u'
'i love too'
i love u..
ReplyDeleteaah lama-lama denga macam dah masuk telinga terus keluar balik tapi kalo tak ucap macam taklengkap kan??? hehehe
memang keramat pun...
ReplyDeletesetiap kali dengar kalimah ni, even lebih 10 kali setiap hari msti hati, jiwa raga berbunga riang...:D
meremang bulu roma pun pernah jugak.hehe
sangat keramat for me n hubby too :)
ReplyDeletemesti cakap "ok take care,love you....mmuah (harus?)" hahahaha
tak cakap,macam pelik..
hihihi. comey! mmg selalu biasakan diri cakap I♥u dgn hubby & now dgn Kakal pula. harap² sampai bila² mcm ni.
ReplyDeletealolololo..
ReplyDeletesweetnye die!
memang kalo dah selalu diucapkan rasa macam lali, tapi bila tak dengar rasa macam serba tak kena.. huhuuh..
sekurangnya cfu tak seganlah nak sebut ilebiu tu depan orang ramai..
ReplyDeletekalau abah haqq tu dalam sms bukan main lagi berilebiu tu..
kalau depan orang ramai..
terkulat-kulat nak sebut..
kalau nak sebut pun mesti berbisik..
hahahahah... :O
rasa mcm dah lama lak tak ckp i luv u ni. dlu masa bercinta rajin bagai
ReplyDeleteok.. pasang niat
kena kembali bercinta
jgn sendiri yg suramkan
ok..petang ni trus mula (:
so sweet.. i pun dah tahun ke7 dah bersama.. pun masih say i love u time nak endkan call.. seem like always in love.. ahaks..
ReplyDeleteermm. rindu dgn ucapan keramat tu dari abah chem. :(
ReplyDeletekalau line internet clear, dpt lah dgr. klu tak. ermmm
hehehehe