Wednesday, October 20, 2010

360 Darjah.

1514781769824l

Zaman bercinta tahun 2005.

Hepi hepi jimba jimba selim gedik ceria.


Kalau sekarang ambik gambar sticker macam ni, mau frame tu tak muat dah nak isi muka T__T


Minggu pertama kerja.

Jadual rutin hidup aku dan Cfu 100% berubah.


Kehidupan dah umpama zombie. Bangun pagi-pagi buta, tengah malam-malam buta pun nak kena berjaga lagi. Jangan buta hati, sudah. Na’uzubillah.


Bangun pagi, siapkan 8 botol stok susu Alfiy untuk dibawak ke nurseri, tukar diaper, pam susu, mandi, solat, siapkan barang nak bawak pergi kerja yang dah tak boleh lenggang kangkung kelek handbag dan laptop je.


Sekarang, dah tambah satu lagi beg isi pam dan cooler. Kadang-kadang, tambah satu lagi beg isi bekal makanan. Dengan nak membawak berat badan yang berlebihan ni. Terkedek-kedek hah aku berlari-lari anak panjat tangga sambil mengangkut beg-beg tu semua nak kejarkan punch card sebelum jam lapan. Dah lah sebelum tu lebih setengah jam berpeluh ketiak merempit kereta dari Puchong ke Kajang.


Mujurlah Cfu dengan sukarela nak pegang tugas hantar Alfiy ke nurseri. Kalau aku jugak yang nak kena buat, alamatnya, manjang merah je la punch card aku. Balik nanti, baru lah aku yang ambik dia. Nak tunggu Cfu, sampai ke malam lah jawabnya Alfiy duduk kat nurseri. Kesian anak aku.


Itu belum cerita pasal masak, basuh baju, kemas rumah dan segala tok nenek house chores yang kamu dah sedia maklum tuh. Mana nak update blog, twitter, facebook lagi eh eh macam la penting sangat kan :p 


pheww!

Hidup dah pusing 360 darjah.


Ambik kau. Ni baru betul namanya kisah suri rumah terhebat. Nak menjaga anak, melayan suami dan membela diri sendiri bukan satu tugas mudah. Mental fizikal nak kena kuat. Hati kena kental. Tak boleh kememeh macam aku. iskk. 


Bilalah aku nak menjelma jadik superwoman ni? 


Aku memang kagum lah kat suri rumah yang dah ada 4-5 orang anak. Kerja sepenuh masa. Menyusukan anak lagi. Dan, selamba ya ya je boleh buat part time sambung belajar, bukak bisnes online pulak, rajin menjahit dan macam-macam lagi lah.


Serius tabing spring!

toingg! toingg!


one 305

      Bila dah tambah satu lagi muka bulat, makin tak muat lah nak isi muka kat dalam frame gambar sticker macam kat atas tuh (-_-)



HER : Walaupun mak letih, tapi alam keibubapaan sangat penuh dengan keterujaan! ai loikeeee!

14 comments:

  1. alfiy menguap amboiii anak bujang tu menguap

    xeea tggu alfiy dah makan solid food lagi lah nak bangun pagi2 buat solid food uuuuu.

    tak sanggup tgk anak selalu bg heinz dan seangkatan dengannya kan? so dgn mata mengantuk bgn masak bubur anak.

    huhu
    demi anak sanggup buat apa uuuu
    hehe

    ReplyDelete
  2. ye..mmg berubah 150%
    dulu rileks je, bgn gi keje pukul 6.30am
    skrg, jam 5.30 dh terbeliak bijik mata. nanti bila alfiy dh start solid foods lagi lah xeea
    bgn pagi2 buat bubur anak
    uuiihhh... tapi takpe..demi anak

    ReplyDelete
  3. Ha, penatkan. I pun can't imagine, macamanalah yang orang anak ramai tuh boleh handle. I wish i can do that too. Walaupun anak saya dah 20months, and i;m going to the 2nd baby still byk lagi nak belajar and belum boleh lagi bergelar 'Superwoman'. HUK!

    Tapi seronot! Bak kata kakak aku "Ala..awal2 nih je...lame2 nati okeh la...n will be lagi much more fun!"

    ReplyDelete
  4. awak duk puchong ke?>evyn<

    ReplyDelete
  5. comelnye alfiy....bile dah ader anak nie hidup kite memang totally berubah..kalau tak kene gaya handle mau rasa tension..tp tuelah semua yang kite buat demi anak kita...suami kita...memang mencabar bagi kita yang bekerja nie....

    ReplyDelete
  6. 8 Botol!!!!banyak nyer..Best la....Xea pam sehari berapa kali..ada makan supplement ker? Comer la baby...

    ReplyDelete
  7. yatie :
    eh, cannottttt!! mama alfiy tak bagi :p

    farah :
    sy sendiri pun geram tgk alfiy! tiap hari gomol sampai dia lemas. hee

    nurul :
    nasib baik la anak teruna, kan? kalau anak dara, mau takde org laki nak pinang nanti :p

    skrg dah mcm trend buat home made solid food utk baby. teringat zmn kecik2 dulu masa mak2 kita buatkan solid food guna blender. huu

    dayu :
    boleh tak nak bagi nestum je? hehehehe *dasar pemalas*

    dayah :
    ahah. a toddler + baby. kinda hard to hear, must be harder to handle. bertabahlah weh! anggap je la kite superwoman, sume benda pun kita boleh buat. huu

    evyn :
    yup. opposite IOI Mall.

    mun :
    kdg2 tu, dtg jugak tension nya. pening kepala tak cukup tido takyah cerita la.

    patut la masa sy baru bersalin ari tu, ada je yg wish "welcome to the sleepless world" ahah 100% true!

    lil tots journey :
    8 botol tu bukan penuh pun. sy siap2 measure for each feeding 2.5 - 3 oz per bottle. senang utk nurseri.

    biasanya, pam 4 kali. 2x kat rumah, 2x kat ofis. kalau sempat, 3x kat ofis. setakat ni, tade mkn apa2 supplement pun. juz minum horlicks & continue blackmore pregnancy formula yg tak habis2 consume sejak pregnant dulu :p

    ReplyDelete
  8. adoi,
    rase seram sejuk plak nak alami keadaan ni nnt xeea huhu.
    skrang pun masih pusing2 lagi tak cukup tido, ni kan plak nak start keje, haih..kene bersedia ni.

    wahh byknye produktiviti kamu xeea. Kite dah minum horlick, mkn lobak putih, susu stil takdela mencurah2 sgt huhu. sedey :(

    ReplyDelete
  9. hanie :

    takyah risau awal sgt, hanie. enjoy ur confinement puas2. mengulit dgn hannah 24/7. dah keja kang, tade peluang camtu lagi :(

    ala, nti u da keja pun tak mustahil bole produce byk. sbb kita tak direct feed baby mase keja, kan. kalau kat umah, direct feed + pump, mmg dpt around 2-3 oz je per session.

    ReplyDelete
  10. blog yang bagus :)
    salam kenal dari zay

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,relaks puan afziha baru sorang,kan datang lagi sorang jawabnya tak cukup tanganlah + kasi up energy,hehehehe puan afziha sihat? :).

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.