Thursday, September 30, 2010

Alfiy Hafeez.

hello

Apa maksud Alfiy?

Kenapa nama sama dengan ayah nya?

 

Ini antara soalan-soalan biasa diajukan setiap kali lepas tanya,

Apa nama anak?


Aku berkeras mahu nama anak bermula dengan huruf A. Dengan harapan, dia sentiasa berada di hadapan, di tempat pertama. Tapi, Cfu tak setuju. Katanya, nanti bila masuk sekolah, sah-sah lah nama yang bermula dengan huruf A akan duduk meja depan sekali masa periksa. Susah nak meniru. cheit. Hampeh punya bapak.


Cari punya cari, kami jadik buntu.


Tenggelam dalam lautan pilihan nama yang berlambak. Tak cukup dengan tu, habis satu blog aku kecoh kan dengan dilema nama. Kawan-kawan kat Twitter pun semua aku kerah sekali mintak tolong cadangkan nama-nama yang sedap dan elok maksudnya. Kemain payah!


Lepas tu, aku kumpul semua nama-nama yang telah dicadangkan. Boleh tahan banyak jugak lah koleksi nya. Macam-macam ada. Baik nama lelaki mahupun perempuan.


Sudahnya, semua pun tak terpilih.

Sebab asyik bertelagah laki bini berebut nak pilih nama.


Lepas tu, dua-dua pun tak nak mengalah. Dan, masalah nama anak ni berterusan hinggalah saat aku dimasukkan ke hospital. Menggelabah hah aku dengan Cfu baru nak finalised nama anak. Dalam pada sakit-sakit tu, dengan kuasa veto nya, aku terus cakap ‘Alfiy Hafeez’. Lepas confirm kan maksud dan ejaan, Cfu pun terus setuju. Tak kuasa kot dia nak bergaduh dengan perempuan sakit nak beranak. heh.


 ‘Alfiy’ bermakna penasihat yang bijak. ‘Hafeez’ pulak diambil sempena nama Cfu. Aku cukup berkenan dengan maksudnya; pelindung. Sebagai anak sulung, Cfu mempunyai sifat pelindung yang sangat tinggi terutamanya terhadap adik-adik dan keluarga. Very protective. Diharapkan, sifat positif ni dapatlah di’turun'kan kat anak nya pulak. ecece.


Maka, terhasillah nama Alfiy Hafeez.


Nak bubuh Muhammad, macam panjang sangat. Kang tak muat nak tulis dalam IC. Cukuplah dua patah perkataan je. Less is more, kan? Nak sedapkan hati, aku ada jugak rujuk kat ustaz, nak tahu elok ke tak gabungan dua nama ni. Yelah kan, nak main gabung sesedap rasa je, takut tiba-tiba maksudnya jadik lain pulak.


Walau apa pun nama yang diberi, sebagai ibu bapa, dah tentu kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak. Bermula daripada memberikan nama yang baik. Mudah-mudahan, Alfiy menjadi anak yang soleh dan diberkati hidupnya dunia akhirat. Insya’Allah.

 

hello2

 I’ve survived the first month! yeay!

Sudah 5.5 kilo, tinggi pun dah 64 cm. Tak lama lagi, boleh lawan main basket ball dengan Papa :)

 


HER : Laman web Nama Nama Islam ni ada banyak gabungan nama yang best. Kalau boleh, nak tubuhkan legasi nama AH untuk anak-anak sempena initial nama kami Afziha dan Hafiz. err... “anak-anak” tu :p

11 comments:

  1. mestilah 'anak-anak'
    tak kan cukup dengan 'anak' je
    :)

    alfiy, semakin tembam
    tgk kaki dia

    ReplyDelete
  2. xeea...kejapnye budak ni da besar. ni x abih pantang lg da besar ni. esok 3 bln camne gamaknye die..

    kuss semangat..geram nk gigit je peha die tu..hihi

    ReplyDelete
  3. tomeynyer Alfiy. da makin ikot muke daddy dia =)

    cepatnya mase berlalu..sdh tembam huhuh

    ReplyDelete
  4. Agree with you, less is better kan.
    Daripada taruk nama panjang berjela, susah kemain nak sebut, sudahnye, panggil yang pendek je..
    terus takde maksud, hilang keindahan nama tu..

    Kalau dah nama anak susah-sudah sangat, sampai dia sekolah darjah 3 pun tak reti nak mengeja nama, sebab mak ayah taruk nama ntah ape2..

    Panjang sudah komennn..
    My conclusion is*ha, siap ada conlusion tu..*
    tiap kali panggil alfiy, secara otomatiknyer mendoakan dia supaya menjadi penasihat yang bijak..amiiinnn..

    ReplyDelete
  5. wah semangat la alfiy. suka sgt nama alfiy tu. tiru utk anak no 2 bole xeea?

    ReplyDelete
  6. same la kes kiter...
    carik bnyk..bila bini setuju laki plk xnk..bila laki suka, bini lak xsetuju...huhuhu..
    skrng ni baru dpt finalized..

    ReplyDelete
  7. nama alfiy tu mmg ok sedap disebut kan? yg penting maksudnya.

    dulu nurul dgn saiful pun berebut gak nak bubuh nama anak. last2 saiful setuju dgn pilihan nurul.

    tp yang tak best tu ada sampai skrg org pertikaikan nama RAINA EVAQAIRINA tu. katanya pelik.

    tp kita sebagai mak bapak tak kan nak bagi nama anak tak ada maksud kan? mestilah nak bg nama anak maksud yg bagus. nurul punya susah2 cari di website arab tp org pertikaikan.

    yg penting kami tahu maksud nama anak itu mempunyai maksud yg baik2. bila kan kita mahu ketemu? hehe

    ReplyDelete
  8. Nama saya ada dua dengan @ ditengahnya (alias), sebab mak ayah pun bertelagah pilih nama saya, sebab anak sulung ek.excited la kot.. ;-)

    ReplyDelete
  9. wahh...ramai jugak yg anak 1st..isteri2 dapat kuasa veto ek bab2 memilih nama niehh... samalah cm kami dulu Xea. Nama Amsyar, mmg saya yg suke. Tp sbb meaning die 'yg cergas', so kenelah add in something yg bersifat kepimpinan dan kemuliaan..so jadik lah Aliyy Amsyar. berebut tuh memang ada.tp nak buat macam mana, nama yg hubby pilih sumenye saya tak berkenan. Then coming to 2nd baby nih..die plak nk cop pilih nama...but...dlm hati aku, "i don't think so"..... hehehe... anyway....alfiy sangat comey! peluk cium dr aunti yah!

    ReplyDelete
  10. dayu :
    tp lambat lg aa nak jadik 'anak-anak' tu. plg kurang 2 taun. ceaser kan. huu

    drumstick kekar. pakai diapers pun sendat tang tu.

    juju :
    skrg ni pun, naik lenguh tgn aku time susukan dia. baby boy kot. kuat nyusu. tu badan pun cepat naik.

    sharena :
    tembam mcm papa, hensem mcm mama. hee

    honeydear :
    insyaallah. mudah2an, tiap kali sebut nama dia, tiap kali tu jugak menjadi doa. bubuh nama panjang2 kang, panggil nama pendek jugak, ye tak?

    wardah :
    eh, adik haikal dah in the making ke? :p

    alfiy kata, "boleh je nk tiru name saye auntie wardah, dengan syarat, kena bagi komisen kat alfiy dulu yeee."

    aziyana :
    anak sulung le katakan. entah2 mak abah kite dulu pun cenggini masa nak carik nama utk kite, kan?

    nurul :
    agree. biar lah org nak kata apa. anak kita, tahu lah kita apa yg terbaik utk dia.

    jumpa? tunggu mama raina buat open house laa. hee

    lina rahim :
    serious u? dua nama? cemana eh boleh jadik nama yg ade alias tu? ni baru betul2 punye berebut nak pilih nama tu. huu

    dayah :
    "...coming 2nd baby"

    wah, amsyar nak dpt adik dah ye? congratz! episod berebut pilih nama berulang lagi laa nampaknye :p

    ReplyDelete
  11. hahaha, blom lg ye xeea. mungkin next year. haha. oh thanx alfiy, nnt auntie bg komisen ok!

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.