Thursday, September 9, 2010

18.08.2010. Siri Dua.

... sambungan Siri Satu.


Lepas VE, doktor cakap,

“Failure induction. We have to do an emergency operation, immediately!”


Doktor explain prosedur dan segala macam perkara berkaitan kat Mak dan Cfu. Aku pulak main sain je dokumen dihulur. Midwife dengan nurse semua pun bertempiaran lari, buat persediaan untuk sorong aku masuk ke bilik pembedahan.


8.45 pm.

Dalam perjalanan ke operation theatre (OT), aku sempat salam cium dan mintak maaf kat Mak. Sayu gile rasa hati masa tu. Air mata takyah cakap lah. Mengalir deras macam tsunami. Dah sampai kat depan OT, baru aku tau yang Cfu tak boleh masuk temankan aku sebab emergency. Tapi aku mintak jugak kat nurse tu bagi Cfu masuk kejap. Sempatlah aku salam mintak ampun. Cfu cium pipi dan dahi serta bagi kata-kata semangat sebelum aku ditolak masuk dalam OT. Sebak weh masa tu. Rasa macam dah nak mati pun ada.


9.00 pm.

Aku macam tiba-tiba je jadik tenang sepanjang masa kat OT. Padahal sebelum tu, kemain lagi seram sejuk. Ada lah dalam 4-5 orang doktor kat dalam tu termasuk pakar bius, gynae, paed dan entah sape-sape lagi ntah. Elok je lepas bius, terus aku tak rasa sakit apa dah. Dengan tangan-tangan aku sekali jadik kebas. Dah aa menggigil satu badan. Sejuk gila kot kat dalam tu.


9.54 pm.

Dalam pada aku leka melayan gigil dan dengar doktor-doktor tu dok pung pang pung pang bertukang mengerjakan perut aku, tiba-tiba kedengaranlah suara bayi menangis. Kemain kuat memecah kesunyian. oh, my lil’ bun is already out! Boleh pulak aku tergelak dengar suara anak aku menangis masa tu. Macam bunyik suara kartun pun ada. heh.


10.15 pm.

Paed bawak masuk baby. Doktor cakap ‘boy’ sambil tunjuk bebird dia. Lepas tu, doktor suruh aku confirm kan tag nama dan cium pipi baby. Rasa sejuukkk je. Dah aa tembam gila. Rasa macam nak gigit. Geram! Belum sempat nak gigit, paed bawak baby keluar untuk further inspection. Aku pulak terus melalui prosedur jahit-menjahit. Masa ni, dah tak sabar nak keluar dari OT. Nak peluk cium baby puas-puas!


11.00 pm.

Lepas dah agak stabil, baru lah aku disorong keluar dan dihantar balik ke wad. Aku macam mamai gila. Pening dan muntah-muntah. Dah aa menggigil tak habis-habis. Berlapis-lapis hah selimut nurse bagi tapi masih lagi menggigil. Aku cuma ingat, Cfu dan Mak masuk cium aku, Cfu cakap 'thank you, baby so cute!', lepas tu aku terus terlelap pengsan sampai pagi.


4.00 am.

Bius dah habis. Barulah aku boleh gerakkan kaki. Rasa dahaga dan lapar gila masa tu. Lepas Cfu suapkan roti dan air, baru lah aku tau yang rupanya, aku tak dibenarkan makan selagi belum kentut. Luka pembedahan dah mula terasa bisa. Nak bangun, duduk memang seksa. Lagi pulak kalau batuk, bersin atau ketawa.


8.00 am.

Semakin beransur pulih. Tapi, masih tak boleh nak bangun berjalan. Nak buang air kecil pun kena guna tiub. Makan minum pun bersuap lagi. Walau apa pun, tak sangka, kini aku dah pun bergelar seorang mama. Sakit semua tolak tepi! Hepi, yeay!


Sekian, bahagian aku.

Merasa lah sakit nak bersalin normal dan jugak sakit perut kena belah. Pakej lengkap. 2 dalam 1.


Setiap orang punya bahagian masing-masing. Yang membezakan cuma cepat atau lambat, susah atau senang. Yang penting, persiapkan mental dan fizikal secukupnya. Menyambut kehadiran ‘orang baru’ serta proses penyesuaian memerlukan masa dan bukan lah semudah yang kita sangka. Berusaha! heh.


Oh ya, atas permintaan, disertakan sekali Doa Nabi Yunus a.s ;

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

alfiy 057

Inilah hasil ‘eraman’ yang aku bawak ke hulu ke hilir selama 36 minggu 1 hari. Berbaloi-baloi! :)


HER : Kadang-kadang, bila tengok ‘kesan kulit limau’ yang tumbuh melata kat perut, rasa rindu pulak saat-saat si kecik tu duduk kat dalam tu dulu.

15 comments:

  1. akak, same la kite kak.. merase sakit normal & sakit operet.. tp 4 sure operet mmg seksa! ade org ckp sakit bertahun.. luka pulak sensitif bkn main.. tp kan kan..

    ade lak org ckp "ala ko beranak operet bkn sakit pon.."
    ehh gile ke hape.. igt kene operet x sakit ke.. ok geram ngan org yg jenis gini.. bangge sgt dpt normal.. padahal kite x mintak pon emergency operate.. janji bayi selamat lahir sudah memadai:P

    ReplyDelete
  2. 36 minggu 1 hari...fuhhh..berdebar weih..esok dh masuk 36 minggu..mmg nk masuk fasa nk beranak dh..adeh..

    ReplyDelete
  3. duk bilik bedah mmg rasa macam dok dlm peti ais...aku 4 lapis selimut pun tak lut...bile pengsan pun aku tak sedar....tau2 da abis operation...

    ReplyDelete
  4. hehe.. ummu dh kata.. ko rindu nnt berat-berat baby dlm perut tu, haa kan dh rindu :) happy for you ziha n cfu.. tahniah berjaya melalui satu tempoh.. bersedia utk 'gear' yang seterusnya utk maju ke depan :)

    ReplyDelete
  5. Salam ziha, tumpang tanya. Aritu ziha beli breast pump medela swing kan? Ok tak pakai brand tu? Ziha recommend tak? Hope ziha dapat share opinion, huda pun baru je selamat bersalin last week.. thx :)

    ReplyDelete
  6. same la kite...baby kuar ikut tingkap...hihihi...
    anyway mmg pengalaman xleh dilupakan...
    wpun dh 5 bulan lebih lepas operation tue...kesan tetap ada...
    alhamdulillah, selepas operation tue sy trus amalkan Healin Gamat - Gamogen tuk kekalkan kekuatan mase berpantang...
    selamat berpantang...=D

    ReplyDelete
  7. la... ingt kan bersalin normal...ceasar jugak.. same lah kite....sempat jugak ko sain2 surat bagai...aku punya contraction dr pg dah ase... so mase die tolak nk masuk OT..dh mmg tgh 6-7cm dh..dorg suh sain..dgn muka menahan marah sakit segala.."boleh tak saya sain nanti je!"....n pesanan nurse suh baring betul2..nati jatuh...tak henti2 aku dengar...tp buat tak layan je... sungguh pengalaman yg tak boleh dilupakan...

    ReplyDelete
  8. reen :
    agree. kalau boleh, mmg nak natural sume, kan? tp, dah bahagian kite gini. terima je lah. asalkan selamat semuanya.

    neway, sakit operate tu mmg lama eh? spi skrg ni terasa2 lg ngilu nya. dah aa kdg2 sakit contraction pun ada dtg sekejap2. haih.

    nurul aziyana :
    be prepared, huh. beranak ni tak kenal masa. sukati dia je nak bila. hihi

    deepinside :
    kan? sejuk gila! cannot tahan!

    ummihasan :
    thanx! seriously, kdg2 rasa rindu gile kat perut buncit tu. tp lega dah ni tak payah terboyot-boyot bwk perut lg. elok je bersalin, hilang terus sakit2 kaki sume tu. magik! :p

    huddy :
    highly recommended! suction tak sakit, for first timer mcm kite, kire besh laa. cuma bunyik suction makin kuat each time kite tambah suction level tu. kalau mampu, selamba je sy nak sambar freestyle satu. hehe

    neway, congratz to u too!

    zue amin :
    oh. oke eh gamogen tu? perut jadik kempis tak? bole hilangkan stretch mark tak? hihi so far, sy tade consume ape2 lg since alfiy kena jaundice. tu yg hold dulu nak makan apa2 pun.

    dayah :
    heee kita serupaaaaa!! bergegar oke katil masa dorang dok nak transfer katil pi OT la ape lah. bole pulak nak mintak2 sain lagi, kan?

    ReplyDelete
  9. reen aritu sakit 2 ari.. waterbag da lame pecah, tapi baby masih xnk kua lagi sampai kene induce.. da induce jantung pulak x stabil.. 4cm je.. sian sama dia.. operet lah jawabnye.. setakat neh luka operet cmane? reen da macam bercantum da.. oo mase pantang aritu kan luka reen bernanah sket.. langgar pantang sket.. heee

    ReplyDelete
  10. reen,

    luka luar dah oke. dah kering. tak nampak pun scar sbb kt pelipat,kan? tapi, yg belah dalam mcm belum baik lagi la. kdg2, bisa! merasalah mkn ikan haruan tetiap hari. huu

    ReplyDelete
  11. 36w je..cepat tu..
    anyway sy pun amal doa nabi yunus tu..

    ReplyDelete
  12. maria,

    cepat kan? sy tak expect langsung nak terberanak time tu. tp mcm lega pun ada sbb tak larat dah nak bwk perut. huu

    ReplyDelete
  13. huda dah beli medela swing tu ;) hohoho freestyle tu kite tak mampu juge.. :P thanks!

    ReplyDelete
  14. mak aiiiiiiii..aku yg meleleh air mata baca entri kau..rasa macam aku ada sebelah!ngilu!

    tapi,alhamdulillah..semua selamat.sayu pun ada part shiom2 mak&cfu nak mintak maaf segala.. :')

    motif kau nak tarok nama saloma kalau dapat anak perempuan??WAHAHAHAHHAHHAHAHAHAH sempat lagi tu time semput2 nak beranak!tabik lah.. :D

    ReplyDelete
  15. huddy :
    happie breastfeeding!

    saloma :
    meleleh air mata?
    wah wah. 'tanda2' tuh :p

    sbb saloma kan idola ai. hahahahaha tp serius weh, mmg tibai bubuh saloma je kalau yg kuar tu gegirl.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.