Adik aku semangat bubuh gambar ni kat desktop sebaik je dapat tahu dia bakal dapat anak saudara sulung. Dengan berkobar-kobar jugak, dia tag aku kat FB dengan harapan, aku terkenan, dan dapat anak rupa ala-ala pelakon Korea, gitu.
Alang-alang nak terkenan, baik terus yang mirip macam ni, kan? Tapi, kalau kot yang keluar nanti lelaki, payah la pulak. Jambu sangat :p
Selalu sangat kita disogok dengan cerita kenan-kenan ni, kan?
Orang Melayu kita kan, sarat dengan pantang-larang. Itu tak boleh, ini tak boleh. Lebih-lebih lagi bagi wanita hamil. Lagi panjangggggg senarai boleh tak boleh nya. Jangan bunuh binatang, nanti kenan. Jangan lilit tuala kat leher, nanti tali pusat melilit kat leher bayi. Jangan makan kicap, nanti dapat anak hitam. Jangan tengok cerita atau gambar yang bukan-bukan.
Macam-macam lagi lah.
Tapi, kalau tengok kat kes-kes yang pernah terjadik kat orang-orang sekeliling, macam ada jugak betulnya kejadian kenan-kenan nih. Seorang kawan sekerja Cfu, masa mengandung, duduk betul-betul berdepan dengan boss Jepun diorang. Elok je anak dia lahir, memang Jepun habis hah muka dia. Macam mana nak jawab tuh?
Cfu sendiri, kat muka, badan malahan celah cuping telinga pun penuh dengan tahi lalat. Bila ditanya, katanya Mak Mertua suka sangat tengok Sharifah Aini semasa mengandungkan dia. Kes terbaru, pasal anak Eja yang dikatakan terkenan kat bulu mata palsu yang dia selalu pakai masa berlakon.
Walau apa pun, terkenan yang cantik molek tak apa, kot. Yang buruk-buruk tu, MasyaAllah, mintak dijauhkan. Kita hanya mampu berdoa untuk yang terbaik je. Lain-lain tu, di luar kawalan kita. DIA bersabda, 'Kun Fayakun' maka, jadi lah atas kehendak dan kekuasanNya.
Daripada sibuk-sibuk nak terkenan anak rupa Tom Cruise, lepas tu nanti orang sibuk tanya, “eh, anak kau ni ikut muka siapa? apasal hidung dia mancung kemain? apasal comel sangat, kau dengan laki kau bukan lawa sangat pun !@*P%#* (exaggerate) ” Ye lah. Kadang-kadang, orang kita ni kan memang suka keluarkan statement berbaur kejam macam tu, kan?
Lebih baik jadik realistik sikit.
Nah,
Saja suka-suka je ni. Jangan kecewa pulak kalau hasil kombinasai tak serupa dengan yang diidam-idamkan.
Wallahua’lam.
HER : Asalkan cukup sempurna sifat dan sihat tubuh badan.
xeeaaaa!!!
ReplyDeletesaye pon nak cube la campurkan muke saye & en ros. nak tgk jadik muke hape. hrp2 tak kecewa. hehehe
yg pntg baby sihat dan sempurna di pandangan mata kita ;)
ReplyDeletehehe..comela gak tu. pipi labuh tu yang mahal!
ReplyDeletexeea..insyaallah..cumel dan sihat2 baby kamu itu..:)
ReplyDeleteehehehee... tomeyy ler budak "morph" you tu xeaa! anyway dakpe ler camne rupa pun nanti. asal kan sihat dan sempurna okeh...
ReplyDeleteekekeke.. ziha, ,siyes comel budak berpipi labuh itu..akak doakan ziha selamat smpai bersalin nnti..ni blog baru akak..blog assignment kelas komputer akak sebenarnya..hehehe..yg lama sudah terabai..hehehe
ReplyDeletenak test jugak la! hee
ReplyDeletemisha :
ReplyDeletejadik pelanduk 2 serupa, kan? :p
yatie :
couldn't agree more. sebagai parents, kita sentiasa mahu yg terbaik utk anak2.
farah :
urgh. kembang semangkuk laa cfu selaku penyumbang terbesar terhadap tahap kecomelan anak. haha
feresa :
aminnnnnn :)
liana manan :
mudah2an yg keluar nanti lagi comel! heee betul tu. tak kisah pun ikut rupa siapa, asalkan sihat sempurna.
hana picca :
patutlah sunyi sepi je selama ni. 'migrate' tp tak sound pape pun. tak sabar nak tengok hasil 'morph' akak dgn abg lukman pulak. kekeke
reen :
cuba jgn tak cuba! saje suke2 je ni. huuu
semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan. Banyak2 berdoa pada yang Maha Agung
ReplyDeletecheck out the latest dates for makeup classes!!!
ReplyDeleteAPRIL
24TH : PERSONAL/BASIC GROOMING CLASS RM150
25TH : PERSONAL/BASIC GROOMING CLASS RM150
MAY
8TH-9TH : BRIDAL MAKEUP CLASS/KELAS ANDAMAN PENGANTIN RM500 (2DAYS)
15TH & 16TH : BRIDAL MAKEUP CLASS/KELAS ANDAMAN PENGANTIN RM500 (2DAYS)
**MAKEUP PROVIDED FOR ALL CLASSES.
**LUNCH PROVIDED
**CERTIFICATE OF ATTENDANCE WILL BE GIVEN
**LIMITED TO ONLY 6 PAX MAXIMUM FOR ALL CLASSES!!!
**BRING YOUR FRIENDS ALONG AND GET RM20 DISCOUNT FOR PERSONAL CLASS & RM50 DISCOUNT FOR BRIDAL CLASS!!!!!
PLACE: SHAH ALAM, SELANGOR
WEEKDAYS CLASS IS ALSO PROVIDED!!! (UPON CLIENT REQUEST, DO MAKE AN APPOINTMENT FIRST BEF0RE CONFIRMING)
HTTP://WWW.EYRARIZAL.COM
FB: EYRA RIZAL / eyrarizal@gmail.com
016-2128740 (SMS & CALL WILL DO)
kcynodia,
ReplyDeleteamin :)