Friday, January 23, 2009

Gula-gula hati saya.

Dia selalu bertanya,


"Kenapa aku cinta dia?"


Sambil tersenyum dan genggam erat tangan dia,
aku menyusun kata,


"Takde sebab."


Dia pun akan tarik muka. Muncung sedepa.



Walau dia suka habiskan biskut bantal yang baru aku beli semalamnya.
Walau dah jadik tabiat, curik nasik dalam pinggan aku yang belum habis dimakan.
Walau dia selalu cepat-cepat makan dan lari sebab tak nak basuh pinggan.


Itu bukan jadi SEBAB untuk tidak cinta dia.


Walau dia selalu terlena atas riba tatkala mulut aku masih sibuk berceloteh pasal cerita Heroes di kaca TV.
Walau tiba-tiba dia terjaga sebab mengigau dan terus capai remote control tukar siaran bola.
Walau dia tak pedulikan aku ketika leka main FIFA.


Itu pun bukan jadi SEBAB untuk aku tak cinta dia.


Aku cinta dia tanpa SEBAB.


Kerana pada hemat aku,
kalau aku cinta dia ada SEBAB-nya,
bila tiba-tiba nanti,
Tuhan tarik balik segala SEBAB itu,
maka aku takut itu akan jadi SEBAB-nya,
untuk aku tidak cinta dia lagi.


23 Januari 2009.
Selamat hari lahir ke-25, cinta.


Cinta kamu, sampai syurga.



HER : Dah hampir seminggu, solat aku tiada imamnya, tidur malam tiada pendodoinya. =(

11 comments:

  1. oloh3...ni kes duduk sorang ah ni... cik abg ke mana?

    ReplyDelete
  2. oloh sian nye...nape tade pendodoi...pendodoi nye gi mane.....
    tape...sekali sekale.... klu dah hari2 ngadap pn bosan gak :P ahaks! heeee...nway..hepi besday to your hubby..

    ReplyDelete
  3. saper yg lahir 23 januari ni, mmg chumel² orgnye... (",)

    ReplyDelete
  4. ouh dats super double sweet ov u :) lucky dat ure married to ur Mr Right.

    ReplyDelete
  5. lor cfu g mana? mesti bosan kan..
    awat cfu makin chumell benor skang...hahaha...

    Senang hati nampak cfu yerk...kim salam kat die..:)

    ReplyDelete
  6. WOOWW...
    entry kali ni sgt mendalam maksudnya kan..
    cinta tak pernah perlu kan sebab
    dan takde sebab untuk tak mencintai dia yg telah kita pilih kan...

    semoga si dia segera pulang

    ReplyDelete
  7. piki gula gula anwar ibrahim nak bagi kat menteri2 n rakyat kat sarawak nih td...haha....

    btw, happy besday..semoga sentiasa dlm keadaan bahagia...

    ReplyDelete
  8. hey..just dropping by :)
    saye pun suke biskut bantal hehe..

    ReplyDelete
  9. zul : aku yg out station. laki aku ade je kat umah. huu

    dyh : betul gak tu. orang kata, bila dah dekat, bau tahi, jauh-jauh, bau wangi. heee

    mrantuz : oh. hepi belated birthday to u!

    anna : terima kasih banget!

    soraya : super double lucky me. may u'll tie the knot with ur right man, too. =)

    cik oren : comel? owh. dia mesti kecewa. dia ingat dia makin macho.

    dayu : makan dalam tuh. yup. love has no reason.

    hussaini : gula-gula anwar ibrahim tak manis macam gula-gula aku.

    mieza : hi! come! drop here again! next time, i hidangkan kopok bantal utk u. hee

    syahirah : saye memang sweet lah adik. dan jelita. eh eh

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.