Thursday, January 8, 2009

Blog respon, Ujian Karier berdasarkan Warna dan Merah itu Menawan.

Respon kat entri Career Test oleh Cik Super Sexy Underwear.

Dah terang lagi bersuluh, walaupun dalam career test ni dah suruh aku pilih beraneka ton warna sampai berpuluh-puluh, warna dominan aku tetap MERAH.

Kalau ikut tafsiran identiti di sebalik warna yang biasa kita dapat kat forward email tu, MERAH melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi. Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Pelik jugak apasal aku ada tekanan darah rendah. Kata warna merah tu menaikkan tekanan darah.

Kadang-kadang, rasa macam nak jugak lah tukar warna. Macam adik aku kata, sesekali nampak aku pakai warna biru, sejuk je mata memandang. Sebab tak nak jugak jadik terlalu obses dengan satu warna je macam Mak Merah yang maintain vogue walaupun dah beranak dua ni. Warna lain dia tak nampak dah.

Tapi, sudahnya, belek-belek barang warna lain, merah jugak yang aku pilih. Merah jugak lah yang nampak lawa kat mata aku ni. Dari sofa sampai la ke warna tong sampah. Semua nak merah. Kereta aku dulu pun warna merah. Kawan-kawan yang rapat dengan aku, tau lah berapa banyak barang aku yang warna merah. Mujur masa kahwin hari tu, aku tak gila nak merah semua. Mau juling mata semua orang yang datang.

Jom cuci mata kejap.

Tengok koleksi MERAH aku. Agak-agak takut mata silau, hampir juling atau khuatir dijangkiti katarak, sila pakai cermin mata hitam. Pastikan yang ada penapis UV dan sinaran ultraungu, ye.


Barang-barang kat dapur. Glove tu beli masa kecemasan, tak jumpa warna merah, yang ada belang-belang merah pun jadik lah. Yang ala-ala pink sikit pun ok lah, asalkan berasal dari kaum keluarga merah.


Jengah kat bilik pulak. Baju sah-sah la banyak warna merah, kan. Penyapu kecik dengan bakul baju kotor pun aku belasah merah jugak. Sejadah pun nak merah. Nasib baik la takde jumpa kain telekung warna merah.


Tak lupa juga sofa merah kesayangan.


Dalam keluarga, mak aku jugak seorang peminat warna merah. Dia ada dua handphone, dua-dua warna merah. Baju dia yang penuh 3 almari tu, majoritinya merah. Nyaris-nyaris je dia nak beli kereta warna merah, tapi takde stok pulak dah.

Jadi, kamu tau lah dari mana datangnya 'gen gila merah' aku ni.

Wah.

Jauh menyimpang.

Berbalik kat hasil ujian kerjaya berdasarkan warna tadi, inilah hasilnya. Letak yang Top 20 je lah ye.


Bila diteliti satu-satu, banyak pulak kerjaya yang melibatkan public relation macam real estate, marketing, performing arts, interior design dan reporters. Memang tu lah sebenarnya kecenderungan aku kot. Aku memang suka kerja yang melibatkan jumpa orang ramai. Yang setiap hari kita buat perkara berbeza. Kalau mengajar, jumpa ramai orang jugak, tapi, hari-hari buat benda yang sama. Bosan.

Tu lagi satu masalah aku. Cepat bosan dengan satu-satu benda. Dah nama pun bintang Gemini, kan. Jangan satu hari nanti, aku bosan jadik penternak blog, sebab dapat 50-60 ringgit je dari Nuffnang. Tiba-tiba nanti, aku nak jadik penternak kambing biri-biri lah pulak. Takpun ayam serama. Untung-untung boleh dapat 500 - 600 ringgit tiap seekor. Makcik kayoooo!

Eh.. eh..

Perasan tak, yang nombor 13 tu?

Culinary art (chef and cook).

Gulp.

12 comments:

  1. merah itu mmg menawan..im red-addicted too..

    ReplyDelete
  2. emmm.., sebut pasal wat kerje sama hari2 aku kureng setuju skit...

    walau pon kerje kiter mengajar, tak semestinyer kiter wat mende sama hari2...

    bak kata pak engku, kalau nak cemerlang sentiasa tingkatkan kualiti kerja.. means pelbagaikan cara bekerja...

    jgn plak buat slide masa mula2 kerje pastu guna sampai pencen...

    lagi satu xeaa, kerje macam aku ni, tak ah mengajar semata2... byk mende kena buat tau... mmg best sbnarnyer...

    lagi2 klu pegang portfolio yg best2 cthnyer kelab pelajar... best tau, wat mcm2 xtvt...

    jgn risau ah, ko takkan mati kebosanan.. takut ko mati byk kerje plak...hehehehe

    so jgn risau, ko tak buat pilihan yg silap...

    selamat bekerjaya...yek..

    ReplyDelete
  3. hee. ramai rupenya yang wat career test tu. lina pun ada buat.

    oh suka jumpa orang. bleh la jadi menteri. heh heh heh

    ReplyDelete
  4. ooo...cik merah rupanya xeaa kita nih...

    *bak kata zuhaimi..don't worry, tak buat pilihan yg silap..
    silap2 nanti awak jatuh cinta dengan dunia pendidikan ni...:)

    ReplyDelete
  5. kalau diikutkan, semua benda ni kebetulan sahaja.
    tp bagi aku yang karier sekarang sedang menuju kehancuran, tu yang aku buat test ni utk sedapkan hati..

    tu la xea, aku memang notice ko suka merah

    ReplyDelete
  6. aziyana >> we're in the same club!

    zul >> wish me luck.

    leena >> menteri? oh. kena masuk bertanding pilihanraya dulu ah ni.

    ira >> mudah-mudahan. dah kamum keluarga, ipar duai semua in education line. si dia dulu pon mengajar juga. mau tak jatuh chenta. huu

    al >> kehancuran? bukan ko dpt new job ke?

    btw, i told u. org2 yg rapat dgn aku, mesti notice punya. sgt obvious kot.

    ReplyDelete
  7. pengila merah rupanya kamu ye
    dulu pernah gak suka merah
    tapi biru tetap dihati
    tapi tak begitu taksub begini..
    koleksi baju juga tidak byk berwarna biru..

    nak buat gak la career test ni, mcm menarik je

    ReplyDelete
  8. ape yang ingin ku katakan adalah:-

    WOW~untuk kamu yg belum menjadi MAK MERAH..dan mungkin akan datang baru jadi MAK MERAH atau mungkin IBU MERAH pula yang wujud atau mungkin UMI MERAH atau MAMA MERAH..

    wahahaha

    ReplyDelete
  9. wah...warna ni memang mengingatkan aku dgn c dia..baju merah, tudung merah, wallet merah, kotak tisu merah, apa2 yg berkenan brg nak dibeli mesti warna merah....

    btw, nasib gincu x warna merah..kalo merah gak...alahai...x tau aku nak cakap apa plk...

    ReplyDelete
  10. dayu >> tak sedar pun diri ni agak taksub jugak.

    buatlah test tu, sekadar nak tau je, tak boleh percaya 100% jugak.


    cik oren >> tunggu saja saat itu. =p


    hussaini >> hoho. welcome to the RED club! get ready je la. ntah2 rumah ko dan si dia nanti pun ada sofa merah.

    ReplyDelete
  11. Salam... Tumpang tanya, Kat mana beli sofa merah tu? Nak beli juga... Boleh beri info sikit pasal sofa tu ( jenama, harga dll )? Senang nak cari nnt. TQ
    Drp Peminat Warna Merah

    ReplyDelete
  12. Hai Peminat Warna Merah!

    Sofa merah tu kitorang beli kat Carvenzi. Byk branch Carvenzi ni, senang nak cari. Harga murah je, around 500-600, tak ingat the exact price. Material fabric. Happy hunting!

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.