Friday, October 31, 2008

Kredit

Keadaan agak kelam-kabut sekarang. Tak dapat update selalu. Dalam proses pindah-randah ke rumah baru. Ada masa nanti, boleh lah buat entri pasal rumah baru pulak. Susah jugak nak cari rumah yang sesuai untuk memulakan hidup berkeluarga. Kena pulak dapat suami cerewet pasal nak cari rumah, ditambah dengan aku punye cerewet 2 kali ganda. Sampaikan sistem perparitan pun aku kaji selidik dulu. hehehe


Walau apa pun, syukur alhamdulillah. Majlis resepsi di Terengganu berjalan dengan lancar. Tak sia-sia mak ayah mertua solat hajat setiap malam mintak majlis berjalan lancar dan cuaca yang elok. Al-maklumlah, musim tengkujuh dah tiba.


Entri Sneak Peek pun tergendala kejap. Sempat buat sampai Part 2 jer. Insyallah, lepas dah habis semua kerja pindah-randah, mengemas rumah, entri tuh akan disambung semula. Buat masa ini, boleh la jengah kat blog kawan-kawan yang sudi buat entri dedikasi untuk kami. Terima kasih daun keladi buat Beautiful shiatun dan Juju oren *click click*. We love you.


Kepada kawan-kawan yang lain, terima kasih kerana sudi datang memeriahkan majlis kami.


Doakan kami bahagia hingga ke hujung nyawa.

Wednesday, October 22, 2008

Ada Masanya

Ramai yang bertanya,

"Apa perasaan selepas bergelar isteri orang?"

Tiada jawapan pasti yang keluar dari bibir mungil merah merekah ku ini (ehem) selain daripada tersenyum penuh makna dan menjungkit bahu.

Tanda takde perasaan.

Betul. Aku sendiri tak pasti apa perasaan aku ketika ini.

Ada masanya, aku rasa bahagia sangat-sangat, sebab tiap kali bangun pagi, toleh kat sebelah jer, dah boleh tatap wajah orang yang kita sayang. Dating setiap hari. Tak perlu nak bergayut kat telefon berjam-jam semata-mata nak dengar suaranya, nak hilangkan rindu macam dulu-dulu.

Ada masanya, rasa aneh pun ada sebab sekarang dah kena fikirkan tentang kehidupan berdua. Tentang makan, pakai suami. Kalau masa bujang dulu, nak makan ke, tanak mandi sehari suntuk ke, lantak aku la kan. Takde sape peduli.

Ada masanya, aku menangis sorang diri. Sebab terasa sunyi duduk kat rumah bila suami keluar bekerja. Teringat pulak masa duduk dengan mak dan abah. Rasa malas nak masak, mak ada. Rasa nak borak-borak pasal politik, abah ada. Ada adik-adik yang yang ketawa bagai mengilai setiap hari, bergaduh sesama sendiri. Buat aku rasa nak hidup bujang kembali.

Ada masanya, aku rasa gementar. Rasa sangsi nak bercampul-gaul dengan keluarga sebelah suami. Disebabkan perbezaan bahasa (loghat Pantai Timur) dan budaya (Jawa vs. Melayu) dan juga selera (nasib baik aku suka makanan manis) dan juga cara kehidupan. Agak sukar untuk menyesuaikan diri dalam 'rumpun' yang lain. Tertanya-tanya juga dalam hati, alangkah lebih sukarnya orang yang berkahwin dengan orang Cina, India ataupun 'Mat Salleh'. Budaya yang lebih jauh berbeza.

Ada masanya aku bersikap terlalu berhati-hati untuk melakukan atau menyatakan sesuatu perkara. Bimbang akan menyakitkan hati suami (yang kini menjadi tempat di mana letaknya syurga untuk aku) juga ibu dan bapa mertua serta kaum keluarganya. Yer laa. Kalau keluarga sendiri, kita dah masak perangai masing-masing pasal dah kenal bertahun-tahun. Dah tahu, apa yang tak disukai, apa yang menyenangkan, apa yang perlu dibuat.

Ada masanya dibesarkan dalam persekitaran keluarga aku yang agak selamba 'huha-huha' dan sangat menitikberatkan perihal berdikari agak sukar juga untuk disesuaikan dengan keluarga sebelah suami yang agak berprotokol dan masing-masing bersifat sangat protective.

Ada masanya aku termenung sendiri. Memikirkan apa lagi pelbagai jenis perasaan yang akan aku lalui di masa akan datang selama bergelar isteri. Moga-moga semua perasaan yang indah-indah belaka saja.


***

Rasanya, soalan di atas dah terjawab.

***


HER : Mau pulang ke Terengganu tengahari ini. Wish me luck! =)

Friday, October 17, 2008

Malam Pertama

Kalau kamu mencari kisah-kisah berunsur erotik.

Sila keluar.

Maaf, ya. Sini bukan tempatnya.

'Malam Pertama' di atas merujuk kepada perkara-perkara yang PERTAMA kali berlaku dalam hidup aku yang penuh bosan dan rencam ini selepas tarikh rasmi melucutkan jawatan tetap dan berpencen selaku gadis sunti rebutan jejaka se-taman (ehem) iaitu pada tanggal 03.10.08.

Sengaja menggunakan tajuk 'Malam Pertama' sebagai entri eksperimen untuk menguji Hipotesis Null (Ho) : Topik seumpama itu akan mengundang lebih ramai pengunjung misteri ke sini. Diterima atau ditolak.

Maaf. Main taktik kotor.


Jangan buang masa, mari kita kaji perkara PERTAMA tersebut :

  1. PERTAMA kali bergelar Puan Seri Afziha (ehem).
  2. PERTAMA kali tanda tangan borang bertulisan Jawi (selalu tanda tangan kat borang daftar subjek je, takpon borang renew membership Sushi King yang semuanya bertulisan rumi).
  3. PERTAMA kali memakai baju putih lengkap sedondon.
  4. PERTAMA kali bersalaman dan mencium tangan seorang lelaki (selain abah, datuk, saudara-mara).
  5. PERTAMA kali ada orang cium dahi jendul ku (lambang orang bijak bestari) di khalayak ramai. *sipu-sipu malu*
  6. PERTAMA kali menangis tanpa sebab sampai mascara bersememeh dan bulu mata palsu hampir gugur (juga di khalayak ramai).
  7. PERTAMA kali duduk bertimpuh kat atas kusyen empuk dengan penuh sopan selama hampir 2 jam sampai kaki naik kebas.
  8. PERTAMA kali ambil gambar senyum-simpul (Tak boleh nampak gigi. Mak mertua marah.) dan kontrol senyum se-ayu yang mungkin. *muntah hijau*
  9. PERTAMA kali rasa malu dan serba-salah nak masuk bilik sendiri sampai terpaksa berpura-pura pusing keliling mencarik barang hilang konon nya.
  10. PERTAMA kali ada 'orang lain' yang tidur berdengkur di sebelah (ehem).

Terlalu banyak kisah PERTAMA yang hendak dikongsi sebenarnya. Tapi, bak kata orang 'simpan sikit untuk diri sendiri'. Doakan yang baik-baik untuk kami, ya.

Owh, sebelum itu ...


Presenting to all...

*
*
*
... my delicious husband!

ngeh ngeh ngeh

*
*
*

Cukup sampai sini. Mau masak nasik untuk suami. Kata isteri mithali. *muntah hijau lagi*


HER : Sibuk dengan persiapan resepsi di Terengganu pula. Mudah-mudahan berjalan lancar juga. Jemput datang, yer!

Sunday, October 5, 2008

Rasa macam mahu kahwin setiap hari :p

Letih dan penat masa hari perkahwinan memang tak boleh cakap lah. Lagi pulak, masak sendiri, memang tunggang-langgang mengemas lepas tu. Habis satu rumah dengan pengantin sekali kena bentan chiikugunya.

Penat-penat pun, part paling best masa bukak hadiah! *senyum sampai belakang telinga* Hilang semua rasa penat masa dok tergedik-gedik belek hadiah kahwin.

Jemputan yang datang sampai 2700 orang, kamu bayangkan je lah menggunung mana tingginya hadiah kami dapat. *kembang hidung pulak* Terima kasih semua.

rec 142Nak tepek satu-satu gambar, tak kuasa lah aku kan.

 

Meh aku senaraikan je. Mana tau kot-kot boleh jugak bagi idea kat kamu nak bagi hadiah kahwin kat saudara-mara dan sahabat handai. Yang macam istimewa dan unik sikit aku masukkan dalam senarai ni lah ye.

1. Microwave oven (Aku dapat 2 bijik sekali ko! Mak Abah bagi. Satu lagi, makcik kesayangan; Cik Noi. Tamak aku jadiknya. Dua-dua aku nak pakai terus.)

2. Juicer (Mengenangkan aku ni suka sangat minum jus oren. Adik-adik aku kemain comel lagi kumpul-kumpul duit belikan sebagai hadiah kahwin aku. Haruslah aku terharu, kan.)

3. Vacuum cleaner (Bahagia. Tak payah sapu lantai :p)

4. Heater (Pun dapat 2 bijik!)

5. Breakfast maker (Oven + coffee maker. 2 dalam satu lah kiranya.)

6. Coffee maker (Ada 3 bijik! Sudahnya, aku buat kopi cara tradisional je.)

7. Toaster (Paling banyak. Ada 8 bijik kalau tak silap aku. Macam-macam jenama ada. Dari Pensonic sampai lah ke Global.)

8. Rice cooker ( Ada 5 bijik. Semua lawa-lawa dan branded pulak tu. Rambang mata aku dibuatnya.)

9. Stove (Ingatkan besar gini, takde orang bagi. Sekali dapat, 3 bijik! Ambik ko.)

10. BBQ set. (Adik-adik junior sekolah bagi. Gigih lah korang mengusung benda alah ni, kan.)

11. Cerek (Dapat 3. Satu yang biasa, lagi 2 guna elektrik.)

12. Jam dinding (Ada 5. Paling best, ada satu tu import khas dari Jepun. Thanks Baity-kus! Ada satu lagi warna merah. I like!)

13. Kristal (Dapat 2 bijik. Gila takut aku nak pegang, ok. Takut pecah. Dah la sangat cantik. Satu dari Austria, satu lagi dari UK. Mana aku tak cuak. Kalau pecah, tak ke naya.)

14. Lesung batu (Sangat suka! Boleh tumbuk sambal belacan tiap hari.)

15. Laundry basket (From my favorite girls. Sangat kiut.)

16. Hot pink sexy night dress (Thanks Hani! *I’m blushing!*)

17. Set pinggan mangkuk dan teko cawan jenama Claytan. (Corak polka dot dan bentuk square yang sangat rare. I jatuh cinta banyak kali, ok.)

18. Set gelas + cawan warna-warni pelbagai corak. (Dapat lebih daripada 20 set.)

19. IKEA Canister set. (Sukeeeeeee!)

20. Duit $$$$$$$$$$

 

Terima kasih sekali lagi.

Lengkap lah rumah yang bakal kami duduk nanti. Tanpa kamu, siapalah kami. *Terharu habis ni. Mata terkelip-kelip tahan air mata.*

rec 137Kita sudahi dengan gambar pengantin lelaki saya yang sedang melalui aktiviti kerahan tenaga. Apa boleh buat, dah nama pun kahwin dengan orang Johor. Gini lah adatnya :p

Friday, October 3, 2008

I do


I promise to kiss you hello each time you come home

and good-bye each time we leave for the day.


I promise to listen to you

and try to understand your feeling

even when they're very different

from what mine would be.


I promise to be your biggest fan

and support you in all you do.


I promise to laugh with you

at least once a day.


I promise to hold you in my arms every night

and tell you how much

I need the closeness we share.


I promise to love you with all my heart

and never stop finding ways

to show you how much...


HER : This is my special oath.

Wednesday, October 1, 2008

Kad Raya 2009.