Tuesday, July 7, 2015

Tips Raya : Open House.

Kan dah kata, nak masuk raya tahun seterusnya, baru aku terhegeh-hegeh nak buat entri pasal open house raya tahun lepas. teeheehee. Takpe lah, mana tau kot-kot ada yang plan nak buat open house raya tahun ni, boleh lah kot jadikkan sebagai panduan dan pedoman sikit-sikit.

 

Macam diceritakan dalam entri Kompilasi 2014, first time kami organize open house.

Serious tak sama buat kat rumah sendiri dengan menumpang open house rumah parents kita, tau! Walaupun buat kecik-kecik setakat jemput family, jiran terdekat dan close friends, dia punya sibuk, gelabah dan penat tu lain macam. Tapi, memang rasa seronok sangat!

 

1. Budget.

Memandangkan kami tak plan dari awal tahun, maka budget yang diperuntukkan untuk open house ni takde lah sekencang mana. Last minute hujung puasa nak masuk raya tu baru decide nak buat sebab rasa tak patut sangat dah 2 tahun masuk rumah baru tak pernah jemput orang datang makan-makan. Atas sebab tu jugaklah kami buat keputusan untuk masak sendiri. Takde budget nak upah katerer. Budget yang ada hanya untuk beli bahan mentah, dessert dan sedikit peralatan dapur. Maklumlah, orang tak pernah buat kenduri, perkakas dapur, periuk belanga, pinggan hidang bagai ala kadar je. Secara kasar, kami spent dalam lingkungan RM 700++ untuk organise open house ni.

 

P1080873

Suasana sekitar beberapa minit sebelum tetamu mula datang.

 

2. Pilihan Menu Utama.

Part ni lah yang paling kritikal kot, rasanya. Mesyuarat laki bini nak masuk doploh dua kali semata-mata pasal menu je. Masing-masing ada selera sendiri. Aku dengan tekak Jawa, Cfu pulak taknak kalah dengan lauk-pauk Pantai Timur dia. Mau tak bergaduh. heh. Bila dah jadik macam ni, kami pun rujuk pada yang pakar lah; Mak Abah aku yang dah 800 juta kali *metafora* buat kenduri-kendara kat rumah sendiri. Setakat buat open house yang jemput lebih kurang 50 orang macam kami ni, pejam mata je diorang boleh handle.

Maka, 2-3 hari sebelum kejadian, kami decide menu seperti berikut :

  1. Nasi Ayam (by yours truly *ehem*)
  2. Sup Bakso + Bihun + Nasi Impit (air tangan Bonda)
  3. Nasi Minyak + Gulai Ayam + Acar Sayuran (air tangan Ibu Mertua)
  4. Serunding Daging (import dari Ganu)
  5. Roti Perancis (beli kat Tesco)
  6. Cocktail Pudding (by yours truly *ehem*)
  7. Air Oren Sunquick (dibuat dengan penuh kasih sayang oleh Abang Cfu sado kite)
  8. Buah Jambu Batu potong + Asam Boi

 

Tips dalam pemilihan menu, kalau boleh sediakan satu menu yang boleh dipelbagaikan. Contoh macam sup Bakso tu, boleh makan dengan nasi impit, atau bihun takpun enak cicah begitu sahaja dengan roti. Oh ya, sup ni jugak dimakan bersama nasi ayam. Nasi impit pun boleh makan dengan serunding daging. Ikut selera dan preference tetamu. Satu lagi, kena consider menu yang child-friendly. Contohnya, nasi ayam tu lah. Taknak pedas, ambik nasi, ayam dan sup je lah, tak payah letak sos, so anak-anak pun boleh makan.

 

Untuk memasak pun, kena ada planning. Macam yang boleh sediakan awal, aku dah buat sehari sebelum. Contohnya, cocktail puding dah siap awal-awal lagi. Ayam pun dah siap marinate tinggal nak masuk dalam oven je. Malam tu pulak, Mak aku dah siap masak sup dan rebus nasi impit.  Esoknya, cuma tanak nasi dan buat air minuman je.

 

Selain tu, kena set standby menu kot-kot makanan tak cukup. Macam kitorang aritu, dah set nasi ayam sebagai standby menu. Maksudnya kalau menu lain dah habis, cuma topup nasi ayam je lah. Mula-mula, masak 10 pot nasi ayam, bila bakso dan nasi minyak dah habis, aku masak lagi 10 pot nasi ayam. So, anggaran lebih kurang 15 pot la untuk 50 orang makan, dan dapat la tapaw sikit. Ayam panggang memang dah standby lebih dua ekor. Sup pulak, memang awal-awal dah  put aside ‘sup ibu’ atau yang stok pekat, tinggal topup untuk cairkan je.

 

P1080867P1080879

Pinggan mangkuk buat hidang sos, serunding, roti, salad dan acar tu sendiri punya. Nasi pulak hidang dalam tong termos kedap udara tu sebab nak bagi sentiasa panas, harga dalam RM 50 setong kalau tak silap. Set serving trays pulak, pinjam MIL punya.  Selama ni tak pernah nak heran pun pasal menda alah ni semua. Asal ada pinggan untuk makan sudah. Sekali bila nak buat open house sendiri, baru menggelabah, itu tak ada, ini tak ada. Mujur lah MIL memang penggemar dan pengumpul perkakasan dapur. Sebut je nak apa, dari sebesar periuk letrik sampai ke sekecik-kecik sudu aiskrim Queen Anne Silverware, semuaaaaa  pun ada dalam koleksi dia.

 

P1080882P1080883

Meja kerusi buffet ni pun sehari sebelum baru decide nak sewa. Memikirkan yang jemputan kami agak ramai, takut tak selesa semua berhimpit dalam rumah, tu yang decide nak buat buffet kat luar. Mujur lah, member yang buat sewa meja kerusi ni nak layan kami punya last minute booking. Dapatlah kawtim adik-beradik punya harga. Tapi, terlepas pandang pulak bab panas kat luar. Patutnya kena sewa sekali kipas berdiri yang siap keluar air tu, kan. Selesa sikit tetamu kat luar. Mujur lah suasana sepanjang hari tu redup je. Takde lah berlengas sangat.

 

P1080885

Untuk makan minum tetamu, kami sediakan pinggan mangkuk dan cawan polistrin. Macam yang gantung kat grill sliding door tu. Lebih mudah dan tak renyah lah nak sinsing lengan basuh pinggan.

 

3. Pilihan Menu Sampingan / Dessert.

Ada bagusnya bila buat buffet menu utama kat luar. Dalam rumah tak berkecah, selain tu boleh la gedik-gedik buat ala-ala dessert buffet gitu. hehehe. Menu dessert ni takde lah beriya sangat pun, setakat buat suka-suka bagi meriah je. Selain tu, kami saja buat cake cutting untuk birthday Alfiy yang kebetulan jatuh masa musim raya.

 

P1080864P1080865

Menu sampingan yang ada antaranya : American Choc Cake (beli kat Secret recipe), Carrot Cake (SIL sponsor), Blueberry Cheese tart, jelly, marshmallow, peanuts, biskut oat choco (yang menjadi rebutan ramai siap tapaw poket masing-masing) dan kuih-muih biskut raya,

 

P108089210460776_10154459437245035_5704334985481434639_n10599492_10203292896098055_758733002953157130_n

Sekitar sesi Alfiy’s birthday cake cutting. Happy betul dia hari tu.

 

4. Jemputan Tetamu.

Kami jemput tetamu secara berperingkat. Dalam pukul 10 pagi ke Zuhur macam tu, untuk family dan jiran terdekat. Lepas Zuhur sampai ke 6 petang, untuk kawan-kawan. Bila buat macam ni, aku dan Cfu dapat fokus untuk melayan dan meraikan setiap tetamu. Lagipun, tetamu lebih mudah to mingle around familiar faces. Takde lah yang segan ke apa, kan. Tapi, kena sentiasa expected the unexpected jugak lah bila tetamu datang sampai malam. Dah nama pun open house, kan. Kena lah open sehari suntuk selagi belum tengah malam. Timing jemputan tu sekadar planning je.

 

P1080878P1080876P1080886

Sekitar majlis tahlil dan doa selamat ringkas dengan keluarga. err.. baru perasan dah jadik 3 in 1 hah open house kami rupanya, house warming, birthday party dan doa selamat. Bagus jugak macam ni. Sekali harung, jimat dan padat. heh.

 

P1080891P1080894

Bila dah start kawan-kawan sampai, memang tak menang tangan lah aku dan Cfu nak layan tetamu. Cfu sibuk dengan kawan-kawan dia. Aku pun sibuk dengan kawan-kawan aku. Alfiy dan Aisya pun sibuk dengan kawan-kawan diorang. So, gambar pun tak berapa nak ada. eishhhh, patut upah photographer lah untuk cover event. Gituuuuu, dah kata bajet ciput, ada hati lagi. hihi.

 

5. Kemudahan Untuk Tetamu.

Bila ada ramai tetamu yang bawak anak kecik, kena consider jugak tempat atau ruang untuk diorang lepak kuak lentang dan bermain. Nama pun budak kecik kan, mana reti nak duduk diam setempat. Mujur lah kami ada sediakan play room untuk Alfiy dan Aisya. Maka bergasak lah kanak-kanak ni semua kat play room atas sana. Parents masing-masing pun boleh makan dengan aman damai dan begitu berselera sekali. heh. Kebetulan jugak kat bawah ada playpen, so yang bawak baby boleh letak dalam playpen. Kami jugak sediakan bilik bawah untuk baby yang tidur ke, nak tukar diapers, tetamu nak solat atau tumpang toilet dan sebagainya. Sediakan siap-siap kain pelekat, telekung dan sejadah bersih untuk kemudahan tetamu. Perkara kecik – kecik macam ni, kita selalu terlepas pandang tapi penting sebenarnya supaya tuan rumah tak menggelabah pada hari kejadian.

 

Selain tu, kena ambik kira persiapan macam tisu meja makan, tong sampah kat luar, bekas basuh tangan, air mineral dan plastik atau bekas tapaw. Orang Jawa macam aku memang suka bungkus makanan untuk tetamu bawak balik. Kitorang panggil ‘berkat’. So, takde lah jadik isu makanan berlebihan, pening pulak kita tuan rumah ni nak menguruskan. Adalah tinggal baki makanan kering macam serunding dan roti je. Alhamdulillah, menu utama kami semuanya licinnnnn!

 

P1080869P1080909

The aftermath T____T

Bila buat kenduri macam ni, mula lah sibuk nak tambah besarkan dapur lah, buat itu lah ini lah. Kalau tak, dapur kecik gini pun dah rasa mengah sangat nak maintain.

 

 

HER : Tahun ni buat pot luck je lah. Tak larat akak..

18 comments:

  1. bestnye!
    tringin nkg braya umah org tu hoi!
    taun ni sila jemput plisss, kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai je la Na oiii. Aku open hari2 untuk mu. hee

      Delete
  2. rugi tau tak dapat datang rumah tahun lepas. sila buat lagi mak nak datang. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rugi. Melepas nak merasa air tangan ai yang masak setaun sekali je ni. hehehehehe. Tahun ni tak buat kot. Kitorang pulak nak pulun pi open house rumah korang.

      Delete
  3. Pehhh mak terliur nak datang jugak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhhh sudah lah! Jemput tak mai pun. Penat tunggu.

      Delete
  4. Umm, baca pun dah rasa sedap cemana ni? HAHAHA. Thanks for the tips. Cantik betul dapur youuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahaha dapur kecah macam tu pun cantik, you?? Inikan pulak bila tak berasap mcm sekarang, laaagiii cantik lah kannn :p

      Delete
  5. assalam kak..tq utk tips yg sangat berguna ni..this year saya first time nak buat open house ni..nebes and cuak gak ni,. takut makann tak cukup. saya nak tanya hari tu akk masak nasi ayam berapa ekor ayam akak guna ye..thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang 12 - 15 ekor ayam gak la. Good luck on hosting your open house! :))

      Delete
  6. cepatnya alfie potong kek. errr ke kek thn lepas? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu taun lepas punya cerita daaaa. Tahun ni potong kat skool je la mcm biasa. hee

      Delete
  7. Rajinnya (tahun lepas.. Hihihi)
    Kami pun tahun ni tak buat. Rumah belum reno. Semak. Sliding door tu kalau buka pun bagus. Luas dan tetamu boleh keluar masuk amik makanan dan makan diluar.
    <a href="http://lyana-adam.blogspot.com/2015/07/punca-dan-risiko-keguguran-jaga.html><b>Kurangkan risiko KEGUGURAN janin></b></a>

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo sebab kat dalam pasang aircond. Tu tak bukak sliding door. huu

      Delete
  8. Assalamualaikum,
    Merayau2 terjumpa blog ni. Terima kasih berkongsi panduan dan tips. Saya pun tengah belajar nak organize majlis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang penat organize majlis ni, tapi seronokkkkk. Good Luck!

      Delete
  9. salam. terjumpa blog ni bila search open house raya simple. rumah cantik & kemas. saya suka deco yang simple. nampak rumah luas & bersih. terima kasih di atas tips yang bagus. keep it up!

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.