Friday, June 26, 2015

Preschooler Parenthood #02 : Kuman.

IMG_9219

Walaupun semakin petah berkata-kata, masih terselit jugak satu dua pelat si Alfiy ni. Satu lagi, perangai suka menjawab dia tu, memang menurun sangat baka debater mak dia tau. heh.

 

Setiap hari, ada je cerita yang dia nak gebang kan. Entahkan betul, atau lebih kepada temberang, kami layankan je lah dengan sepenuh jiwa dan raga. Anak tengah kemaruk nak bercerita, kan. Bila besar nanti, dia sibuk nak bercerita dengan kawan-kawan je, kite pulak yang akan rasa rindu. Suatu hari, selepas solat jemaah di masjid dengan Papa dia, Cfu pun berboraklah melayan kerenah anak bujang nya.

 

“Kenapa masa solat tadi Papa nampak Alfiy goyang-goyang, bergerak-gerak, pandang kanan kiri, tak berdiri solat betul-betul?”

 

“Tak lah. Bukan Alfiy yang gerappp (gerak)..”

 

“Habis tu?..”

 

“Kuman dalam perut Alfiy yang buat macam tuuuu..”

 

T__________T

 

 

HER : Preschoolers like to make up their own explanations. This helps them make sense of things they are only beginning to understand. For example, a preschooler might explain rain by saying, ‘When it rains the sky is crying’. Preschoolers might also embellish stories with wishful thinking. - How To Communicate with Preschoolers by Pbsparents.org

4 comments:

  1. Hahahah!! Gerap yeeee. Mesti alfiy jenis ligat dak. Macam nak sama mcm dua bujang kat umah tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ligat sangaaatttttt. Si anak dara pun sama T___T

      Delete
  2. Replies
    1. Ada je akal dia nak menjawab, kan. Nak marah pun tak jadik. huuu

      Delete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.