Thursday, August 7, 2014

Cerita Aidilfitri 2014.

RAYA 2014

My fantastic four.

 

Raya 2014 adalah ter-paling sibuk buat aku :

 

1. Persiapan Raya

Sibuk beli baju raya anak-anak. Tahun ni I dah ada anak dara, remember? Baju dia saja dah dekat 5 pasang. Belum kira kebaya, skirt kembang, gaun renda-renda. Eksaited hoiii. Lepas tu, rasa serba salah sendiri. Kena lah beli baju Abang Alfiy 5 pasang jugak. Biarpun dah tak tahu nak beli pesen macam mana untuk anak bujang yang dah pandai memilih baju sendiri ni. Adil dan saksama, katanya. Baju Mak Apaknya, esok nak raya, hari ni baru beli. Sehelai je pun. Lain-lain, recycle je. Ye lah kan, dah umur-umur macam ni, raya dah lebih untuk anak-anak je.

 

2. Majlis Perkahwinan

Adik yang nak kahwin, kakak yang sibuk. Lebih kepada menyibuk sebenarnya. heh. Fitrah anak sulung, kot. Adik dah besar panjang pun kita masih anggap macam budak-budak lagi. Semua pun kalau boleh kita nak uruskan untuk dia. Persiapan raya kat rumah Mak Abah kali ni nampaknya macam lebih kepada persiapan perkahwinan yang akan berlangsung hujung bulan Ogos ni. Sesiapa yang berada sekitar Tangkak, Johor jemputlah datang meraikan, ye. PM je untuk kad jemputan.

 

3. Rumah Terbuka

Memandangkan ini tahun kedua kami beraya di rumah sendiri, sesuai sangat dah untuk buat makan-makan jemput saudara-mara dan kenalan terdekat. Buat kecik-kecik je pun 9 Ogos ni. Kepada yang sudi, jemput datang lah ye, boleh PM untuk details undangan. Tak boleh nak publish sini, roboh pulak rumah aku kang kena serang. hihi.

 

Mohon maaf zahir batin.

Panjang umur, raya tahun depan kita jumpa lagi.

13 comments:

  1. Aloh...sekeping jer ke? Ke teaser ni? ehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdop teaser-teaser la kak. Ini je lah yang semenggah dan sempat pun. hehe

      Delete
  2. ziha tq for invitation tp weekend ni blk PD ada hal sket, selamat hari raya to your family *hugs*

    ReplyDelete
  3. seronok tengok orang ade anak sepasang.

    macam kena proses anak lelaki la pulak. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamooooonnnnnn you can do it!

      psssst. Sila PM untuk petua lebih lanjut. ekekekekeke :p

      Delete
  4. ziha tq for the invi, nak sangat lahai g umah ko yang santek tu tapi apakan daya sikecik muslih ni ha x berapa nak sihat.Kena kuarantin 2 minggu...lepas die ok aku g ek..kalo x open pun aku redah je..hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its ok. Bila2 datang Puchong, jemput lah singgah ye!

      Delete
  5. Awak, dengan tak malunya kita nak mintak kad jemputan yg kat Tangkak tu. Mana tau boleh menyinggah ke sana ke. Hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala Kiddddddddddddddddddddddd. Sorry sangat sangat sangat. Kite baru bukak blog & baca komen awak ni. Ala ralatnyaaaaaaaaaa. Takde rezeki nak jumpe :(

      Delete
    2. Hahaha.. Takpe. Ala ada rezeki kita date la nanti. Hihi

      Delete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.