Thursday, February 27, 2014

Hormat.

Telefon berdering, panggilan dari nombor tak dikenali.

+60340501311

“Saya polan si polan dari Syarikat Takaful blaa blaa TakafulLink Hajj blaa blaa untuk ibu bapa pergi menunaikan Haji ke Mekah blaa blaaa blaa blaaa blaa blaaa blaa blaaa blaa blaaa…...“

 

Aku layan dan dengar. Siap angguk-angguk kepala tanda faham kononnya. Biarpun si tukang panggil ni cakap macam tak reti nak bubuh noktah. Bagi peluang dia beritahu apa yang perlu aku tahu.

 

“Boleh saya tau umur puan? Ibu bapa puan?”

 

Bila dah masuk bab perkara yang aku tak mahu dia tahu ni, aku jawab,

“Takpe lah. I’M NOT INTERESTED.”

 

Tak putus asa lagi, dia guna sentimen mak bapak pulak,

“eh.. tapi puan program ni khas ada link dengan simpanan untuk bawak ibu bapa ke Mekah blaa blaa murah je 45 ringgit sebulan. blaaa blaaa…”

 

Dengan penuh sopan aku menolak SEKALI LAGI.

“Takpe. Saya tak berminat. Parents saya dah ada semua tu. I’m NOT INTERESTED”

 

Dia mula tak puas hati.

“Puan terus-terang dengan saya, sebenarnya memang tak ada, kan. Jangan menipu. Jangan lah cakap dah ada apa semua tu blaa blaa blaa ini baru launch tahun ni blaa blaa..”

 

ehhhhhhhhh. Aku mula ‘panas’ dah.

“Parents saya dah ada insurans. Dan ada Tabung Haji untuk simpan duit pergi Haji. Jadi tak perlu lah semua ni lagi. And again, I’M NOT INTERESTED.”

 

Ayat penutup dia ni betul-betul buat aku ‘menggelegak’.

“Kalau macam tu cakaplah tak berminat. Jangan tipu kata dah ada. Kalau nanti keluarga atau anak puan jadik salesman akan kena macam saya ni. Assalamualaikum!”

 

“Hah? Apa awak cakap tadi?” sergah aku.

 

…. tuuuuuuutttttttttt.

Talian diputuskan.

 

 

Disclaimer :

Ini kisah benar. Dialog mungkin sedikit lari daripada yang asal tetapi yang penting maksud yang cuba disampaikan adalah sama. Aku memang punya ramai saudara-mara yang jadik agen insuran, kerja salesman. Sebab tu aku sentiasa layan any calls dari bank atau syarikat insuran dengan penuh rasa hormat, tanpa gagal. Seingat aku, kalau aku tak berminat, aku akan kata tak berminat tapi aku tetap bagi peluang mereka untuk bercakap dulu. Biarpun kadang-kadang aku tak fokus sangat pun dengan butir bicaranya.

 

Dah tu kenapa aku layan jugak? Letak je la telefon. Bo-layan kan aje. Buang masa.

Sebab aku rasa HORMAT.

 

Dah memang macam tu bidang kerja mereka. Jadi aku hormat dengan cara kerja mereka. Aku cuba letakkan diri aku dalam kasut mereka. Apa yang mereka rasa. Begitu jugak dengan akak cleaner ke, pak guard ofis ke, semua aku layan dengan rasa hormat.

 

keep-calm-and-respect-others-10

Bukan luak pun kau punya perasaan hormat tu kalau bagi kat sejuta orang setiap hari sekalipun.

 

 

HER : Belajar hormat orang lain dulu sebelum sibuk nak tagih hormat orang.

11 comments:

  1. agree....

    selalu kena macam tu... paling biadap bila kata tak minat, terus letak phone. biadap betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn? Orang dah jawab telefon pun cukup baik, kot. Cuba lah belajar bersopan & hormat orang sikit.

      Delete
  2. selalu gak kena macam ni, kadang2 kita nak potong cakap pun tak sempat last2 ana bgtau je terima kasih saya tak berminat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa. Mmg biasanya ai dengar je la dulu dia nak cakap apa. Biarpun cakap kemain laju macam peluru. Lepas tu cakap tak berminat, biasanya diorang ok je. Tetiba boleh pulak ade sorang yang meroyan camni. Hangin mak.

      Delete
  3. aku pun penah kena..dia siap ckp " saya ni bukan jual goreng pisang"..aku tolak punyalah baik..sejak dr tu aku tak angkat no yang x dikenali...so if that is really important call for sure they will call/sms me again..sebab bila diaorg ckp mcm tu mmg menganggu emosi aku lah..sampai terbawa2 dalam tido...dok pikir2 aku ni pelekeh dia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah-entah ni orang yg sama kot, Cheq. Aku pun terfikir benda sama, weh. Aku rasa aku dah cakap habis sopan dah, tolak dengan cara baik kot. Buklan ade maki hamun atau perlekeh dia ke apa. Alih-alih dia kuar statement camtu, aku rasa macam nak re-dial number tu then complain kat manager dia.

      Ikut panas hati, nak je aku report kat Tribunal Pengguna. Gerammmm

      Delete
  4. OMG.. so far belum terkena lagi dgn sales person macam tu.. sabar yer xea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This is the first time. Selama ni, mmg ai reject cara baik & diorang pun accept the rejection dengan baik.

      Delete
  5. cit....letak terus tuh.....pakai private fon ke..kalau pakai hp rasanya aku kol balik tuh..hampeh betol..ahahahahahaah....adooii...macam tu punya org pon ado....

    ReplyDelete
  6. selalu jugak.. 03-2600 ape tah belakang. tak pernah jawab. sbb da tau mesti insurans. weekend pun call. haihhh.. huhuhhu..

    ReplyDelete
  7. bukan dari awal ke dah ckp i'm not interested? kita pon selalu kena ni, tp awal2 dah pangkah kite ckp, "ni nak cite psl insurance eh? sorry. saya tak berminat. lgpon saya dah ada insurance. so sorry mmg btol2 tak berminat" tp diorg still akan sedaya upaya convince supaya kita amik gak walopon kita dah ada 10insurance yg kita amik.

    hmmm

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.