Tuesday, December 24, 2013

Review on Tanamera Postnatal Set.

cats

Akibat pengaruh rakan sebaya, kali ni aku try set Tanamera pulak.

 

Berbeza dengan Set Bersalin Amway yang aku pakai masa bersalin kan Alfiy dulu, set Tanamera ni boleh beli secara loose pack kat website Tanamera. Untuk 4 barang, RM 102, free shipping sebab lebih RM 100. Lebih ekonomi, gitu. Param, pilis dan tapel semua memang aku tak beli sebab bidan urut biasanya akan pakaikan yang dia punya. Lagipun, lebih baik aku beli barang yang dah tentu confirm aku akan guna. Bagi yang nak beli full set pun ada, RM 360 boleh beli kat retail store atau website Tanamera Post Natal Set

 

  • Brown Formulation Body Soap (RM 15)

TERRRRRRR-palingggggg best! Ok may sounds typical sebab kebanyakan pengguna memang puji akan ke best-an sabun ni tapi dah kalau memang betul best, aku tanpa rasa ragu akan share dengan orang lain. Mula-mula pakai macam sakit sikit sebab sabun ni keras kematu siap bergerutu gitu. Bila dah biasa, perghh kemain seronok sental segala tok nenek daki yang melekat kat badan. Bau pun sedap ala-ala spa gitu. Tiap kali lepas mandi pakai sabun ni, terus rasa kulit macam bersih bersinar-sinar! *exaggerate*

 

  • Cold Press Virgin Coconut Oil (RM 34)

Pakai setiap hari lepas mandi untuk kurangkan dan cegah stretch mark. Alhamdulillah, second pregnancy takde stretch mark sangat tapi yang lama tetap ada takde maknanya tetiba magic boleh hilang sebab pakai VCO ni, kan. Faedah ketara, takde rasa gatal kat perut akibat stretch mark. Kira lebih serasi kat aku berbanding dengan Lotion Palmer Cocoa Butter tu la. On memudahkan bersalin, memang betullah aku beranak with no tear, no episiotomy kat bawah tu sebab undergo caesarean. hihi. So, tak boleh komen lebih-lebih lah.

 

  • Feminine Herbal Wash (RM 26.50)

Benda wajib pakai masa pantang, kot. Faham-faham je lah lepas bersalin, kita akan berhadas besar (nifas) paling lama 60 hari. Penting lah jaga bahagian tu. Cucian ni ada dalam 15 sachet je gitu. Kalau nak pakai sampai 44 hari, kena beli extra la. Kalau beli yang full set, maybe lebih banyak kuantiti nya kot.

 

  • Herbal Bath (RM 26.50)

Lebih kurang macam Amway punya. Kena rebus/rendam dengan air panas dulu, lepas tu pakai air rebusan/rendaman tadi buat mandi. Lepas mandi pakai ni, badan akan rasa sangat fresh! Bidan yang mengurut aku pun cakap aku tak macam lepas bersalin sebab nampak segar je.

 

Overall, sangat berpuas hati. Semua pun habis dipakai.

Tak complicated, simple, mudah dan berkesan. Highly recommended!

 

 

HER : I miss my pregnancy glowing skin!

2 comments:

  1. best ye..sy pun tgh survey set bersalin.. awk ada mkn jamu2 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde. Just consume Shaklee utk kesihatan dalaman.

      Delete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.