Tidak seperti Alfiy, Aisya dilahirkan dalam keadaan kami lebih bersedia.
Dan, takde lagi adegan tanya soalan bodoh seperti,
“Lepas induce, saya boleh balik eh doktor?”
(-_-“)
Itu kisah 3 tahun lalu.
Waktu gelabah-gelabah ayam tak begitu sedia nak bergelar mama dan papa buat kali pertama. Tiba-tiba anak keluar sebulan lebih awal pulak tu, mau tak haru. Atas izin Tuhan, kami dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sekali lagi. Kali ni, dah ada pengalaman, jadi kami macam lebih konfiden, gitu. Cuma pada awal trimester, aku agak fobia dengan kes keguguran dulu. Memang betul-betul jaga lah. Kami tangguh dan batalkan semua perancangan nak melancong, naik kapal terbang, apatah lagi sebarang aktiviti lasak, memang tobat tak nak buat.
Paranoid gila.
Lantak lah orang nak kata apa, tapi kita sendiri dah pernah merasa, lebih baik berjaga-jaga. Ada orang kemain bangga dia boleh lompat terjun tiruk bungee jumping segala masa mengandung dan tak jadik apa-apa. Dah puas aku kata, bahagian rezeki masing-masing, kan. Tuhan beri satu nikmat, tapi dia tarik satu nikmat lain yang entah kita sendiri tak perasan pun.
Alhamdulillah, aku diberi kekuatan dan kesihatan sepanjang tempoh pregnancy. Setakat mabuk lembik sikit-sikit, cramp sana sini tu, dah jadik imun. Pada usia kandungan 36 minggu, berat baby dah cecah 3 kilo lebih. Biarpun aku begitu teliti jaga makan sepanjang pregnancy kali ni, tendency untuk melahirkan big baby masih ada. “Ýour babies are genetically big. Bukan sebab faktor pemakanan semata-mata”, terang gynae dan terus cadangkan tarikh untuk pembedahan sebab kedudukan baby masih songsang. Tapi, aku mohon gynae bagi tempoh lagi sebab nak usaha bersalin secara normal.
Hanya Cfu yang tahu betapa giat aku ikhtiar nak cuba bersalin secara normal kali ni. Tiap hari gigih baca artikel pasal VBAC (Vaginal Birth After Caesarean). Ringan mulut tanya kat kawan-kawan yang berpengalaman melalui VBAC. Tak pernah gagal sapu minyak kelapa dara dan buat urutan perineal sejak kandungan cecah 30 minggu. Lepas tu, saiko diri sendiri tengok orang bersalin kat rancangan One Born Every Minute kat TV. Nak bagi kuat semangat, kononnya.
Namun, kita hanya mampu rancang dan usaha.
Tuhan jugak Maha Berkuasa menentukan segalanya.
Final check up seterusnya, gynae kata baby masih tak engage. Agak berisiko bagi aku yang pernah melalui Caesarean untuk melahirkan big baby secara normal, katanya. Lagi pulak history kelahiran yang dulu baby tak engage lepas induce dua kali, ‘jalan keluar’ tak buka-buka hatta 1 cm pun, laluan tak ada due to small opening of pelvic bone, tambah meninggikan lagi tahap risiko nya.
Lepas berbincang suami isteri termasuk dengan mak aku sekali, solat hajat mohon petunjuk, kami sepakat ikut nasihat doktor. “Ikut kata yang pakar, dia lebih tahu. Yang penting, semuanya sihat dan selamat”, kata Mak. Nampaknya, tak ada rezeki untuk aku bersalin secara normal kali ni, dan untuk yang akan datang sudah semestinya. Memang sedih, tapi aku redha kalau ini bahagian yang dah Tuhan tetapkan untuk aku.
Tanggal 16 Oktober 2013, bersamaan 11 Zulhijjah 1434.
Seawal jam 8.30 pagi, aku dah disiapkan untuk masuk ke dewan pembedahan. Kalau dulu, Cfu tak dibenarkan masuk sebab emergency LSCS (Lower Segment Caesarean Section), kali ni Cfu boleh temankan, yeay! Biarpun setakat duduk sebelah, pegang tangan, tolong garukan hidung yang kadang-kadang gatal, di samping sengih-sengih cuak sebab first time dia masuk operation theatre, ia macam satu rahmat besar buat aku. Rasa disayangi dan dihargai, gitu. errr.. special note untuk Cfu : You look sooo handsome in that blue surgeon uniform! aummmmm! *tetiba*
Berbeza dengan pengalaman sebelumnya, aku dapat ‘menghayati’ sepenuhnya proses pembedahan kali ni. Mungkin sebab tak dipaksa sakit bersalin macam dulu kot. Dulu, masa pakar bius bagi epidural, satu hapa pun aku tak rasa, sebab gesa nak bersalin tu lagi sakit rasanya daripada sakit dicucuk jarum kat tulang belakang. Siap boleh rasa ngilu-ngilu masa doktor mula hiris perut pada awalnya. ouchh! Pada jam 10.52 pagi, lahirlah puteri kami yang gebu dan berwajah bulat sama macam abangnya.
Aisya Hannah nama diberi.
Macam biasa, nama anak aku yang akan tetapkan secara veto as appreciation penat mengandung dan sakit beranak. HAHAHAHAHAHA. eisshh, korang ni... mestilah nama yang kami sama-sama suka. Takdelah aku syok sendiri. Aku cuma cadangkan beberapa nama, tugas Cfu hanyalah untuk kata setuju atau tak je. Tak boleh lebih-lebih :p
Aisya bermaksud ‘hidup bahagia’. Hannah pulak maknanya ‘kasih-sayang’ ataupun blissful. Ni memang favorite name aku sejak zaman muda remaja lagi sebab suka tengok cerita Hannah Montana. heh. Prinsip aku dalam memberi nama anak simple je; asal sedap disebut, elok maknanya dan mudah untuk dieja dalam tulisan Jawi.
Semoga Aisya Hannah membesar menjadi anak solehah, dilimpahi kasih-sayang, diulit kebahagiaan, serta sentiasa memberi manfaat kepada orang lain sepertimana yang digambarkan pada maksud namanya. InsyaÁllah.
Yes, another ‘sepet’ in the house, yaww!
HER : Berdasarkan tahap luka pembedahan lama dan sedia ada, gynae kata boleh tambah lagi dua. Mudah-mudahan :)