Monday, September 23, 2013

A Happy Entry.

Oh, hai! Kenal saya lagi? Artis terkenal tanahair *lempangggg*

Mak oiii, rindunya  kat belog.

Rindu nak baca blog. Rindu nak tulis blog. Pendek kata, rindu kat kat korang semua lah.

 

Tak tahulah nak kategorikan aku ni memang tengah sibuk bebenor ataupun buat-buat sibuk. Tapi, sumpah memang susah betul aku nak carik masa untuk tulis sepatah dua kata kat sini. Sampai tahap Cfu pun dah mula sound, “Kenapa dah lama tak update? Rugi duit Nuffnang tak gerak-gerak, weh”

Cheit. Dasar mata duitan :p

 

Ok, jom kita catch up sikit-sikit.

 

1. My Happy Pregnancy

Alhamdulillah, dah masuk final trimester. Dah masuk stand-by mode. Tapi masih kerja macam orang gila. Padahal, bila-bila masa je boleh ter-beranak sambil menaip entry blog ni. Marilah sama-sama berdoa agar entri ni sempat dikhatamkan. Pregnancy kali ni, sangat menggembirakan hati. Entah geli hati kat celah mana entah, tapi aku memang sangat happy terutamanya masa 5 – 7 bulan. Hari-hari pun happy, manjang nak melaram pakai baju cantik, siap mekap segala. Berat badan naik pun ala-ala manja je. Last check-up, siap turun pulak berat sampai kena marah dengan doktor. Kaki pun okay. Tak sembap macam dulu. Masih boleh bergaya dengan Jelly Bunny. Muka pun masih serupa pinggan nasik, belum jadik rupa pinggan hidang lagi. hihi. Pendek kata, Allah permudahkan sikit pengalaman hamil kali ni.

 

Tapi dah masuk hujung-hujung ni, datang lah penyakit biasa ibu mengandung. Yang sakit belakang lah, hidung berdarah, morning sickness kembali, heartburn yang begitu menusuk kalbu, kaki kejang tengah malam dan macam-macam hal lagi. Standard lah tu kan. Kena pandai-pandai handle. Oh ya, satu lagi, Adik Baby masih belum engage. Dengan penuh comel, dia masih posing breech lagi dalam perut Mama dia ni. Doktor kata next checkup nanti, kalau masih breech, aku terpaksa undergo Caesarian lagi lah gamaknya. Uiii seriau pulak bila teringat. Doakan saya ye, kawan-kawan.

 

Apa yang aku nak sekarang ni, hanyalah tidur dalam bilik aircond atas katil empuk sambil diurutkan kaki sepanjang hari. Ah, sorgaaa.

 

2.  Alfiy Hafeez Turns Three!

Cerita pasal Abang Alfiy pulak. Our Alfiy dah masuk 3 tahun pada 18 Ogos yang lepas. Kejaaaaaap je masa berlalu, kan? Macam terbau-bau lagi bau masham dia masa baby dulu. Sekarang ni, selalu claim diri dia as big boy. Tapi bila masuk part kena share barang dengan AdikBaby nanti, terus mengaku dia still baby lagi. Pulak dah.

 

Dah semakin petah bercakap. Once bukak mulut, serupa bertih jagung! Tapi, aku notice dia banyak bercakap dengan orang yang dia kenal rapat je. Memang sebijik perangai Cfu lah camtu. Kalau marah dia, boleh pulak dia reply, “Kenapa marah Alfy?” Terus cair, tak jadik marah. Lepas tu, kalau tak dapat apa yang dia nak, dia akan cakap, “Kesiannnnn Alfiy”. Mau tak cair hati Mak Apaknya nih. Bila sebut certain words in English, secara automatik terus berubah jadik accent British. Kami laki bini sumpah tak tau dia adopt dari mana. Mungkin sebab banyak join Mama dia tengok Masterchef Australia kot. eh, celah mana datang British pulak?

 

Walau apa pun, setiap ibu bapa mesti nakkan yang terbaik untuk anak-anak masing-masing. Sentiasa bangga dengan pencapaian dan perkembangan diri anak. Begitu jugak dengan kami. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Alfiy Hafeez. Mencuba sehabis baik untuk memberi didikan terbaik dunia dan akhirat. Semoga Alfiy membesar dengan sihat dan menjadi yang anak soleh. Amin.

 

1173807_10151673735528752_1302324119_n

 

544529_10151700263088752_401132386_n

Mama’s lengchaii!

 

3. Persediaan Sambut Orang Baru.

Perasaan excited masih sama macam nak menyambut anak sulung. Cuma bila masuk bab membeli-belah tu dah tak seghairah dulu lah kan, sebab kebanyakan barang dah ada. Tinggal nak top-up mana yang perlu dan ganti mana yang dah agak-agak uzur rupanya. Dah 3 tahun berlalu kot. Rasa macam tak adil pulak kat AdikBaby pakai barang yang dah lusuh. Yang masih elok, dah mula basuh sikit-sikit. Bila tengok storage bottles yang berlambak, rasa sayang nak buang, tapi kalau ikut perkiraan, dah tak hygiene kot nak pakai lagi. Takpe, part tu pelan-pelan kayuh. Aku cuma berdoa, diberi rezeki untuk menyusukan secara ekslusif sama macam Alfiy dulu. Mudah-mudahan, adalah rezeki untuk AdikBaby nanti.  

 

Yang penting, aku dah tak sabar nih nak cuti 90 hari! heeee

 

Maka dengan ini, saya sudahi karangan 200 patah perkataan ini dengan...

954783_10151628933353752_1179040640_n

a happy family portrait! :))

Biarpun dah basi, iolls nak bagi letak sini jugak. hihi

 

 

HER : Next entri lepas bersalin kot nanti :p

10 comments:

  1. memang da besar pun abang tu... =)

    ReplyDelete
  2. Happy to hear that ure happy Xeea. Eceh, mmg notice pun makyong kali ni cantik berseri-seri. Semoga dipermudahkan kelahiran adik baby nnt ye. Amin...take care babe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well, iolls tetiap hari pun cantik berseri-seri *libas tudung*

      Sama2 lah kite, yek. Anak2 kite InsyaAllah sebaya, kan? Next gathering, kite berdua kelek anak dua pulak. Pastu, plan 3rd baby on 2016. hihi

      Delete
  3. Hai Ziha.. or Xeea? Hehehehe... glemer gitu namanye. Here I come. harus baca setiap entry nih. Hehehhe...

    Rupenye Alfiy sebaya dengan Haziq anak Kak Uni. Birthday pun dekat2 je. :)

    Ucapan penutup : Selamat bersalin Mak Yong Vogue!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Uniiiii!!! thanx sudi singgah datang sini. Nama kat alam maya Xeea, kalau sebut Ziha, orang macam tak berapa kenal gitu. hahahaha

      Tu lah. Dua2 sebaya, InsyaAllah. Tu yang suka bila terjumpa blog akak. Banyak betul tips & products review. ai loikeeeee!

      Delete
  4. awak, moga dipermudahkan sumenya! aminn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, awak! Same goes to you. Awak punya turn bile yer?

      Delete
  5. aku memang ternanti-nanti entry kau tau..

    good luck beb, all the best. moga dipermudahkan segalanya. bab cuti 90 hari tu memang extra excited. aku pun x sabar nak menikmati 90 hari tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really? owh terharu.. :p

      Lama betul tak jumpe ko, kan? Make sure, bile dah kelek 2 anak nanti, kite set up a gathering tau. huu

      Delete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.