Sekadar bermula suka-suka antara saudara mara dan sahabat handai terdekat, Syukur Ya Allah, perniagaan keluarga kami beransur-ansur menunjukkan perkembangan positif. Ada sesetengah yang dah tahu, ada jugak sekadar tahu gitu-gitu, nah sekarang ni aku betul-betul nak beritahu.
Memperkenalkan,
Nama diambil bersempena dengan nama adik bongsu istimewa kami.
Masih ingat? (Baca : Si Bongsu Kesayangan) Dengan harapan, agar berkat keistimewaan yang dimiliki adik dapat dilampiaskan kepada perniagaan anak beranak ni. InsyaAllah.
Alhamdulillah. Full house untuk Februari. Mudah-mudahan murah rezeki di lain kali.
Idea datang daripada Abah yang tengah mencari-cari kerja selepas pencen lebih kurang dua tahun yang lalu. Kebetulan, Mak baru nak manfaatkan kemudahan pinjaman beli rumah untuk pegawai kerajaan; beli sebuah rumah tak jauh dari kediaman kami. Buat aset, katanya. Hasil perbincangan anak-beranak, kami setuju untuk jadikan sebagai rumah persinggahan ataupun Homestay. Paling kurang, dapat jugak lah Abah bersibuk-sibuk lepas pencen. Orang dah biasa bekerja 56 tahun kot, mana reti nak duduk diam, kan.
Kami pun buat lah pembahagian tugas. Dah nama anak beranak cikgu, bahagi tugas bukan setakat sep sep gitu je tau, Abah siap buat kertas kerja. Siapa unit promosi, siapa bahagian housekeeping, siapa helpdesk dan sebagainya. Bertungkus-lumus lah kami semua menyiapkan kerja masing–masing sebelum due date. Memang big boss bubuh due date okeh (-_-“)
Secara rasminya, Nani Homestay Tangkak mula beroperasi sejak musim cuti persekolahan Tahun 2012. Hari ni aku masukkan iklan kat Mudah saja nak test market, tak sangka 2-3 hari kemudian, dah ada pelanggan! Gembiranya kami bukan kepalang! Memang kami layan pelanggan pertama tu macam kerabat diraja lah. Tinggal makan tak bersuap je. heh.
Kini, dah hampir setahun Nani Homestay Tangkak beroperasi.
Nampaknya, nama Adik Nani memang membawa tuah buat kami sekeluarga. Setiap minggu tak putus pelanggan. Sampai kadang-kadang kami pulak yang tak terlayan. Abah pun lagi sibuk mengalahkan orang yang belum berpencen. Macam-macam penambahbaikan dah dibuat hasil daripada testimonial para pelanggan. Abah sedaya mungkin, mesti nak penuhi permintaan pelanggan. Pelanggan mintak pasang Astro Warna sebab nak tengok Final Maharaja Lawak, malam tu jugak Abah terus pasang. Cuba kalau anak-anak dia yang mintak? Hausssss :p
Namun, perkara paling penting yang aku pelajari daripada perniagaan keluarga ni adalah nilai ikhlas yang Abah dan Mak cuba terapkan dalam jiwa kami adik-beradik. Setiap kali ada pelanggan mintak diskaun, Abah tak fikir panjang, terus bagi 10%. Pernah ada satu pelanggan tidur 3 malam, Abah suruh bayar untuk 2 malam je, satu malam lagi dianggap diskaun. Perghhh!! Aku yang berdarah muda ni mula-mula memang cepat melenting bila dengar Abah bagi diskaun banyak sangat.
“Rugi lah, Bah!”
Abah dan Mak senyum je sambil berkata,
“Takpelah. Kita tolong orang. Mudah-mudahan, satu hari nanti orang tolong kita pulak.”
*INSAFSAMBILTARIKRAMBUTSENDIRI*
Pernah sekali, Abah dan Mak siap tolong jemput pelanggan dari stesen bas sebab dia sampai tengah pagi buta dari nun Kedah sana.
“Ambik extra charge tak? Duit minyak ke?” sergah aku macam biasa.
Dan, macam biasa jugak, Abah dan Mak sekadar senyum menjawab,
“Takpelah. Bukan jauh sangat pun. Kalau kita permudahkan kerja dan urusan orang lain, InsyaAllah urusan kita pun akan dipermudahkan nanti.”
*INSAFSAMBILTARIKRAMBUTSENDIRILAGI*
Begitulah seterusnya. Abah dan Mak menguruskan Nani Homestay dengan penuh ikhlas dan tak berkira untung sangat. Cuma kadang-kadang aku risau jugak takut orang ambik kesempatan, kan. Banyak kali dah jadik pun. Orang yang janji nak datang malam, merayu nak walk-in, sampai masa, tiba-tiba cancel. Aku memang sakit hati lah. Kesian kot Abah penat-penat kemas homestay, tunggu sampai malam, alih-alih tak jadik. Kot iye pun, beritahu la awal sikit. Tu belum masuk kes pelanggan yang tak amanah, ‘ter-ambil’ harta benda dari Homestay, pengotor, merokok dalam rumah walaupun dah diberitahu dan macam-macam lagi lah!
Abah dan Mak tetap senyum dan jawab, “Takpelah…”
Seiring dengan perkembangan positif Nani Homestay Tangkak, kami adik-beradik pun semakin matang dalam mempelajari selok-belok perniagaan dan membaca pelbagai ragam orang. Memang betullah rambut sama hitam, hati lain-lain. Dan, pengajaran terbesar yang kami pelajari adalah hikmah di sebalik sifat ikhlas. Biarpun Abah selalu bagi diskaun besar kat pelanggannya, tak berkira dengan pelanggan, dia tak pernah rugi walau sesen pun.
Sebab Tuhan beri Abah dan Mak ‘keuntungan’ dari segi sudut yang lain.
Yang tak dapat dijual-beli di mana-mana pun.
HER : Mendidik anak bukan sekadar di atas kertas.
lah kat tangkak, kampung kite boleh lah tempah kalau perlu... selalu kalau bukan family yg dtg dri bisnes b/ground, memang pemurah agaknya ..huhu..btw, tahniah..
ReplyDeletehahaha ye kot. Dah kata pun niat nak suka-suka je, kan. Sbb tu diorang tak berapa kisah pasal untung.
Deletekalau kita p tangkak nnt kalau nak bermalam kita roger awak ek.. ;)
ReplyDeletebagus mak abah awak..tak berkira..insyaALLAH ada rezeki lg byk lepas ni..go go nani homestay tangkak
Meh meh. Jangan malu2. Special discount untuk kawan-kawan. hee
Deleteayat rugi la bah tu same mcm cerita upin ipin nk beli daun sirih ngn mail...hehehehehe
ReplyDeletealhamdulillah..rezeki Allah sngt luas :)
hahahaha tu aa. Kite tau untung rugi je.
DeleteAlhamdulillah, paling kurang, Abah dpt isi masa lapang dia. Kalau tak, kesian jugak takde menda nak buat kan. Nak suh jaga cucu, koser lah dia nak duduk Puchong ni kan. huu
salam...xea mintak no koll ko..sebab ada gak orang tanya2 hom stay kat tangkak nih...lagi2 time studeng register. tq darling
ReplyDeleteAngah, ambik nombor Mak Abah aku nih. Kalau contact aku, takleh buat ape, sbb jauh. Seswai sgt la ko tlg promote kat org2 KK Ledang nun. huu
Delete012 - 754 6575 (Hj. Ngarisan)
012 - 692 6575 (Pn. Yati)
cam best jer nie....nak ajak habi jalan2 tangkak la gini...hahahaha #tetibe -.-"
ReplyDeleteTurun beli kain meh! heee padahal member tu duduk dekat ngan Nilai kot. Kedai kain kat Nilai tu sume cawangan dari Tangkak pun. Tapi, kalau dtg Tangkak boleh shopping kain sambil mandi Air Terjun Gunung Ledang! *promote* heee
DeleteKalau turun Tangkak nanti kita sure duduk sini! Tq Xeea..semoga rezeki melimpah ruah untuk awak & family :)
ReplyDeleteaminnnnnn. 10% diskaun! huuu
Delete