Thursday, February 28, 2013

Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai!

It’s been sooooo long since my last entry that sounds very the ‘mak-mak’ kan? heh. Last sekali cerita pasal potty training tu, rasanya.

 

Huggies Dry Pants_baby_lr (2)
Yes, potty training masih belum berjaya sepenuhnya (-_-“)
 
 

Jadi, Mama Alfiy masih lagi bergantung harap kepada lampin pakai buang lah nampaknya. Dan, memandangkan Alfiy tergolong dalam kategori kanak-kanak riang yang hobi nya adalah berlari dan melompat bintang, acara memakaikan diapers bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Tak berpeluh ketiak kami laki bini masa nak siapkan dia lepas mandi, memang tak sah!



Maka, lampin pakai buang jenis pants memang jadik pilihan.

Huggies Dry Pants_latest
Salah satu jenama kegemaran aku adalah Huggies Dry Pants.
 
 

Tinggal sarungggg je. Dijamin masa menukar lampin tu boleh jadik kurang daripada 30 saat! Takyah nak susah-susah pakai pelekat segala. Dapat handle si budak sugar rush ni kejap masa nak sarung pants tu je pun jadiklah. Siap sarung, lepas tu kau nak melompat, menjunam ke ape pun buatlah. Begitu senang untuk dipakai! Aku memang tabik spring lah kat si genius yang invent diaper pants ni sebab banyak menyelamatkan ibu-ibu macam aku daripada diserang histeria diapers.



Bagi yang masih tertanya-tanya dan ragu-ragu atau baru nak berjinak-jinak dengan disposable diaper pants, sesuai sangat lah pergi join roadshow “Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai” pada 25 Februari 2013 ke 3 Mac 2013 kat Ruang Legar Mydin USJ.



Macam-macam ada! Antaranya persembahan, promosi hebat, hadiah percuma, permainan, pertunjukan silap mata dan pelbagai aktiviti menarik. Nak dapatkan sampel percuma Huggies Dry Pants dan menang hadiah, boleh singgah kat booth Huggies Dry Pants. Boleh bawak suami, anak beranak, mak pak menakan semua  untuk saksikan betapa pantas dan mudah untuk menukar lampin dengan Huggies Dry Pants! Gituuuuu.



Nah, sebelum bersurai bagi kot-kot yang ter-skip perenggan;

“Huggies Dry Pants: Change for Better Convenience” Roadshow

 
Di mana : Ruang legar, Mydin USJ
Bila : 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad)
 
Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies dan persembahan diadakan setiap hari pada
10.30 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.
Acara penutup : 3 Mac 2013 (Ahad) dari 8 malam hingga 9 malam!
 
Tunggu apa lagi? Jom kita serbuuuuuu!!!
 
Untuk maklumat lanjut, layari www.huggies.com.my
 
 
HER : Next entry, aku nak cerita sikit pengalaman memilih diapers yang sesuai untuk anak berkulit sensitif umpama putera raja macam Alfiy ni.

No comments:

Post a Comment

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.