Aku tengah marah ni, woiii!!!!
Lumrah manusia kot, secara lahiriah ada sifat baran.
Yang membezakan sesama kita adalah bagaimana cara kita mengawal dan mengatasi sifat baran dalam diri kita agar tak memakan diri sendiri. Cara yang aku gunakan cukup mudah :
- Diam.
2. Cari ruang untuk diri sendiri.
Macam yang aku istilah kan perkara ni kat Cfu as ‘Me Time’. Cuba keluar dari situasi yang buat kita rasa nak marah tu sebentar. Buat benda lain yang distract kita daripada perasaan marah tadi. Contohnya, kalau makan secara rakus boleh meredakan kemarahan, buat lah. Kalau menjerit atas bangunan boleh melampiaskan rasa baran, pergi sekarang. Aku? Terus memandu ke pusat membeli-belah yang berhampiran. Perkataan SALE yang bergantungan di merata-rata sudah cukup untuk membuatkan aku mengukir senyuman.
3. Jangan takut untuk meluahkan.
Sebaik saja marah dah reda, luahkan perasaan tak puas hati dan sebagainya kepada orang yang paling kita percayai. Muntahkan segala emosi dan darah menyirap tadi. Sesi ini penting kerana perasaan negatif yang tidak diluahkan adalah umpama toksin yang tersimpan dalam diri. Toksin bila dah terlalu banyak dalam badan, boleh mengundang pelbagai jenis penyakit. Tu yang boleh jadik penyakit iri hati, penyakit hasad dengki, lepas tu mulalah nak main mandrem santau siam segala. Na’uzubillah!
4. Ingat Tuhan.
Satu lagi tips tipikal yang memang berkesan. Dalam Islam sendiri ada memberi tips-tips untuk mengatasi perasaan marah. Bermakna, setiap manusia hatta yang mempunyai kedudukan seperti orang agama berstatus ustaz, ustazah, tuan guru, alim dan ulama pun punya rasa baran. Sentiasa amalkan Petua Islam dalam Menangani Perasaan Marah. InsyaAllah, berkurang lah sifat syaitonnirrajim yang dok berkubang dalam diri.
5. Main Angry Bird dari pagi sampai malam sampai lebam-lebam.
Hah hah, nak marah lah tu? :p
Tak payah nak baran sangat lah.
Buat rugi je.
Dapat dosa satu hal, kawan-kawan pun lari bertempiaran. Silap hari bulan, malu sendiri sebab takde siapa nak layan kau punya baran. Lepas tu terhegeh-hegeh mintak kasihan. *nah, ambik kau pantun 4 kerat*
How about you? Apa yang kamu buat bila rasa marah?
HER : Entri ini terhasil dalam keadaan baran kerana berdepan dengan orang yang panas baran dan suka emo tak tentu pasal. Salah satu kaedah untuk aku menyalurkan perasaan marah adalah dengan menulis selain potpetpotpet takde noktah. Mujur lah dikurniakan suami yang mempunyai gegendang telinga tebal dan berhati kebal.
kite kalau tengah marah suka basuh baju. entah apesal entah. hahaha. last sekali takleh hendel marah..nangis je la kot.:P
ReplyDeletekite akan makan time marah.lagi best berkaraoke memekak terjerit-jerit. rasa lepas semua masalah. tapi apa pun kembali pada sang Pencipta
ReplyDeleteambil masa untuk keselesaan diri sendiri bila kita marah..
ReplyDeletejgn time2 tu nak pergi bborak2..confirm terlepas nanti..
:)
mun kalau marah suka diam...sebab mun rasa diam tue adelah cara yang terbaik...sebab kalau mun bukak mulut masa tengah marah tue....habis kot seme orang kene..hahahah...
ReplyDeletekite marah pun diam je.... malas nak cakap2..
ReplyDeleteLagi satu orang yg cepat sentap. Gurau sikit sentap! Gerammm betul. Haha, kita pulak marah?
ReplyDeletehihihhi comel pula luahan perasaan baran kali ni
ReplyDeleteYaya :
ReplyDeleteKite pu selalunya kalau dah takleh handle mmg berjurai air mata je lah. huu
Aida :
Karok? layan jugak tu. Sejak jadik mak-mak ni, lama dah tak masuk kotal karok.
Yana :
Setuju. Bagi sejuk dulu,kan. Kalau tgh naik minyak, bahaya, boleh 'terbakar' diri.
Mun :
Diam bukan bererti kite kalah, kan.
Fasya :
Yup, silence is golden :)
Fie :
hahahaha betul betul betul. Sikit2 nak sentap. Sentap mak tawwww!
Aziyana :
Comel? Belum cuba belum tahu ni :p