Wednesday, November 16, 2011

Hari Minggu #11 : Casa Rachado.

Hujung minggu aku, kalau tak dipenuhi dengan jadual mengajar kursus kepada komuniti, mesti diganti dengan agenda famili. Kenduri kahwin lah, doa selamat, aqiqah potong jambul segala. Tapi, kali ni, macam dua dalam satu punya agenda sekaligus; hal kerja dan hari keluarga.


Datang sini menghadiri mesyuarat.

Jauh gila pergi mesyuarat kan? Dah tahap mak menteri. heh.


Mesyuarat sehari je pun. Selebihnya, masa untuk bersuka-ria lah apa lagi. Kau kerja beriya-iya macam nak mati pun, takde siapa peduli. Bersederhana je lah. Wasatiah, orang kata.


P1030625

Selamat datang ke Casa Rachado.

The exciting tropical life of the Carribean.


Sikit punya jauh aku sesat nak mencarik tempat ni. Salahkan GPS. Tunjuk jalan merepek. Satu lagi sebab tak ada sign board langsung! Dah dekat masuk simpang nak ke resort, baru ada signboard cinonet lah hai kedekut betul. Dekat Maghrib baru tiba di destinasi. Sampai-sampai, parking pulak terhad. Nak kena parking kat roof top. Lepas tu, nak turun lobi, takde lif pulak! Memang resort ni begitu menyokong gaya amalan hidup sihat lah. Tangga je semua. Terpaksa lah heret beg troli, beg laptop dan segala tok nenek beg lain turun naik tangga. Tambah berbakul-bakul lah sumpahan yang keluar dari mulut aku. Biasalah kan, orang tengah penat, lapar pulak tu, mana boleh fikir secara waras.


P1030581

P1030582

Pemandangan dalam lobi begitu ceria dan warna-warni. Dah kata ala Carribean kan. Feeling macam kat Hawaii gitu.


cr3

Aku ditempatkan kat apartment 2 bilik di blok Cuba. Besar gila. Kalah rumah apartment yang aku duduk sekarang ni. Tu yang aku angkut sekali adik-adik, pak mak semua datang sini. Harga boleh tahan mahal, satu malam RM 330 per apartment. Bilik hotel pulak RM 165 per night.


Tapi, malangnya keadaan dalam bilik tak berapa memuaskan lah. Old furnishing satu hal. Hiasan dalaman pun ala vintage 80-an. Aku tak kisah lagi. Redha je. Sekali bila on aircond, gedegung gedegang hah bunyik yang keluar! Malam-malam tidur tak nyenyak, risau aircond tu jatuh takpun meletup ke kan. Serius antik weh bilik kat resort ni. Nak tukar bilik lain, lebih kurang sama je kondisi nya.


P1030627

Aku pun membawa hati yang lara keluar balkoni, dan nampak pemandangan begini. Terus lupa pasal keadaan bilik antik tadi. Bangun pagi, mesti keluar kat balkoni nak hirup udara segar. Dengar desir angin pantai mencium-cium pipi. Sorgaaaaaa!!


P1030655

Nasib baik landscape cantik! Tak apalah bilik huduh pun. Dimaafkan.


cr14cr6

Alfiy dah tentu lagi suka bila dihadapkan dengan kolam renang setiap hari. Manjang berendam tak nak berhenti. Habis berhingus sakan hingga ke hari ni.


cr8

Tiba acara sukaneka, aku lah manusia yang paling gembira. Tengoklah bukan main galak, lupa kejap hal kerja dan dunia.


cr7cr9

Alfiy pun tak ketinggalan main ‘kutip gula-gula’ dan 'bina istana pasir'. Dah tentu Mama yang over, sauk semua gula-gula masuk dalam baju Alfiy. heh. Lepas tu, aku stress sendiri bila masuk part nak basuh baju dan seluar dia yang penuh berpasir.


377625_2240364856330_1464301575_32110429_451170296_n

cr11

Paling best, dah tentu lah hadiah! Tak kisahlah hamper jajan Giant pun, asalkan nama nya hadiah, siapa-siapa pun suka, kan.


387675_2240675664100_1464301575_32110548_1624605031_n

Bot pisang!

Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


cr15

eh, lupa nak beritahu kat mana Casa Rachado ni. Letaknya kat Port Dickson Darul Khusus. Satu lagi, lupa nak beritahu kenapa Cfu tak ada dalam cerita ni. Sebab Cfu memang tak ikut. Dia sibuk kerja 3 hari 3 malam tak balik rumah pun tahu, inikan pulak nak berkelah kat Port Dickson.


Spent quality time together, it is the most important part.


Biarpun tanpa Cfu, kami dua beranak berjaya jugak harungi hari minggu tersebut dengan penuh jaya. Gila berdikari, bawak kereta sendiri kot pergi sana. Aku akui, memang susah sikit lah nak urus anak semua tanpa suami di sisi. Ini baru anak sorang, kalau dah berderet 5-6 orang nanti, macam mana lah agaknya kan.


Sekian kisah minggu ini.



HER : Kagum dengan ibu tunggal yang boleh survive membesarkan anak-anak tanpa kehadiran seorang lelaki bergelar suami.

12 comments:

  1. ok kite blh geng!
    travel berdua je ngn anak tarak hal la kan,
    cume rindu rinduan kat somi tu je yg xtahan, ekekek..
    alfiy nmpak bsr sgt main2 sukaneka bagai tu, hehe syokkk

    ReplyDelete
  2. Syabas..brjaya tanpa suami di sisi..kalau i...eiii mesti kelam kabut..huhuu :)

    ReplyDelete
  3. kirim salam kat ocal ya?..hehe..1 kolej dulu masa kat jelebu :)

    casa rachado ni dkt dgn rmh parents kak suzie,kalo bgtau awal2 kat i konpem tak sesat

    ReplyDelete
  4. best nyerr sesekali bercuti dgn family

    ReplyDelete
  5. best nya naik banana boat, I tak pernah naik..teringin sgt nak naik.

    ReplyDelete
  6. "Kau kerja beriya-iya macam nak mati pun, takde siapa peduli"
    merujuk kepada clause di atas...mmmg SETUJU sngt le..

    sekali sekala bercanda gini seronok juge :)

    ReplyDelete
  7. hahaha. Aku ingat aku sorang yg senget beli that mushroom boya for Rayyan. Kena gelak kot ngan dak office aku time beli tuh, looks gurlish, diorang kata. Ko pun sama ghupenye. Kat Toys R Us, kan?

    Coincidentally, tersama sudah. Alaaa, cannot swimming together2 ngan abg Alfiy la camnih.

    Beso dah Alfiy yek.

    ReplyDelete
  8. Hah comel gila pelampung Alfiy ok. Xeea, dulu hubby pernah pi family gath dkt casa tu mmg sedih la bilik2 dia. Haha.

    ReplyDelete
  9. dari KL awk drive berdua je ke ngan Alfiy? mmg tabik spring! :)

    ReplyDelete
  10. pelampung alfiy sama auf punya. :)
    ehh...ehh....ayat last tu mmg planning nak anak 5-6 nampakkk. hehehehehe :P

    ReplyDelete
  11. hussayni nye pun same pelampung mcm alfiy! my mil kata xsesuai utk boy. suh bagi pelampung tu kat cucu pompuan dia. kite pedulik ape kan, yg penting comel! =D

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.