Fresh from the oven.
Ah-ha! Elok je lepas up entri pasal 3rd pregnancy, tup tup entri seterusnya dah pop out. Umur baby pun dah masuk dua bulan. Panjanngggggg cerita nya kenapa entri kelahiran ni tertangguh kemain lama. Nantilah pelan-pelan aku cerita secara bersiri. Pada yang mengikuti di laman IG, mungkin dah tau sikit sebab kat situ dah jadik macam micro blog Xeatopia.
Walau banyak mana pun laman sosial lain, entri blog mesti kena ada. Ini dah jadik macam arkib kehidupan kami anak-beranak. Banyak perkara akan dirujuk semula ke sini. Contohnya, nak banding berat kelahiran anak-anak terdahulu pun, korek entri lama. Dah manjang bergaduh dengan Cfu pasal berat anak. Helllooo kite yang beranak, kot. Walaupun dah banyak urat yang putus, tiap sorang berat masa lahir tu tersemat utuh dalam kepala ni tawww.
ADAM HARITH BIN MUHAMMAD HAFIZ
23.11.2015
11.37 am
3.90 kg, 52 cm
Hospital Columbia Asia, Puchong.
Proses kelahiran berjalan dalam keadaan baik dan lancar. Tak ada trauma, komplikasi dan sebagainya. Baby pun sihat Alhamdulillah sewaktu dilahirkan. Proses recovery lepas kelahiran pun agak cepat sebab dah masuk pengalaman ketiga, kan. Semuanya baik-baik saja, sehinggalah masuk hari ke-4 selepas kelahiran. InsyaAllah akan diceritakan dalam entri akan datang.
Selamat datang, anakanda yang dikasihi. Moga sentiasa dilindungi Tuhan, terus mendatangkan bahagia dan cinta buat keluarga kecil kami (yang makin berkembang, nampaknya) Sungguh, setiap anak itu memang pembawa rezeki.
Much love;
Mama Xeea, Papa Cfu, Abang Alfiy & Kakak Syana
:))
congrats dear. wahh boleh tahan, lahir2 dah 3.9kg...bam bam bam omey
ReplyDeleteThanks! Itulah, last scan takde lah berat sangat. Tip top keluar kemain besar. Penangan mama dia last minute ngidam makan steak masterchef zubir lah ni. Hehe
Delete