Friday, July 1, 2011

Tips & Tricks : Universal Studio Singapore.

P1000565

PERSONAL TIPS :

Ini berpandukan kepada pengalaman sendiri semata-mata sewaktu melawat Universal Studio Singapore tempoh hari. Tips ini lebih sesuai untuk diaplikasikan kepada para peminat percutian bajet. Kalau nak ikut, atas tanggungan risiko sendiri ye :p


  • Pengangkutan

1. Tak payah pening kepala nak tunggu Air Asia buat tiket promo RM 5 ke Singapura, sebab bila buat calculation tiket kapal terbang dan teksi pergi-balik airport akan jadik lebih mahal. Nanti dah tak dikira sebagai percutian bajet lah pulak.


2. Selamba buat macam kami, drive je all the way dari KL ke JB. Tuang minyak dalam RM 60 gitu satu kereta. Dapat naik 4-5 orang. Bayar tol dalam RM 40++ dan exit di tol Skudai. Lain-lain kadar bayaran tol, boleh rujuk kat sini.



  • Penginapan

1. Bagi yang takde saudara-mara kat JB atau Singapura untuk tumpang bermalam, aku cadangkan kamu check in 2 malam kat Tune Hotel, JB. Baru RM 144 termasuk cukai. Konsep hotel ni senang je, kau nak pakai apa, kau bayar. Kalau nak demand lebih, layanan macam diva, boleh carik hotel lain.


2. Full review tentang Tune Hotel, bole baca entri TuneHotels.com



  • Aktiviti

1. Hari pertama, boleh lepak-lepak bandar JB, pergi Kompleks Bebas Cukai Stulang untuk shopping coklat dan barang-barang lain tanpa cukai. Selain tu, boleh makan besar seafood yang murah dan sedap. Takpun boleh window shopping kat City Square. Malam, boleh layan fun fair, mini zoo dan makan-makan kat Danga Bay. Restoran Singgah Selalu opposite Danga bay tu pun happening bila malam. Pilihan menu pun banyak! Gerenti akan singgah selalu :p Ikut lah mana-mana yang korang suka. Tapi jangan all out sangat. Ini aktiviti sampingan je kan, nanti tak larat dah nak bangun esok untuk ke USS.


2. Jangan lupa singgah mana-mana pusat pengurup wang untuk tukar Singapore Dollar. Bersepah-sepah ada kat JB nun. Selain tu, kalau nak guna kad kredit buat standby kot-kot cash tak cukup ke kan, pastikan dah telefon bank kad kredit masing-masing, sekurang-kurangnya sehari sebelum untuk aktifkan internaional transaction. Bank akan tanya soalan lazim macam berapa hari kat sana, bila bertolak, balik bila etc.


3. Universal Studio terletak kat Resort World Sentosa Singapore. Selain USS, ada macam-macam lagi tarikan pelancongan yang ada macam Siloso Beach (boleh tengok Songs of The Sea. Best!) Vivo City dan sebagainya. Tak tahu jalan? Jangan risau. Kat sini ada MRT yang boleh bawak kesemua tempat dalam resort ni dengan flat rate 3 dollar. Kan ke jimat tu? Dapat pergi banyak tempat ikut kadar bajet yang berpatutan.



  • Getting there

1. Macam mana nak pergi Singapura dari tempat penginapan? Bawak kereta sendiri. Nah, baca tips Driving a Malaysia-registered car into Singapore ni. Takpun buat macam kami, naik bas. Kat bawah hotel tu, ada kaunter bas Odessey dan Compass Coach yang boleh bawak korang terus ke Universal Studio Singapore dan Marina Bay Sands dengan harga RM 23 per pax pergi-balik.


2. Elok je dah check in kat hotel, cepat-cepat lah redeem kupon shuttle bas kat kaunter bas tu, untuk dapatkan tiket bas dan booking time. Bas ni keluar masuk Singapore pun ada masa tertentu je. Yang ni diorang pakai konsep siapa cepat, dia dapat. Boleh rujuk jadual di sini.


3. Beli tiket siap-siap, secara online boleh dapat kat Poto Travel ataupun terus kat web Sentosa Resort. Nak beli over the counter, ramai gila orang weh masa hari minggu. Tak kuasa nak beratur. Bayar lebih sikit untuk express pass, tak payah beratur panjang semata-mata nak naik permainan tu semua. Berbaloi-baloi.


4. Sebelum sampai ke Singapore, akan melalui kastam Malaysia, bas akan berhenti di sini kerana selalunya akan berlaku kesesakan di kawasan tersebut. Bawak turun beg tangan je. Selain passport, standby je bawak surat beranak bagi bayi bawah umur 2 tahun. Di pos pemeriksaan, pasport akan diperiksa menggunakan mesin automatik. Aku ikut je apa yang orang lain buat. heh. Lepas tu, terus pergi carik bas kat kawasan menunggu.


5. Lepas pemeriksaan Kastam Malaysia, dan melintasi Tambak Johor, akan berhenti di Kastam Sinagpore pulak. Prosedur yang sama jugak macam tadi. Just go with the flow.


6. Sampai di Resort World Sentosa, bas akan parking kat basement. Untuk ke USS, nak kena naik escalator. Tapi kat situ banyak signboard, gerenti takkan sesat punya.



  • Mommy’s Tips

1. Bagi yang bawak bayi seusia Alfiy, digalakkan bawak stroller sendiri sebab tempat ni besar gila weh. Boleh patah pinggang kalau manjang nak berdukung je. Tak ada stroller? Dalam USS ada sediakan stroller untuk disewa, yang single SGD 10, double SGD 15.


2. Selain tu, digalakkan bawak bekal makanan sendiri lebih-lebih lagi yang bawak anak kecik. Botol air pun tapaw sia-siap kat hotel. Faham-faham je lah kan makan minum kat theme park macam ni, semua pun mahal. Restoran dalam ni semuanya western style lah kan. Tapi ada je logo halal dipaparkan, jadi tiada masalah.


3. Baby room pun ada kat Information Counter. Aku siap mandikan Alfiy kat sini. Solat pun kat sini. Panas berlengas weh kat sana! Pakaikan anak sleeveless je takpun rompers. Dan, semestinya yang 100% cotton, ok.


4. Tak semua ride sesuai untuk bayi, ye. Pandai-pandai korang lah take turn dengan suami atau saudara-mara dan sahabat handai sekalian. Dengar cerita, dah ada Transformers ride, woh! Ni yang rasa nak terjah USS sekali lagi *bawak-bawak mengucap*


Sekian, selamat bergembira!


HER : Langsai sudah hutang! phewwww! :p

9 comments:

  1. syoknye, akan pegi gak nanti,
    ok save link ni siap2 :p

    ReplyDelete
  2. complete dgn link...thanks!!tau dah nt klu nak ke uss ni mmg carik entry ni

    ReplyDelete
  3. Haha same macam na. Da save semua link dan print entry neh. Gile semangat aku. Cameron pon tak pi lagi T_T

    Dulu pi Singapore pon, tak hafal details macam kak xeaa. Hebak mu :D

    ReplyDelete
  4. good info!! thanks sharing xeea..insya'Allah akan ke sana soon.

    ReplyDelete
  5. Salam...nk tya kalau nk sewa stroller kt uss tu bayi 4 bln fit x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa sesuai utk baby yang belum pandai duduk, rasanya. Better u bawak stroller sendiri.

      Delete
  6. bgus jugak tips ni..sy akan ke USS 22hb ni ngan anak sy 2tahun..juz nk tnya sket..masa kt imigresen malaysia & singapore tu nnt masa nk cop passport kene dukung anak tu sekali ke?i mean how is the procedure?and perlu sgt ke bwk birth cert anak? passport je xboleh?coz leceh nk jinjing2..kang tercicir pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, kena dukung sekali. Means salah sorang la; mom or dad, siapa yg declare as childs behalf. Bitrh cert tu standby je sbb depends kat pegawai imigresen yg jaga. kot kena jenis veteran old skool sket, mmg skema, dia akan mintak passport, ic bagai. huuu

      Tips : Pakai baby carrier takpun stroller. Makan masa jugak kalau ramai beratur kat imigresen tu. Boleh patah pinggang woh kalau berdukung je. huuu

      Delete
  7. Hello Semua. :) Mari berkongsi info terbaru.. Nampaknya currency Singapore semakin menaik & MYR pula menurun.. Jadi harga semua berubah seperti harga perbelanjaan dalam Singapura. Terbaru; info in FEB 2017 jika tukar MYR to SGD rate boleh dikatakan dalam minimum 3.2 (ada juga Money Changer caj higher seperti kalau di Bugis Singapura ada yang ambil 3.33, tinggi kan? Kene hati-hati juga dalam memilih money changer ya) Take note rate kalau tukar SGD to MYR adalah jauh lebih rendah, yang Malaysian perlukan adalah MYR to SGD rates - ia adalah 2 harga yang jauh bezanya. Bytheway, mari layan 'PROMO TERBARU - SINGAPORE TIX'
    .
    ✪ Singapore Tickets Murah (USS/Garden By The Bay/+more) - JOM dapatkan sekarang! ✪
    .
    Kepada Admin & Semua.. Sekiranya anda ingin dapatkan tiket masuk, any Singapore Tourist Attractions at discounted price boleh lah hubungi kami. Contoh: *SEA AQUARIUM Harga promosi: SGD 35/MYR 112 sahaja (Adult), *USS Harga promosi: SGD 66/MYR 211 sahaja (adult). FREE Meal Discount Voucher worth SGD5 pulak tu for these 2 places! BEST kan? 🙂 PAKEJ USS with bus from DANGA BAY JB-USS juga ada (2 ways transfer).
    .
    Tiket original OPEN DATE minimum 3 bulan valid dari tarikh beli. Tiket lain juga ada seperti GARDEN BY THE BAY, SINGAPORE ZOO, NIGHT SAFARI, WINGS OF TIME etc.. confirm lebih murah dari harga kaunter!
    .
    Cuba lawati LOVE TRAVEL page di >>> http://lovetravel-love.blogspot.com atau www.facebook.com/lovetravel86
    .
    PIC: Jessica, ♡ Love Travel ( WHATSAPP: +6012-7760219 , EMAIL: jessica.travel8686@gmail.com ) TQ

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.