Baru boleh bernafas semula.
Setelah sekian lama hampir lemas bergelumang dengan bebanan kerja.
Selama aku menghilang, aku diarahkan untuk menunaikan tanggungjawab kepada komuniti. Dah nama pun bekerja untuk komuniti, kan. Kali ni, aku berpeluang untuk mengintai kehidupan komuniti di sebalik tirai besi. Mencurah ilmu dan berbakti kepada insan bergelar banduan pula.
Penjara.
Dengan hanya mendengar, sudah menggerunkan.
Apatah lagi bila melangkah kaki masuk ke dalam sana.
Hari pertama, aku tak banyak bercakap dengan mereka. Hatta nak pandang muka pun, aku tak berani, ini kan pula nak berborak panjang. Ye lah kan, beribu orang ada dalam tu, dengan beribu jenis kesalahan. Yang memeras ugut, pecah amanah, mencuri, mendera, mengedar dadah, malahan yang membunuh pun ada.
Siapa tak cuak, kan?
Masuk hari kedua dan seterusnya, aku mula bertegur sapa. Itupun dengan penuh waspada. Mula-mula tanya nama, berlanjutan pada kisah keluarga, kemudian tanpa diminta, mereka sendiri yang akan bukak cerita macam mana kehidupan mereka boleh berakhir di penjara. Satu-satu cerita aku dengar dan hayati dengan perasaan bercampur-baur. Ada rasa sebak, simpati, kasihan, insaf, tak percaya dan macam nak marah pun ada.
Agak memeranjatkan, rata-ratanya, datang dari golongan berpendidikan.
Ada peguam, setiausaha, pegawai kerajaan, pramugari, model, bangsawan, akauntan, dan sebagainya. Gara-gara terlalu leka dan terpedaya dengan godaan duniawi, telah mengheret mereka hidup bertahun-tahun dalam penjara. Siap ada yang bersalin kat situ. Sayu hati tengok anak-anak kecil lingkungan usia macam Alfiy bermain-main dalam kawasan penjara sambil diawasi oleh beberapa orang warden. Apalah yang anak-anak tu tahu, pada ketika usia sebegitu, kan.
Pendek kata, sepanjang tempoh aku berada di sana betul-betul menginsafkan.
Cukup untuk membuatkan aku sangat menghargai akan erti kebebasan sebenar. Bayangkanlah, baru beberapa hari tak dapat berhubung dengan dunia luar, nak ke sana-sini diekori, sentiasa diperhati setiap masa, aku dah rasa bagai nak gila. Inikan pulak mereka yang perlu menghabiskan bertahun-tahun, malahan ada yang seumur hidupnya di dalam sana.
Na’uzubillah.
Hati-hati dalam setiap percaturan kehidupan.
Semoga Allah sentiasa melindungi kita dalam lindungan kasih-sayang-Nya.
HER : Setiap kali rasa susah, ingatlah masih ada yang lagi susah daripada kita.
menginsafkan. part yg ade anak sebaya alfiy main2 tu paling menyentuh perasaan. :(
ReplyDeletep/s: patutla call awk smlm tak angkt. rupenye dlm penjara. :P
insaf. u buat apa kat sana? cerita la lagi
ReplyDeleteinsaf & kesian pun ada.
ReplyDeletekalaulah kite diberi peluang mendekati mereka mungkin lagi super insaf.
jangan kata penjara, tgk juvana pun tak sanggup nak dok situ. hari2 hadap dinding mana tahan...
ReplyDeletelalu depan penjara pon dah cukup gerun, apalagi masuk ke dalam. insaf sgt kan. anak² kecil yang tak tahu apa² tu kesian.
ReplyDeleteoh sangat insaffff kan.. :)
ReplyDelete"Sayu hati tengok anak-anak kecil lingkungan usia macam Alfiy bermain-main dalam kawasan penjara sambil diawasi oleh beberapa orang warden. Apalah yang anak-anak tu tahu, pada ketika usia sebegitu, kan."
ReplyDeletePart ni buat saya menangis. Saya tak rasa yang saya ada kekuatan nak tengok kanak-kanak tu kalau diberi peluang. Saya tak kuat.
sha :
ReplyDeleteSerius sedih gila. Tak sanggup nak tengok rasanya sbb asyik teringat kat anak sendiri.
yatie :
Mengajar banduan, u. Kitorang dekat dengan Penjara Kajang so, mmg banyak buat program utk diorang.
yaya :
Mmg insaf gila sepanjang masa bersama dorang kat dlm tu. Mcm2 cerita yg kdg2 tak terlintas kat fikiran kita pun boleh berlaku kat dunia ni.
farah :
kan? Kesian sangat. Tengok cermin pun tak pernah tau diorang ni selama kat sana. ari tu, kitorang buat kursus facial, kemain suka lg diorang dpt cuci muka guna facial foam T__T
wardah :
Masa mula-mula masuk, mmg cuak gila. Lagi pulak, nak kena lalu depan sel penjara lelaki. diorang tgk kita org perempuan ni; mcm nak terkammmm je. Seram.
mrs nageb :
Takut pun ada. Mintak dijauhkan dari terkena kat kaum keluarga kita.
aishah :
Itu kita, kan. Awak bayangkan warden penjara yg hari2 duduk menghadap diorang. Kental tak kental.