Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #07 : Hobi.

IMG_8374

Tuesday, July 19, 2011

Di Sebalik Tirai Besi.

Baru boleh bernafas semula.

Setelah sekian lama hampir lemas bergelumang dengan bebanan kerja.


Penjara2dalam


Selama aku menghilang, aku diarahkan untuk menunaikan tanggungjawab kepada komuniti. Dah nama pun bekerja untuk komuniti, kan. Kali ni, aku berpeluang untuk mengintai kehidupan komuniti di sebalik tirai besi. Mencurah ilmu dan berbakti kepada insan bergelar banduan pula.


Penjara.

Dengan hanya mendengar, sudah menggerunkan.

Apatah lagi bila melangkah kaki masuk ke dalam sana.


Hari pertama, aku tak banyak bercakap dengan mereka. Hatta nak pandang muka pun, aku tak berani, ini kan pula nak berborak panjang. Ye lah kan, beribu orang ada dalam tu, dengan beribu jenis kesalahan. Yang memeras ugut, pecah amanah, mencuri, mendera, mengedar dadah, malahan yang membunuh pun ada.


Siapa tak cuak, kan?


Masuk hari kedua dan seterusnya, aku mula bertegur sapa. Itupun dengan penuh waspada. Mula-mula tanya nama, berlanjutan pada kisah keluarga, kemudian tanpa diminta, mereka sendiri yang akan bukak cerita macam mana kehidupan mereka boleh berakhir di penjara. Satu-satu cerita aku dengar dan hayati dengan perasaan bercampur-baur. Ada rasa sebak, simpati, kasihan, insaf, tak percaya dan macam nak marah pun ada.


Agak memeranjatkan, rata-ratanya, datang dari golongan berpendidikan.


Ada peguam, setiausaha, pegawai kerajaan, pramugari, model, bangsawan, akauntan, dan sebagainya. Gara-gara terlalu leka dan terpedaya dengan godaan duniawi, telah mengheret mereka hidup bertahun-tahun dalam penjara. Siap ada yang bersalin kat situ. Sayu hati tengok anak-anak kecil lingkungan usia macam Alfiy bermain-main dalam kawasan penjara sambil diawasi oleh beberapa orang warden. Apalah yang anak-anak tu tahu, pada ketika usia sebegitu, kan.


Pendek kata, sepanjang tempoh aku berada di sana betul-betul menginsafkan.


Cukup untuk membuatkan aku sangat menghargai akan erti kebebasan sebenar. Bayangkanlah, baru beberapa hari tak dapat berhubung dengan dunia luar, nak ke sana-sini diekori, sentiasa diperhati setiap masa, aku dah rasa bagai nak gila. Inikan pulak mereka yang perlu menghabiskan bertahun-tahun, malahan ada yang seumur hidupnya di dalam sana.


Na’uzubillah.


Hati-hati dalam setiap percaturan kehidupan.

Semoga Allah sentiasa melindungi kita dalam lindungan kasih-sayang-Nya.



HER : Setiap kali rasa susah, ingatlah masih ada yang lagi susah daripada kita.

Friday, July 1, 2011

Tips & Tricks : Universal Studio Singapore.

P1000565

PERSONAL TIPS :

Ini berpandukan kepada pengalaman sendiri semata-mata sewaktu melawat Universal Studio Singapore tempoh hari. Tips ini lebih sesuai untuk diaplikasikan kepada para peminat percutian bajet. Kalau nak ikut, atas tanggungan risiko sendiri ye :p


  • Pengangkutan

1. Tak payah pening kepala nak tunggu Air Asia buat tiket promo RM 5 ke Singapura, sebab bila buat calculation tiket kapal terbang dan teksi pergi-balik airport akan jadik lebih mahal. Nanti dah tak dikira sebagai percutian bajet lah pulak.


2. Selamba buat macam kami, drive je all the way dari KL ke JB. Tuang minyak dalam RM 60 gitu satu kereta. Dapat naik 4-5 orang. Bayar tol dalam RM 40++ dan exit di tol Skudai. Lain-lain kadar bayaran tol, boleh rujuk kat sini.



  • Penginapan

1. Bagi yang takde saudara-mara kat JB atau Singapura untuk tumpang bermalam, aku cadangkan kamu check in 2 malam kat Tune Hotel, JB. Baru RM 144 termasuk cukai. Konsep hotel ni senang je, kau nak pakai apa, kau bayar. Kalau nak demand lebih, layanan macam diva, boleh carik hotel lain.


2. Full review tentang Tune Hotel, bole baca entri TuneHotels.com



  • Aktiviti

1. Hari pertama, boleh lepak-lepak bandar JB, pergi Kompleks Bebas Cukai Stulang untuk shopping coklat dan barang-barang lain tanpa cukai. Selain tu, boleh makan besar seafood yang murah dan sedap. Takpun boleh window shopping kat City Square. Malam, boleh layan fun fair, mini zoo dan makan-makan kat Danga Bay. Restoran Singgah Selalu opposite Danga bay tu pun happening bila malam. Pilihan menu pun banyak! Gerenti akan singgah selalu :p Ikut lah mana-mana yang korang suka. Tapi jangan all out sangat. Ini aktiviti sampingan je kan, nanti tak larat dah nak bangun esok untuk ke USS.


2. Jangan lupa singgah mana-mana pusat pengurup wang untuk tukar Singapore Dollar. Bersepah-sepah ada kat JB nun. Selain tu, kalau nak guna kad kredit buat standby kot-kot cash tak cukup ke kan, pastikan dah telefon bank kad kredit masing-masing, sekurang-kurangnya sehari sebelum untuk aktifkan internaional transaction. Bank akan tanya soalan lazim macam berapa hari kat sana, bila bertolak, balik bila etc.


3. Universal Studio terletak kat Resort World Sentosa Singapore. Selain USS, ada macam-macam lagi tarikan pelancongan yang ada macam Siloso Beach (boleh tengok Songs of The Sea. Best!) Vivo City dan sebagainya. Tak tahu jalan? Jangan risau. Kat sini ada MRT yang boleh bawak kesemua tempat dalam resort ni dengan flat rate 3 dollar. Kan ke jimat tu? Dapat pergi banyak tempat ikut kadar bajet yang berpatutan.



  • Getting there

1. Macam mana nak pergi Singapura dari tempat penginapan? Bawak kereta sendiri. Nah, baca tips Driving a Malaysia-registered car into Singapore ni. Takpun buat macam kami, naik bas. Kat bawah hotel tu, ada kaunter bas Odessey dan Compass Coach yang boleh bawak korang terus ke Universal Studio Singapore dan Marina Bay Sands dengan harga RM 23 per pax pergi-balik.


2. Elok je dah check in kat hotel, cepat-cepat lah redeem kupon shuttle bas kat kaunter bas tu, untuk dapatkan tiket bas dan booking time. Bas ni keluar masuk Singapore pun ada masa tertentu je. Yang ni diorang pakai konsep siapa cepat, dia dapat. Boleh rujuk jadual di sini.


3. Beli tiket siap-siap, secara online boleh dapat kat Poto Travel ataupun terus kat web Sentosa Resort. Nak beli over the counter, ramai gila orang weh masa hari minggu. Tak kuasa nak beratur. Bayar lebih sikit untuk express pass, tak payah beratur panjang semata-mata nak naik permainan tu semua. Berbaloi-baloi.


4. Sebelum sampai ke Singapore, akan melalui kastam Malaysia, bas akan berhenti di sini kerana selalunya akan berlaku kesesakan di kawasan tersebut. Bawak turun beg tangan je. Selain passport, standby je bawak surat beranak bagi bayi bawah umur 2 tahun. Di pos pemeriksaan, pasport akan diperiksa menggunakan mesin automatik. Aku ikut je apa yang orang lain buat. heh. Lepas tu, terus pergi carik bas kat kawasan menunggu.


5. Lepas pemeriksaan Kastam Malaysia, dan melintasi Tambak Johor, akan berhenti di Kastam Sinagpore pulak. Prosedur yang sama jugak macam tadi. Just go with the flow.


6. Sampai di Resort World Sentosa, bas akan parking kat basement. Untuk ke USS, nak kena naik escalator. Tapi kat situ banyak signboard, gerenti takkan sesat punya.



  • Mommy’s Tips

1. Bagi yang bawak bayi seusia Alfiy, digalakkan bawak stroller sendiri sebab tempat ni besar gila weh. Boleh patah pinggang kalau manjang nak berdukung je. Tak ada stroller? Dalam USS ada sediakan stroller untuk disewa, yang single SGD 10, double SGD 15.


2. Selain tu, digalakkan bawak bekal makanan sendiri lebih-lebih lagi yang bawak anak kecik. Botol air pun tapaw sia-siap kat hotel. Faham-faham je lah kan makan minum kat theme park macam ni, semua pun mahal. Restoran dalam ni semuanya western style lah kan. Tapi ada je logo halal dipaparkan, jadi tiada masalah.


3. Baby room pun ada kat Information Counter. Aku siap mandikan Alfiy kat sini. Solat pun kat sini. Panas berlengas weh kat sana! Pakaikan anak sleeveless je takpun rompers. Dan, semestinya yang 100% cotton, ok.


4. Tak semua ride sesuai untuk bayi, ye. Pandai-pandai korang lah take turn dengan suami atau saudara-mara dan sahabat handai sekalian. Dengar cerita, dah ada Transformers ride, woh! Ni yang rasa nak terjah USS sekali lagi *bawak-bawak mengucap*


Sekian, selamat bergembira!


HER : Langsai sudah hutang! phewwww! :p