err.. ni salah satu daripada deretan backdated entries.
Elok je habis berpantang 44 hari tu, aku pun menggeletis lah nak keluar berjalan. Lepas tu gedik takanak jalan dekat-dekat, nunnnn terus pergi JB. Alang-alang dah kat Johor ni, kan. Dekat sikit. So off we went to Puteri Harbour Family Theme Park kat Nusajaya.
“Rumah Thomas!”, kata Alfiy.
Kalau berura-ura nak pergi masa cuti hujung minggu, dinasihatkan supaya bayar entrance fees siap-siap kat Website Playtime Nusajaya ni. Flat rate untuk setiap theme park bagi adults/kids (above 3 years) dengan MyKad adalah RM 55 per pax. Sampai-sampai terus check in kat Information counter ni. Jimat masa tak payah nak queue up kat kaunter tiket.
Puteri Harbour Family Theme Park ni ada 2 theme park. Satu The Little Big Club, dan satu Lagi Sanrio Hello Kitty Town. Memandangkan tujuan utama datang ke sini adalah untuk menggembirakan Alfiy & as reward sebab well behave selama temankan Mama duduk berpantang kat kampung, maka kami decided untuk ke Little Big Club je. Esok Aisya dah besar sikit, baru berbaloi nak visit Hello Kitty Town.
The Little Big Club entrance di tingkat 2 dan 3. Dalam ni semua adaptasi kartun Barney, Bob the Builder, Angelina Ballerina dan Thomas & Friends. Alfiy dah mula tak keruan bila sampai sini. Sorgaaaaaa, katanya.
Tengok lah kemain galak anak bujang Mak menari. Masa ni tengah tengok show Barney nyanyi signature song dia I Love You, You Love Me tu. Most of the kids memang enjoy la aku tengok. So, make sure masa masuk tadi, dah dapatkan jadual showtime dan meet & greet session siap-siap. Nak kena alert la show tu mula pukul berapa, buat kat mana.
Alfiy in disbelief mode bila jumpa Bob The Builder kat depan mata. Excited betul dia! Padahal selama ni dia kemain takut kalau jumpa maskot. Kat area ni, tahap keterujaan Alfiy memang tak mampu dibendung lagi. Berdesupppp hilang. It was like a big playground!
The Fat Controller! Show yang ni a bit boring. Kalau dia perform lagu-lagu yang popular kat Thomas & Friends series mesti lagi best sebab the kids can sing along. Lepas tu, Thomas je yang ada pun. Alfiy punya tertunggu-tunggu kot-kot ‘the friends’ akan keluar jugak macam Percy, James, Henry, Gordon semua tu laaa.
Tingkat atas ni, fully dedicated untuk Thomas & Friends. Alfiy terus fefeeling masuk dalam dunia kartun favorite dia tu. Terkinja-kinja suka bukan main nampak semua characters live depan mata dia. Siap meraung taknak balik, okeh (-_-“)
Naik keretapi Thomas ni dah tawaf berapa kali ntah. Dan, semestinya dia nak duduk kat dalam Thomas depan nun. Biarlah Makpaknya duduk belakang ni, hah. Haram dia tak kisah.
Kat tingkat ni jugak ada la tempat lepak-lepak untuk parents melepas lelah. Tapi dah nama pun tempat budak-budak, ceruk mana pun diorang je lah yang conquer semua tempat. Ada jugak stall dan cafe yang jual snack takat buat alas perut. Kalau carik nasik kandar, memang tak ada lah. Tapi kan, tak tahu lah apasal aku rasa hotdog ni sedap gila masa tu. Lapar sangat gamaknya, kot.
Alfiy memang enjoy most of the rides kat sini. Kecuali bumper trains ke hapa ntah namanya. Ala-ala bumper cars la. Tak lepas minimum height requirement. Ucu Nani dia je lah yang galak main. Kesian Alfiy. Dah lah kat situ dia paling excited sebab ada semua characters kawan-kawan Thomas.
Dalam banyak-banyak rides, semua Cfu yang teman naik. Kecuali yang ni sebab dia kan ratu gayat. Terpaksalah aku yang kemain ayu pakai skirt kembang hari tu temankan Alfiy *dah kata baru lepas pantang, kan. Still in mode pakai kain* Nak dijadikkan cerita, terjerit-jerit aku tiap kali ‘terjun’ ke bawah. Bukan sebab takut tapi sebab skirt kembang aku tu habis ‘mengembang’ ditiup angin. Kau bayangkan je lah macam payung terjun terbukak masa terjun tu kan, haaaa gitu lah rupa skirt aku masa tu. Mau aku tak menjerit kemalu-maluan sambil kepit-kepit kaki hoiii. Si Cfu dengan lahapnya ketawa berdekah-dekah kat bawah. Siap rakam video nak dijadikkan bahan kemudian hari T____T
Lepas puas berperang dengan Alfiy nak ‘heret’ dia balik, baru lah kami singgah dan jengah-jengah kat kawasan Pingu dan Angelina Ballerina. Alfiy memang bo-layan kan aje sebab dia tak minat pun. Dia nak berumahtangga kat tingkat atas tadi je. Pulun main 7 hari 7 malam pun dia gagah, kot.
Sebelum balik, singgah tapaw souvenir. Harga still affordable laa nak compare dengan souvenirs kat Legoland (Read : Mengembara ke Alam Lego). Dapat lah belikan Alfiy dan Adik Nani tshirt sorang sepasang.
Gambar ni jadik fridge magnet. RM 30 dapat dua. Cuma kualiti gambar agak kureng laaa. Original picture has been photobombeb by a makcik yang duduk lepak-lepak kat sebelah tu. Kot iye pun kau crop la sikit, kan. Bukan susah pun. Ni tak, dengan gambar makcik-makcik tu sekali masuk dalam frame jadik fridge magnet. Buat kerja asal boleh je, kan. hmpftttt
** Mama’s Tips **
- Puteri Harbour Family Theme Park ni duduknya kat dalam bangunan dan berhawa dingin. Tak perlu risau nak bawak payung ke baju hujan segala.
- Macam biasa, ‘seludup’ makanan yang boleh dibawak masuk dalam handbag. Snacks untuk alas perut lah. Biasalah makan dalam theme park kamu sedia maklum harga nya macam mana.
- Kalau bawak baby dan breastfeeding, sila bawak perkakasan lengkap. Kat sini takde proper baby room. Ada tempat salin diapers je kat dalam toilet. Not-so-baby friendly lah.
- Digalakkan bawak anak dalam usia 3-6 tahun. Dan, yang paling penting, anak-anak kenal lah dengan karakter kartun dalam ni. Barulah seronok tengok diorang excited. Kalau tak, reaksi diorang ala-la suam kuku je sebab tak kenal, kan.
- Datang masa cuti hujung minggu atau public holiday, sila lah sampai awal. Kami sampai elok je pukul 10 pagi, memang lengang lagi. Nak main pun tak payah beratur. Boleh repeat banyak kali. Masuk tengahari, berduyun orang datang. Terus sesak barat. Tak berapa syok aa.
My verdict?
Selain daripada insiden skirt ‘payung terjun’ dan fridge magnet yang di photobombed, I have no serious issue here. Boleh la masuk dalam senarai tempat wajib dilawati bagi parents yang punya anak lebih kurang baya Alfiy. Kalau jenis kemaruk Thomas & Friends atau kawan2 kartun lain yang ada kat sini, lagi lah di recommend untuk datang sebab takde kat tempat lain. Mungkin ada yang kata macam tak berbaloi, tapi pada aku, perasaan bila tengok anak happy adalah priceless. Masa ni je lah pun nak gembirakan diorang. Bila dah besar nanti, dia pun dah tak layan kartun-kartun ni semua, so dah macam pointless lah pulak nak bawak datang sini, kan.
Learn to live in the moment; enjoy the present, omputih kata.
Anak-anak kita tak selamanya kecik. Sekarang ni pun, Alfiy dah mula suka robot Transformers, Avengers dan Hot Wheels. Zaman Thomas & Friends dia dah hampir berlalu. Mujurlah sempat bawak datang sini. ehhh.. touching pulak ending entry ni. heh.
HER : Cfu kata, tahun ni adalah Tahun Melawat Malaysia.
Mmg priceless sangat bawak diorang pegi sini. Excited bukan main tgk karekter feveret diorang. Dah 2kali pegi sini, still rasa berbaloi.
ReplyDeleteTu laaa. Happy tengok anak happy. Cuba gigih la nak pi sana. Nuuu jauh kat JB. Fasya best laa sebab dekat dgn rumah, kan.
Deleteada thomas...??!!! ada barney..??!!! kompem nak bawak anak pergi sini..menakseh review.. :)
ReplyDeleteNo problem. Cepat pergi sebelum Qaleef menginjak remaja. hehe
DeleteBESTNYA..brapa rm masuk sini sis? tggu anak dh bsr sikit nak bawak lah..
ReplyDelete*sy dh follow sis, follow me back tau..10q..xoxo!
RM 55 per pax. Yup lagi berbaloi kalau bawak preschooler.
DeleteHari yang gembira untuk anda beserta keluarga, salam dari kami di Bandung!.Terimakasih!
ReplyDeletenak tanya...ada org cakap every ride bayar lain btol ke?cadang nak bawak heroes weekend ni
ReplyDeleteTak lah. Masa I pergi tu, bayar sekali je per entry. Boleh main semua games berapa banyak kali pun tak kisah. Cuma pergi weekend, letih laa nak beratur.
Deletebrapa lama eh jangkaan kat sini?stengah hari dah siap?
ReplyDeleteKalau tak ramai orang, queue pun tak panjang, half day pun dah boleh siap main semua rides dalam ni.
Delete