Wednesday, May 18, 2011

Kosa Kata.

Setiap kali masuk pertengahan dan hujung tahun, aku akan menjadi lebih sibuk daripada biasa secara tiba-tiba. Masa ni lah semua tenaga pengajar seperti aku akan menjadi orang paling popular dalam dunia. Menderu-deru pelajar keluar masuk bilik, berderet-deret atur temujanji mahu berjumpa, berlambak-lambak tugasan 'last minute' pelajar yang masih belum bertanda.


Musim peperiksaan.

Semua orang pun gerun, kan.


Dalam pada kelam-kabut mengemaskini rekod kehadiran dan markah pencapaian pelajar sepanjang semester, datang 2-3 orang pelajar yang cuba untuk ‘menyelamatkan diri’ selepas nama masing-masing ditahan daripada masuk ke dewan peperiksaan sebab jumlah kehadiran kurang daripada peratus piawai yang dibenarkan.


“Puan, saya ada ‘Mintak Cuti’. Tolong lah lepaskan saya masuk exam.”


Sambil menghulurkan Sijil Cuti Sakit (Medical Certificate) yang sudah renyuk.


“Awak ada apa?”


Aku bertanya semula untuk kepastian.


“Ni hah, saya ada MC. 'Mintak Cuti'."


Aku tergamam.


Sambil mengurut dada dan menghela nafas paling panjang (-_-)


IMG_5515

Gambar selingan : Sewaktu menjadi MC (sometimes spelled 'emcee')

Akronim bagi Master of Ceremonies.


...


Selamat Hari Guru buat para pendidik seluruh dunia.

Jangan pernah lelah menabur bakti, kelak akan dikenang sampai mati.



HER : Kurang gemar apabila penggunaan perkataan singkatan, bahasa SMS, bahasa pasar dan dialog mat rempit semakin bermaharajalela pada era zaman siber ini. Cintai bahasa kita, bahasa jiwa bangsa.

9 comments:

  1. pergh cun lah cikgu kuning. :)

    mintak cuti boleyy? hehehe

    ReplyDelete
  2. aLaAaAaAa riLeKs lA cEkGu. jAnGan MaRe-mArE. :p

    Selamat Hari Guru, Xeea. :)

    ReplyDelete
  3. saye pon nak mintak cuti puan.. :P

    ape2pon, selamat hari guru, mama alfiy! :)

    ReplyDelete
  4. ye betul, ooleh kerana terlalu banyak sangat singkatan, ramai students yang xtau MC tu stand for what..huhu...termasuklah adik2 ku..huhu...malu rasanya...

    aku paling x suke org anta SMS, untuk "nanti" diorg type "6t"! Gila kedekut

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, selamat hari pendidik puan,maaf baru ucapkan..hehehehe,wah makin berseri2 puan afziha ( mengampu )...

    ReplyDelete
  6. Puan, saya minta cuti rehat jaga anak boleh? hehe selamat hari para pendidik Xeea :)

    ReplyDelete
  7. biasa la tu xeea..akhir2 baru nk tergadah pujuk rayu jangan cerita la, ayat baik punye

    ReplyDelete
  8. Yaya :
    Boleh. Boleh blah :p

    Aishah :
    Heippppp, ni ape tulis besar kecik, besar kecik. Rotan kang, baru tau.

    Sha :
    Hahaha awak nak kena jumpa doktor dulu, baru boleh 'mintak cuti'. Saya tak jual 'mintak cuti' heeee

    Juju :
    Ye ke '6t' stands for 'nanti'? Serious aku tatau. Kalau yg tulis 'ak' for 'aku' pun aku nyampah.

    Ayie :
    Terima kasih. Eh, sy tak makan bodek yeee. Makan KFC je. Heh.

    Wardah :
    owh, tuh dah dikira sebagai MCR, bukan MC :p

    Aziyana :
    Kan? Last2 minit ni la baru nak terhegeh2, tak layan kang, komplen pulak. Students zmn skrg kan gitu, sikit2 nak komplen.

    Abah & Mak Haqq :
    Thanx!

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.