Memandangkan pembaca blog aku sekarang majoritinya terdiri daripada golongan mak orang berbanding yang bujang, macam sesuai lah untuk berkongsi pasal benda ni kat sini.
Tahu pasal Gymboree Class ni pun secara tak sengaja.
Keluar hujung minggu, habiskan masa berkualiti bersama keluarga kononnya, alih-alih terjumpa Gymboree Class ni kat Tingkat 2 Tropicana City Mall. Selama ni, aku sekadar tau yang Gymboree adalah jenama baju bayi. Ushar dari luar, nampak macam best. Terus selamba masuk, tanpa usul periksa.
Rupanya, Gymboree ni lebih kurang ala-ala Megakidz dan Critterland jugak lah. Boleh bawak anak main-main kat dalam playgym tu, RM 20 sejam bagi bukan ahli. Macam biasa, jangan lupa pakai stokin, ya!
Selain tu, setiap hari ada kelas. Lebih kurang sama konsep macam yang Yaya cerita pasal Tatehplaygroup tu. Macam-macam kategori ada; Sukan, Seni, Muzik, Yoga dan macam-macam lagi. Tinggal pilih dan bayar je. heh.
Anak-anak akan dibahagikan mengikut kumpulan berdasarkan 7 Tahap bermula dari usia 0 bulan sehingga 5 tahun.
Aku bukanlah tergolong dalam kategori ibu yang nakkan anak nya reti membaca pada usia bayi. Takde nye aku aku masukkan Alfiy dalam kelas ni sebab kemaruk nak jadikkan anak aku seorang yang genius. Sekadar nak memenuhi masa terluang, daripada melangut tak buat apa-apa kat rumah, kan. Sekurang-kurangnya, aktiviti kat kelas Gymboree ni dapat merangsang kebolehan kognitif, kemahiran motor dan sosial anak kita. Di samping tu, dapat tambah kenalan baru!
Aku berkenan kat kelas 'Gymboree Play’
Bermain sambil belajar bagi kategori umur 6 hingga 10 bulan.
Menyanyi, menari, berlakon dan ada sedikit aktiviti fizikal yang sesuai dengan peringkat usia Alfiy. Aktiviti peringkat ni dipanggil sebagai ‘The Doer’. Ibu bapa nak kena sporting lah turut serta join aktiviti yang dijalankan, lepas tu, anak-anak akan ikut apa yang kita buat. Aku difahamkan, pada peringkat ni, bayi lebih cenderung untuk meniru perbuatan orang di sekelilingnya.
We had lots of fun!
Aktiviti paling digemari; ‘Parachute & Bubbles’
Keseluruhannya, kami sangat enjoy mengikuti kelas ‘Gymboree Play’.
Alfiy pun terus tertidur kepenatan balik dari kelas ni. Habis segala deria dia dikerah untuk bekerja keras pada hari minggu. Bak kata Cfu, dengan mak bapak sekali dapat keluarkan peluh bila join aktiviti macam ni. Macam manfaat 2 dalam 1 gitu. Terus Cfu keluarkan statement yang dia dah kurus :p
Dan, untuk blogger mommies sekalian, nampaknya kita dah ada satu lagi port baru untuk buat aktiviti sosial akan datang. Sambil bersosial, kita boleh join kelas yoga, gitu. Majlis hari jadi anak pun boleh nak buat kat sini tau.
Kalau ada yang berminat nak cuba, boleh join free trial class.
Untuk appointment, schedule dan pakej, boleh rujuk kat laman web Gymboree ataupun laman sosial Facebook Gymboree Malaysia. Simply print the coupon below, make a call and you’re ready to go!
Kata orang, perkara baik elok dikongsi, lebih-lebih lagi benda FREE.
Tak gitu?
HER : Ada rezeki satu hari nanti, nak masukkan Alfiy kelas muzik, belajar main drum. Gitar? Dah overrated kot. Tahu dek Tok Nenek dia, mesti suruh daftar masuk kelas Tahfiz sekali :p
thank 4 sharing xeea...bgus ni!!
ReplyDeletewah seronoknyerr...kalao dok area sane kompem teruja jugk nk pegi..
ReplyDeletewah !
ReplyDeletebestnye
ipoh terhad sgt aktiviti2 cmni.
:)
bestnye yang dok Kl, sume ade.....
ReplyDeleteEhh bestnya. Nak pergi jugaklah nanti. :D
ReplyDeletewill definitely go! :)
ReplyDeletejom kite ngedet skali! :)
wah best ni..nak bw anggun la :D
ReplyDeletei pernah bwk harris kat kindermusik..tp mak dia yang boring...nyeh...nyeh...
ReplyDeleteHa seronok. Bila nak playdate dgn Kakal ni Alfiy?
ReplyDeletemenarik lah
ReplyDeleteluvlikethis :
ReplyDeleteBenda FREE mesti dikongsi. Mudah-mudahan murah rezeki :)
aziyana :
Try google. Ntah2 kat Kuantan pun ada. Takde Gymboree, ala-ala Tatehgroup pun ok.
chikstar :
Apa kata, u kumpul blogger mommies Ipoh, then arrange playgroup sendiri. besh ape. hee
fasya :
JB pun ada kot. Try google.
Hannah :
Boleh masuk dlm takwim blogger mommies gathering next year :p
sha :
Jom! jom! Alfiy boleh lumba crawling dgn Raisya. hehehe
juju :
Kalau bwk masa Anggun dh pandai crawl lg best. Besar gile tempat ni dia boleh explore.
Littlebluebird :
Tu lah kan? Mak bapak nak kena interested jugak, kalau tak, mmg tak ke mana la.
wardah :
Kite lom pernah jumpe lg kan? InsyaAllah, one day. Tgu beday party Kakal ke, takpun Alfiy ke.
nurul :
Puas lah Raina mengukur tempat ni kalau bwk dia dtg sini.