Friday, July 30, 2010

Kelas Tuisyen Orang Dewasa.

Ingat lagi, masa nak ambik UPSR dulu, habis je sekolah agama petang, terus kena siap-siap pergi kelas tuisyen lepas Maghrib sampai jam 10 malam. Balik rumah, buat kerja sekolah, kemas baju, gosok gigi, kena paksa minum susu, dan masuk tidur sebelum jam 11 malam.


Serius, letih.


Tak sangka, sedari usia belasan tahun lagi kita dah dilatih macam tu sekali ye. Bila nak ambik PMR, SPM, makin bertambahlah kelas tuisyen yang wajib pergi.


Dah masuk alam dewasa, masih ada lagi kelas tuisyen rupanya.


hah. Jangan main-main. Nak jadik mak ayah pun nak kena masuk kelas tuisyen tau. Bezanya, tuisyen kali ni, bukan tiap-tiap hari. Mana taknya, satu sesi pun dah kena 80 hengget per couple. Mau bankrap kot kalau nak pergi tiap-tiap hari.

antenatal 026

Hospital Columbia Asia, Puchong.

Kat sini jugaklah tempat aku buat check up tiap-tiap bulan. Lebih kurang 10 minit dari rumah.


Mula-mula, sesi berkenalan dengan apa itu contraction, vaginal examination (VE), tanda-tanda nak bersalin, 3 peringkat kelahiran dan segala macam perkara lagilah yang berkaitan dengan proses melahirkan oleh my gynae ; Dr. Raja Juhaidah.


Kira macam dah dapat gambaran sikit lah pasal VE atau lebih dikenali sebagai ‘seluk’ tu. Doktor atau midwife akan masukkan dua jari kat V part untuk periksa saiz bukaan laluan dah berapa sentimeter. Menurut kata doktor, proses ni tak sakit, cuma rasa senak je la. Tips doktor bagi, tarik nafas dalam-dalam masa kena ‘seluk’ tu.


Dan, silalah bertenang, takyah nak menggelupur bagai.


antenatal 001

antenatal 003

Dalam sesi ni jugak, ada termasuk sekali tayangan wayang gambar ‘seram’. Dari yang normal, forceps, vacuum, songsang sampailah ke caesarean kembar pun ada. Masa ni, tiap detik dan tiap saat, aku dengan Cfu menggelupur histeria. gulp.


antenatal 017

Senaman bagi setiap peringkat trimester.


Bagi yang dah masuk trimester akhir macam aku, banyak diajar cara bernafas yang betul; ambik nafas panjang ikut hidung lepas tu hembus ikut mulut. Senaman ni bagus untuk melegakan masalah sesak nafas dan heartburn yang selalu berlaku kat peringkat hujung-hujung kehamilan.


Bila dah sampai masa nak bersalin pulak, diajar kaedah pernafasan pendek-pendek ‘hu-hu-ha’. Sedut-sedut-hembus. Jangan kau beriya nak sedut-hembus nafas panjang-panjang pulak masa ni. Kesian kat baby susah nak keluar dari canal. Asyik keluar masuk je kang. Bayi boleh lemas, tahu. Don't play play.


antenatal 016

Posisi yang dicadangkan masa duduk, baring dan tidur.


antenatal 019

antenatal 021

Seterusnya, ada sesi demo memandi dan menyusukan bayi.


Tips paling utama pasal memandikan bayi, jangan sekali-kali sapu minyak atau ubat-ubatan lain selain yang doktor bekalkan untuk bersihkan tali pusat bayi. Dikhuatiri mudah dapat jangkitan. Satu lagi, pada peringkat awal, tak perlu guna bedak atau losyen sebab kulit bayi masih lagi disaluti oleh satu lapisan lembapan semulajadi untuk melindunginya. Selain tu, partikel halus kat bedak boleh dedahkan bayi kepada penyakit asthma.


Pasal penyusuan pulak, pastikan bayi disusukan sebaik je selamat dilahirkan. Setiap titis susu ibu yang pertama tu ada antibodi paling kuat dalam dunia dipanggil; kolostrum. Masa menyusukan, pastikan mulut baby merangkumi sebahagian besar bahagian aerola. Barulah tak sakit. Kalau puting sakit atau merekah, sapukan sikit dengan air susu badan dan biar kering sendiri.


Dan diingatkan, agar tak beri bayi cecair lain termasuklah air kosong di sepanjang 6 bulan pertama. Ye lah kan, air zaman sekarang bukannya bersih sangat. Selain untuk elakkan bayi keliru antara susu ibu dengan cecair lain.


Ada jugak slot pasal kesihatan dan perkembangan bayi.


Mitos pasal jaundice atau penyakit kuning yang biasa dialami oleh bayi baru lahir berpunca daripada tabiat pemakanan ibu adalah TIDAK BENAR sama sekali. Jaundice terjadik sebab perbezaan dan ketidak serasian antara darah ibu dan bayi. Contohnya, aku berdarah B+ tup tup lahir anak aku nanti, dia berdarah O+ ikut ayahnya. Maka, macam ada potensi lah nak kena jaundice. Bayi yang lahir kurang 37 minggu pun ada potensi nak kena sebab antibodi semulajadi dalam badan masih belum kuat.


So, memang takde kena mengena langsung dengan makan jeruk atau pakaikan anak baju warna kuning dan segala macam fitnah pasal jaundice yang kita biasa dengar tu.


room

Sesi lawatan ke setiap pelosok wad bersalin.


Labor room dia kira ok lah. Takdelah creepy macam yang aku bayangkan. Boleh lah nak bersalin dengan tenang. Oh, cakap pasal nak bersalin dengan tenang, aku macam heran gila kot si Kourtney Kardashian tu boleh rileks je masa beranak. Siap boleh tarik sendiri anak dia keluar tu. Aku tuduh dia ambik epidural aa.


Bila dah dengar ceramah pasal epidural, aku macam terhasut jugaklah nak ambik. Lagipun, pakar bius tu sendiri cakap yang epidural lebih selamat berbanding suntikan ubat tahan sakit yang orang biasa ambik tu. Suntikan tu akan bagi kesan kat baby sekali. Epidural tak. Kat Columbia Asia, sekali ambik RM800. Kalau sakit lama, tambah lagi, kau tambah la lagi 800 ye. Cfu beriya-iya racun aku suruh ambik. Dia sanggup bayar sebab dia tak sanggup nak tengok aku sakit. ewah.


Kemudahan dah ada, why not?

Entahlah. Pasal ni, belum decide lagi. hurm.


Kalau boleh, memang lah aku nak bersalin normal and make it as natural as it can be. Kalau boleh, tak nak pakai bius langsung. err, tu pun kalau aku ni ada kuasa Ultraman Taro lah kan. Namun, kita hanya merancang, Tuhan jugak yang maha menentukan.


antenatal 022

Kelas ditamatkan dengan fish & chips yang serius sedap. Mintak-mintaklah masa beranak kat sini nanti, aku dihidangkan dengan menu ni tiap-tiap hari. heh.


two

Teori dah khatam, amali pun sudah, tunggu masa nak apply je.

Can we survive?



HER : Highly recommended kat first time parent-to-be. Sekurang-kurangnya, dapat gambaran lebih jelas lah pasal segala macam jenis artikel yang kita dah baca kat buku mahupun internet.

15 comments:

  1. 800 ke sekali amek epi? more pricey dr kat An Nur Specialist, Bangi huhuh. baru berangan anak ke-2 nk g Columbia =p

    ReplyDelete
  2. oh, kak gha, tak sabar nak tengok baby nanti...

    ReplyDelete
  3. susah nk decide about epi ni...
    sbb first time xtau level sakit tu cmner vs tahap ketahanan diri dgn segala sakit itu

    (hehe teringat diri sdiri gatal nk mintak epi waktu dh 6cm...nurse sume kata xleh..smbil bg nasihat puan, sabar puan....puan xlama dah..puan,...)

    ReplyDelete
  4. Lama tak jumpa laki hang, sekali tgk tu dia tembam. Hehehe. Aku tak khatam g kelas kelas nak beranak nie. Tapi member aku ada suggest pasal epidural tak sangka plak 800 hengget. hahaha

    ReplyDelete
  5. mak aih..x sangka epidural skali amik 800 hengget...

    hahaha..ttb aku terPK..sape yg preggy ni wei? ko ke cfu? ahahaha..kim salam cfu :P

    ReplyDelete
  6. awk. saye pon mcm terpengaruh nak amik epidural tuh. tp ntah la. last2 saye ckp kt en wady, ape kata kali ni saye try normal, kalo sakit, lain kali saye amik epidural plak..die pon ckp, ok je.

    err...LAIN KALI?? hihih.. dah pikir utk anak ke-2 dan seterusnye okeh..lawak gile. :P

    ReplyDelete
  7. kpd yg x pernah amek epi. epi adlh ubat paling ajaib kite pernah jumpe. bygkn mase awal2 contraction punyelah mengerang dok aduhh...aduh...saket. masok epi, 15 minutes later blh tido dgn senyuman =) seriyus x tipu oke! hihi..

    klu xde epi, xtolah whether i can survived almost 15 hours in the labour room..ngeee =B

    ohh..ape2 pn masa btl2 dh tiba masa utk anda pussshhh, sakit itu tetap ada. rasalah sengal2 yg maha hebat kt urat peha & perut yg menggelodak. klu xde rasa pape, camno pulak nk push. ye tak? =p for me xpelah RM melayang, yg pnting tak serik & rasa suka nk bersalin lagi..=D

    ReplyDelete
  8. nnt xeea beranak ngn dr ju ek?hehehe dlu kalo g umah die kompem disajikan ngn video2 beranak ni..tp yg ceaser jer la..umah xeea dekat jer ke ngn columbia tu?akak br last 2 weeks g umah dr ju..dr ju ni mmg moden...jgn harap die nk percaya sngt ngn pantang2 org tua ni..kekekeke

    ReplyDelete
  9. yey, minggu ni nak pegi kelas tuiesyen ini :)

    ReplyDelete
  10. husband awak muka penuh skrg. senang hati ye isteri dan anak dalam perut dah dekat dgn dia :)

    ReplyDelete
  11. insya Allah u'll surviv gdn jayanya. i nakhsut xyah epidural..insya Allah kalau u selalu baca selawat nabi yunu smcm tgh sakit2 tu, rs sakitnya x terasa sgt :)

    ReplyDelete
  12. mrs teppei :
    quite pricey eh? nak buat camane. dah ni lah hospital plg dekat dgn umah. kalo mampu bertahan, tak amek aa kot.

    munamuni :
    me too! :)

    aishah rahim :
    err.. rileks rileks. kalau gigil kuat sgt, susah pulak teran nanti. hee

    ryyhan :
    tu ah. tatau lagi camane rasa sakit tu, kan. mampu tahan ke tak. haih. tp kalo ikut saiz baby ni, mcm besar je. so, mcm dah ada feeling 50-50 nak amek epi. huu

    mrs nageb :
    sharing is caring :)

    momo :
    dia tak sampai hati tengok aku tembam sorang2. hee

    price epi ni, ikut hospital jugak. kalau kat columbia pun dah 800, kat sime darby nun, mau 2 kali ganda harganya. huu

    juju :
    tu ah. nak kena standby duit siap2.

    cfu dah lama dah preggy sebelum aku. due date je tak sampai2 lagi. huu

    misha :
    gila sistematik awk nye birth plan. siap dah ada for second one :p

    mrs teppei :
    wahhhh! testimoni awk ni mcm dah tambah lagi 10% kat saya nak amek epi. huu

    aziyana :
    insyaAllah nak deliver dgn Dr Ju aa nti. mmg hospital ni plg dekat dgn umah pun. Dr Ju mmg sempoi habis. selalu motivate takyah saiko kan diri dgn mcm2 pantang larang. huu

    hanie :
    yeay! belajar rajin2 taww

    hidd :
    'muka penuh'? hahaha cfu mesti stress baca komen2 kat entri ni. mau lps ni dia jogging pagi ptg siang malam :p

    yatie :
    amin. mudah2an. thnx for the advise :)

    ReplyDelete
  13. xeaa...nak tau cost kamu mase delivere kat sini sume bape??? tau dok?? monthly check up?

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.