Ke mana aku menghilang sepanjang minggu lepas?
Pergi memanjakan diri lah.
Cuba lari dari segala kekusutan masalah. Selain daripada masalah rambut kusut masai yang semakin hari semakin berminyak sama lah macam muka yang tambah berminyak sejak dua menjak ni. Silap hari bulan, boleh tadah, buat goreng pisang.
Nah, layankan.
Tahun Baru Cina di Hutan Lipur Gunung Ledang yang sesak barat dengan lautan manusia.
Baskin Robbin Ice Cream Fondue date kat The Gardens sempena mengidam sejak setahun yang lalu. Akhirnya.
Oh, sebelum terlupa.
Terima kasih atas respon yang memberangsangkan pada entri lepas. Aku hargai setiap pendapat dan buah fikiran. Semuanya relevan atas rasional masing-masing. Sekali lagi, terima kasih daun keladi.
Bukan mudah sebenarnya untuk aku buat keputusan yang akan beri impak paling besar dalam hidup. Ibaratnya, ditelan mati mak, diluah mati bapak. Selain takut apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran. Silap percaturan, diri sendiri yang akan bergelumang dengan rasa sesal. Lebih teruk lagi, tak pasal-pasal akan hidup berhutang sebab terikat dengan kontrak biasiswa kerajaan.
Mujurlah aku dikelilingi oleh orang-orang yang sangat supportive, understanding dan optimis macam kamu-kamu semua. Terasa diriku begitu berharga :p
Sebagai upah, aku hadiahkan satu berita baik.
Episod sindrom ‘Perkahwinan Jarak Jauh’ yang aku dan Cfu alami, dan telah kamu ikuti selama ini, akan ditamatkan tidak berapa lama lagi. Insya’Allah.
Not too soon.
HER : My Cfu sayang, here I come :)