Tuesday, August 18, 2009

ASAP : Tolong Saya.

induksi 003

Perkara wajib bagi para penjawat awam.

err.. tulisan “Breakfast : 7-8 am” tu ditulis dalam keadaan separa sedar. Punya la takut terlepas makan buffet free :p


Salah satu slot wajib dalam kursus ni, adalah sesi pengucapan awam atau bahasa jawanya public speaking. Giliran aku mungkin lusa. Masa yang diperuntukkan hanyalah 5 minit tiap seorang. Tajuk pulak bebas suka hati.


Aku macam buntu.

Idea ilek pochik.


Mohon jasa baik kamu tolong cadangkan topik-topik yang sesuai untuk disampaikan dalam masa 5 minit tu. Kalau boleh, satu topik ringkas, mudah difahami dan yang paling penting, best untuk didengar.


Tolong eh.

Tengkiu. Ai lev yu :)


HER : Topik berkaitan politik, 18sx ataupun hal-hal yang menyentuh sensitiviti kaum is a BIG no-no, ok.

13 comments:

  1. apa kata ko bagi talk pasal blog...

    ni tajuk2 yg dh diperdengarkan di kumpulan aku...

    1. air
    2. menyusukan anak
    3. penjimatan minyak
    4. apa ada pada nama
    5. 5 bulan sebagai pensyarah
    6. ragut
    7. muzik, movie dan provokasi
    8. kesan iklan
    9. hutang
    10. Berkayak keliling langkawi
    11. belajar bahasa sabah

    ReplyDelete
  2. cari topik yg ziha ada kepakaran (content expert) lg senang...tak semestinya heavy bcoz light should be ok as long u can catch audience's interests ;-)

    ReplyDelete
  3. erm betul kata zul..masa time akak baru ni ade gak yg present pasal blog..cakap dalam style sempoi, mmg org akan bg perhatian..bnyk sbnrnya, ttg family xeea pun boleh, pasal adik xeea tu, yg mcm xeea tulis dlm blog..pasal topik2 dlm blog xeea ni bnyk blh dijadikan isu..janji ader info

    ReplyDelete
  4. ermm xeea suka dan expert tentang apa? cuba cari tajuk yg betoi2 xeea expert so lancar nanti bila kita present sesuatu topik itu bukan?

    topik kehebatan family xeea ke?

    tentang isu semasa yg melanda negara juga ok kan?

    atau yg simple mcm tentang kebolehan diri kita.

    anyway gud luck yeah :)

    ReplyDelete
  5. saya dulu kena cabut tajuk. saya rasa saya dapat pasal gejala rempit kot. walaupun 5 minit, tp rasa cam lama gila kot.

    ReplyDelete
  6. Harga mask yang meningkat sejak H1N1. Patutkah jadi item kawalan?

    ReplyDelete
  7. masa sya dulu..ada yg ajar tips n resepi memasak...sya dulu lg best bila cpat offer diri jd MC...lg senang dr kena public speaking..:-)

    ReplyDelete
  8. apa kata ceritakan tentang cabaran perkahwinan?

    penitian hidup sebelum menuju ke alam perkahwinan...sehingga ke jinjang pelamin dan diselitkan cabaran-cabaran perkahwinan yang wujud...

    sebab selalu baca entri pasal perkahwinan kau...hehe

    ReplyDelete
  9. errr...
    byk ni bole bagi ni, H1N1 kot :P!
    tp mesti dah ramai buat tajuk ni jgk hehe

    ReplyDelete
  10. camne xeea??
    seronok nya dapat kat kl..
    aku hari tuh dapat kat kedah..sedih..
    boleh lah kamu curi2 balik jumpa hubby..

    ReplyDelete
  11. zul :
    trimas, bro! u're the best, lah!

    suzie :
    great tips! tengkiu :)

    aziyana :
    pasal blog dah ada org citer la, kak. neway, idea pasal adik pun macam best laa.

    nurul :
    sy expert pasal makan je, awak. heee thanx neway!

    ungu violet :
    awal2 lagi dah ada org rezab topik tu, awak. huu

    hidd :
    tu lah. bila nak kena cakap spontan depan ramai orang, 5 minit tu dah mcam 5 jam :p

    momo :
    wah. ni dah macam tajuk debate la pulak. thanx neway. really appreciate it.

    mrs. Fawani :
    err. jadik MC takyah wat public speaking ke? kat sini ada duty roster jadik MC utk each slot. so, tade sape terlepas public speaking nih.

    pachilo :
    risau pulak tak dapat handle diri sendiri. tak pasal-pasal 'banjir'. thanx, neway :)

    kcynodia :
    segan pulak nak citer psl kawen. ye la, kawen pun baru setahun jagung je. hee thanx!

    hanie :
    hot topic nih. lepas ada yg ckp pasal H1N1, lepas tu ada pulak ckp pasal cara cuci tangan lah, nak cegah jangkitan la. huu

    miss dee :
    awat sedih? lagi cepat, lagi best apa.

    tu lah. ada hikmah aku tak jadik pi yg belah utara hari tu. DIA nak bagi rezeki bukak puasa dengan suami :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.