Monday, June 8, 2009

Jatuh Miskin.

Makin hari, blog ni semakin miskin dengan entri.


hoho 045

Mungkin sebab terkena tempias kurang kasih sayang suami jauh di mata dekat di hati yang sedang aku alami.


Serius.

Semacam miskin idea nak update tiap hari. Tak update kang, akaun nuffnang aku pulak yang jatuh miskin. Musnah lah cita-cita aku nak beli Wii guna duit tabungan nuffnang satu hari nanti. Gila jauh berangan. Padahal nak kumpul sepuluh ringgit sehari pun macam nak mati. Takpe takpe. Kan ke orang kata, semua perkara dan keajaiban bermula daripada satu angan-angan :p


Sindrom miskin idea ni bukan je kena masa nak update blog, malahan masa lain jugak. Contoh situasi : jumpa kawan-kawan lama masa pergi kenduri kahwin kawan sekolah. Balik-balik keluar soalan basi dan berciri selamat macam; kerja mana sekarang? duduk mana? dah berapa lama? kapel dengan siapa? bila nak kahwin? dah berisi ke belum? bila nak tambah sorang lagi? err.


Kalau kena kat kawan-kawan sekolah yang memang kenal rapat, yang pernah belajar sekelas, duduk sebilik, tidur sebantal, sepersatuan ke apa, bekas boifren ke (ehem) macam tak berapa jadik masalah sangat lah. Laju je mulut aku ni bercakap macam bertih jagung. Sampai kadang-kadang tesembur air liur pun tak perasan.


Yang jadik masalah, kalau jumpa kawan yang tak berapa nak rapat, kat sekolah dulu pun setakat hi hi bye bye je. Lagi parah, kawan tu dari zaman pakai baju sekolah, sampai lah dah layak bina sekolah, perangai masih tak berubah. Pendiam lagu tu jugak. Jenis yang tak reti nak mulakan perbualan.


Otak aku semacam terlanggar titik buta.

Tak tahu nak bukak topik apa.


Takkan nak bincang isu semasa kot. Cerita pasal pemanasan global, rasuah dalam politik dan stadium Sultan Mizan yang roboh. oh. Tiba-tiba teringat pulak pasal pusat akuatik Terengganu yang di bawah pemerhatian. Habislah aku punya kelas renang hujung minggu. Sia-sia lah bikini seksi yang dibelikan oleh suami. Mungkin sekadar untuk dipakai di bilik tidur sambil berenang kuak lentang atas lantai. eh eh. Kat mana kita tadi?


Kembali ke tajuk asal.


Kalau kamu, apa topik yang biasa kamu bualkan bersama kawan-kawan lama yang dah lama tak bertemu dan tak berapa rapat masa kat sekolah dulu?


Luaran, nampak je aku macam huha huha banyak mulut peramah sampai nyonya pulang dari pasar pun aku nak tegur beramah mesra. Dalaman, tuhan saja yang tahu. Nak putus urat saraf aku kerahkan agar terukir senyum dan ringan mulut supaya tak dilabel sebagai sombong.


Tapi, kalau dah fedap sangat, aku diam je.

Biarlah orang nak kata apa.



HER : Sometimes, I prefer to walk rather than talk.

7 comments:

  1. tu lah
    kadang2 kalau dah tak tau sgt nak cakap pe
    abis2 makan terus blah
    *tp nampak sgt kejam, mcm katak bwh tempurung je*

    alah, tak pun
    bukak je kesah2 zaman blaja dulu
    zaman memonteng kelas
    citer dia kantoi copy assignmnet senior

    ReplyDelete
  2. kalau saya macam2 benda bak diborakkan..entah2 ape2 cerita je kuar..hehe


    *saya pun miskin idea gak nak update blog :)

    ReplyDelete
  3. miskin idea ek...

    aku pon ader sintom tu jugak.. tu yg dulu tu, rehat panjang... no idea...

    kena amik cuti blogging kot...

    ReplyDelete
  4. haha..same la ngan aku.kalo jmpe member lame yg x rapat..mmg mati kutu la xtau nk borak ape..hoho..

    aku ngat lg,pnh skali tu time aku praktikal kat HTAA kuantan, aku tersempak ngan dak skolah menengah rendah..aku mmg kenal die..tp lupe name die..ahaha..so aku juz senyum je la.takut jugak tersalah org ke kan.hehe..pastu die dtg kat aku tnya aku skolah skali ke.aku ckp la aha.pastu bley plak die tny aku "ANAK DA BERAPA??"..mak aih...terkejut gile BABY aku.ahaha..x pnh2 org tny aku kawen ke blom ttb die tny aku anak da berapa? hampeh betul..da la time tu study pun x abih lg..bengang jugak la kan...hoho..x pnh pun terpk di pkran aku ni nak mulakan perckpan dgn tny org ANAK DA BERAPA..time tu gile SENSITIP aku..ye la..pakwe pun tarak lg..ahahha...

    aku mmg x jwb la soalan die..sbb kebetulan time tu kakak aku da dtg amik aku..ahahha..aku senyum je la...hohoho

    ReplyDelete
  5. saya selalu kalau ada apa2 event yg dgn sekolah pergi dgn klik sendiri je. yg bukan klik dgn saya, just tegur biasa2 je. tak pun senyum. at least dah bersedekahkan? :P

    ReplyDelete
  6. ingatkan jatuh miskin sbb ape la..
    huhu..mmg sgt menarik perhatian title entri kali ni..hehehe

    ReplyDelete
  7. dayu :
    nak bukak balik kisah zaman dulu pun tade idea. sbb tatau dia dulu kat skolah mcm mana. hahahaha

    ungu violet :
    awak kan mak orang. mak-mak mmg byk cerita. heeeee kan? kan? sume tgh jatuh miskin, tatau nak hapdet ape.

    zul :
    aku cuti blogging kang, duit nuffnang pulak jatuh miskin. ko pun ridu aku nanti. huuu

    cik oren :
    kalo aku, slambe aku tny dia balik "ko pulak, anak dah brape?" hahaha

    hidd :
    sy pun mmg carik klik2 je. tp kena jugak aa tegur yg lain2 tu, kang dorang kate ape pulak kan. tapi betullah, biasanya, senyum je. jalan selamat. heee

    kristy :
    gimik je tu, awak. mawar ape kabo?

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.