Friday, May 8, 2009

Pukal. Siri tiga.

Cuba teka, cuba teka, aku kat mana?


Kalau dah entri dimulakan dengan intonasi ceria, sah lah aku sedang kembali ke pangkuan suami peliharaan tercinta. Hirup udara dan menatap rumput nan menghijau di rumah sendiri, biarpun berhujan batu, tetap lebih baik daripada ditimpa hujan emas setiap hari di negeri orang.


Mengambil kesempatan atas mood serba gembira ni, mari kita buat entri berciri gembira jugak. Kalau hari lain, entri lebih dipengaruhi emosi, maka ia akan berciri sedih, rindu, pilu dan serba haru biru. Ayuh, mulakan hari ini dengan senyuman penuh rasa kecintaan! *Wah. Ayat pun nak berbunga-bunga bahagia. Kalau tak, manjang nak merengek meleleh air mata je*


*****

Aktiviti Satu.

Pernah dengar tak orang kata, nak lupakan kesedihan, belajarlah sibukkan diri. Maka, aku pun membawa diri ke tanah felcra di hujung Kuala Berang sana bergadai kereta bapa melanyak tahi lembu yang bersepah di merata-rata, untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat setempat. pergh. Gila terharu dengan kesanggupan diri sendiri. Lepas tu, balik rumah, sumpah menyesal tak nak pergi lagi.


hoho 016

Kecewa berhari-hari, aku tukar profesion daripada seorang pensyarah kepada guru tadika. Bawak anak murid pergi pertandingan mewarna.


hoho 011

Beratur. Beratur. Siapa tak beratur, cikgu tak bagi kaler percuma.


hoho 018

Dah penat jadik cikgu tadika, tukar profesion pulak jadik penjual nasik lemak kukus. "Mari, mari, mari, nasik lemak dua ringgit sebungkus!" Tengok lah, kemain berpusus-pusu pelanggan adik pengakap dan puteri Islam datang menyerang.


hoho 019

"Mari. Mari Mari.

Siapa ada abang hensem lagi wangi, akak bagi diskaun hebat lagi.

Mari. Mari. Mari."


hoho 025

ecehceh. Ada peminat misteri candid gambar ni.


hoho 026

Tengok. Candid lagi. Buat-buat sibuk sendiri.


hoho 027

eh eh. Pura-pura sedar ada orang tangkap gambar dari tadi. Buat mulut muncung sikit. Ngeri peminat misteri tadi terus cabut lari.


Selesai sudah sehari menjadik guru tadika dan penjual nasik lemak. Sempat jugak belajar perkataan 'paghok' adalah teruk dan 'jeghong' adalah jagung daripada makcik dan pakcik Kuala Berang. Terima kasih sebab tolong tambah vocab dalam kamus terjemahan Melayu-Terengganu aku. Oh, terima kasih jugak atas ole-ole yang 'melekat dengan kuat kat tayar kereta' untuk dibawa pulang. Tak pasal-pasal, bapa mertua terpaksa menyalin seluar pendek dengan segera tolong cuci kereta. Ya. Saya memang bertuah.


Lepas ni, aku nak try jadik pengacara jemputan Nona pulak.

Sila AFundi xeea dan hantar ke 6575.


*****

Aktiviti Dua.

Siapa kata kalau takde shopping complex dan panggung wayang, ditambah pulak tanpa suami di sisi, maka aku akan ditemui mati kebosanan? Nyaris lah, tapi belum lagi. Bersempena dengan tanggungjawab sosial kolej komuniti yang sentiasa menyediakan kursus kemahiran untuk komuniti setempat, aku pun ambik kesempatan untuk turut serta. Antaranya, kursus berenang dan bersolek.


hoho 030

Kemain semangat yang sorang mencalit, sorang lagi mengexplain. Aku pulak sibuk mengsnap.

hoho 003

Dah puas mencalit, sarung bikini pergi menyelam pulak.


hoho 007

Saiz olimpik, kau!

Amacam K Suzie, ada berani nak bertanding kuak lentang? :p


Berminat?
Hubungi kolej komuniti terdekat di kawasan tempat tinggal kamu. Semua kursus bawah anjuran kolej komuniti ni terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Tua, muda, belia, makcik, pakcik semua pun boleh. Macam-macam kursus ada. Bayaran pun sangat berpatutan. Mana kamu nak dapat bayar RM 20 maksimum, untuk dapatkan ilmu dan kemahiran yang harganya boleh cecah sampai 2, 3 ratus kat luar sana.


err.. kolej komuniti patut bayar komisen pasal beriya-iya aku promosi kat sini.


*****

Aktiviti Tiga.

Dah nama pun sedang cuba mensibukkan diri, sambil-sambil tu sibukkan perut jugak dengan memenuhi undangan perkahwinan saudara-mara, rakan-rakan serta bloggers kat sini. Maka dengan ini, aku lantik diri sendiri selaku duta ke negeri Darul Iman ini. Pergi melawat kawasan dengan menghadiri kenduri kahwin sana-sini. Sekurang-kurangnya, terisi jugak masa yang selalu dipenuhi dengan dating membeli-belah dan menonton wayang. Memang patut dicalonkan sebagai ketua wanita UMNO 5 tahun lagi.


hoho 008

Tahniah Kak Huda dan suami.

Pertama kali pergi kenduri yang hanya sediakan kerusi untuk jamuan makan. Rupa-rupanya, Cfu kata, kat sini memang dah biasa macam tu. Tapi, aku buat muka tembok besar China usung Cfu sekali pergi duduk makan kat meja beradap.


*****

Aktiviti Empat.

Setiap petang, kepulangan aku mesti disambut oleh kucing bernama Toyol yang tak jemu-jemu menggigit ibu jari kaki perempuan jelita. Setiap petang jugak, masa dihabiskan dengan buat taik mata. Paling tidak pun, duduk menghadap TV tengok game show Roda Impian, bertanding dengan Mak mertua. Siap kira berapa kali aku menang, berapa kali Mak mertua kalah. Kalau dia kalah, dia kena masak. Aku kalah, aku kena makan semua makanan sampai habis. Adil, bukan?


hoho 031

Balik dari kerja semalam, jumpa nota ni kat pintu bilik. Bukankah Mak mertua saya terlalu comel? Nak suruh makan ikan celup tepung pun siap buat nota tampal kat pintu bilik. Padahal boleh je telefon atau sms. Siap diakhiri dengan, "Love U- Mok". Comel betul. Mak siapa lah nih. Mesti menantu dia pun sangat comel :p


Sekian.

Pecah kaca, pecah gelas.

Sudah baca, harap balas.


HER : Ikan kesayangan yang ditinggalkan atas jagaan suami peliharaan ditemui mati akibat kebuluran dan kekurangan kasih sayang. grrrrr.

18 comments:

  1. kah kah ;) serius comel mak mentua akak. siap menekankan nahu Mok di situ ;D

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. giler sporting mok mertue..kui2..besh2..bersyukur la wahai xeea..eh akak nk mintk alamat nk hntr kad ni

    ReplyDelete
  4. bestnye mak mertua die.. siap buat note lagik.. :)

    ReplyDelete
  5. seksi dowh swmg suit tu *jeles* psl nak jgk tp hubby sure bebel kalo design itu mcm hehh!

    ReplyDelete
  6. kenduri hanya di sediakan kerusi...

    ohww saya penah alaminya dulu..di KT juga..

    ReplyDelete
  7. pergghh..

    aku tekan tekan...failed...

    camner aku nak afundi ko ni..haha

    huda dah kawen dah..congratez...

    ReplyDelete
  8. anon kkkt ingin mengomen...

    the promotion photos, i like!!
    jadik bukti yg korang betul2 pegi pameran kerjaya, bukan "melarikan diri" daripada kena audit di kolej!!
    muahahaha...
    jgn surrender dlu tau...i heard that u will b in the promotion group activities!!
    best of luck my dear...hihihih...

    ReplyDelete
  9. hehehe..giler brutal Mak Cfu..jeles aku do dpt mak mertua yg best...ehehe

    ReplyDelete
  10. xeea!
    comel mok ittew. ya allah, kalau la mil sy pun cam tuh, bahagianya...

    :D

    ReplyDelete
  11. EHEM ehem pasal ikan tu dah bagi makanan ok. nak harap kan suami peliharaan tu lagi la tak bleh harap. at least saya telah berusaha mencari makanan die yang tersorok kat bawah laci! peace!

    ReplyDelete
  12. bestnya kehidupan dia
    walau takde suami disisi..ada mak mertua yg begitu
    tenang je rasa jiwa
    sgt berharap dpt ibu mertua yg begitu juga
    baru aman dunia

    ReplyDelete
  13. kah kah kah....kelakaw :D Bawok sini nasi lemak satu :P

    ReplyDelete
  14. sangat bahagia klu tiap2 hari dpt note camtu dr mak mertua..
    siap Love U gitu..

    nak juge.. :p

    ReplyDelete
  15. soraya :
    haha memula dulu, kekok gile nak address dia as Mok. Macam gemok pulak :p

    aziyana :
    email je feexeea[at]yahoo.com tetap diterima.

    ungu violet :
    menantu dia lagi comel! :p

    ieja :
    gitulah mak pencen takde keja. hee

    suzie :
    tu belum tengok lagi yang pesen skirt bare back. lagi sexy u. auww~

    hidden stories :
    aneh, kan? tak reti betul nak makan menatang pinggan. takpelah, lama2 nti, biasalah kot, sbb dah jadik org sini.

    hussaini :
    eleh. kredit ko habis kot. kedekut :p

    anon :
    sudah la. aku tau dah ko sape :p

    promotion, huh? not really like it. jadik lagi tak suka bila org paksa2, siap keluarkan statement yg buat saya rasa tak selesa. hurm.

    cik oren :
    takyah jeles. jap lagi ko pun nak dapat mak mertua.

    mrs syediz :
    setiap org ada bahagian masing-masing :)

    leena :
    haha dah sampai ajal dia agaknya. mknn seguni pun tak boleh nak tolong.

    dayu :
    heipp. zaman sekarnag mane ade lagi mak mentua dera menantu. semoga bakal mak mentua kamu pun menyumbang ke arah keamanan dunia :p

    hanie :
    tak kelakar sebenarnya situasi tu, awak. saje je jadikkan nampak macam ceria. tak nak kamu semua bermuram durja je tiap kali baca entri sy. hee

    hariza :
    bukan setakat note je, tau. tiap kali lepas telefon pun sama. huu

    ReplyDelete
  16. dah mula rasa seronok disana ke awak? :)

    ReplyDelete
  17. hidd,

    boleh tahanlah. tapi tak seseronok di samping suami :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.