Jom kite sambung entri sebulan yang lepas! hahahahahaha
Kat Swiss Garden Damai Laut ni ada sediakan shuttle van untuk ke private jetty Swiss Garden-Pangkor. So, alang-alang dah sampai sini, memang terus ke kami decide nak masuk Pulau Pangkor. First time pulak tu nak jejak Pangkor. Memang excited wehhhh!
Tak payah susah-susah, cuma booked kat information counter kat lobby, RM 30++ dewasa dan RM 20 kanak-kanak. Lepas tu, tunggu je van datang ambik. Kejap je dah sampai jeti, kat sana ada speed boat yang akan terus bawak pergi seberang pulau. Boleh kawtim dengan driver bot tu nak suruh dia datang ambik pukul berapa. Ada dua trip antara 11.30 pagi ke 2.30 petang camtu. Flexible like that.
Alfiy bersama awek Korea.
Mama bersama Aisya yang selalu dianggap sebagai anak Korea (-_-“)
Sampai-sampai kat Pangkor, bersepah hah tourist guide menunggu. Pilih la mengikut kadar bajet masing-masing. Nak naik teksi pink ni pun boleh. Memandangkan Pangkor ni tak besar mana, ala-ala Langkawi jugak, kami pilih kereta sewa je lah. Bayar RM 50 kot, dapat la sebijik Wira. Tuang minyak lebih kurang RM 15, pusing-pusing la satu pulau tu ikut suka. Takkan sesat punya.
Sambil pusing-pusing mencarik aktiviti, kami terus tuju ke Pantai Teluk Nipah seperti yang di recommend oleh towkey kereta sewa. Abang Beach Boy ni offer pakej RM 50 untuk island hopping. Muraaaaahhhh kot. Kami pun terus setuju je lah. Memang tak kuasa pun nak survey dah. Paham-paham je lah berjalan dengan anak kecik ni, kan. Mana boleh nak lama-lama sangat kat satu tempat.
Okay, masa island hopping ni aku memang ada mabuk laut sikit. Sebab bot ni berhenti dari satu pulau ke pulau yang lain, lepas tu dok huyung-hayang. Nak layankan Alfiy bagi ikan makan roti lagi. Serius aku pening.
Singgah kejap kat Gim Island. Perasan hipster sikit bila lepak-lepak minum kat gerai ni. Towkey kedai ni pun pandai siap pasang lagu Bob Marley. Memang feeling orang pulau habis. Suasana kat sini boleh tahan cantik, ala-ala dalam filem Duyung tu. Cuma, masa kami sampai ni betul-betul matahari tegak kat kepala. Takde makna lah aku nak lepak tepi pantai lama-lama.
Balik island hopping, Alfiy beriya nak naik jet ski. Terpaksalah Papa gayat gagah perkasa dia tu naik sekali. Lama jugak dekat 10 round aku tunggu diorang pusing tak siap-siap. Itupun Alfiy komplen Papa bawak slow sangat. Amboi.
Sambil menunggu, Mama dan Aisya naik buaian kat bawah pokok tepi pantai. Alhamdulillah, cuaca elok sepanjang 2 hari kami kat sini. Angin sepoi-sepoi. Nyamannnn je rasa.
Kat pulau ni jugak ada la gerai makan tepi jalan, chalet dan kedai-kedai yang jual hasil makanan laut. Boleh laaa buat alas perut dan kudap-kudap sambil layan tengok sunset.
* Mommy’s Tips *
-
Macam biasa, sun block sun block sun block!
-
Kalau rajin, boleh survey semua pakej island hopping yang ada kat sepanjang pantai. Pantai kat pulau ni je pun ada banyak. Teluk Nipah, Teluk Dalam, Teluk Batik dan macam-macam teluk lagi lah.
-
Kebanyakan penginapan kat pulau adalah berupa chalet. Sesuai lah kalau jenis melancong ala backpackers. Kalau yang jenis hangkut barang penuh bonet macam aku, baik lupakan aje lah. Baik duduk hotel kat seberang nun.
-
Kalau pasang niat nak shopping buah tangan, on the way balik nanti, singgah Bandar Lumut. Situ laaaaagiiiii banyak pilihan dengan harga yang jauuuuuuh lagi murah berbanding kat pulau. So, bila kat pulau ni, habiskan masa dengan aktiviti pantai je lah. Takyah nak berbondong-bondong bawak plastik shopping naik bot.
HER : Hujung tahun dah ni. Nak melancong mana pula ye?