Monday, May 19, 2014

Does Your Man Notice?

image

Does Your Man Notice?

This video was *surprisingly* based on TRUE experience.

 

Sebelum kahwin? Yes.

Jerawat nasik berapa ketul kat muka kite pun dia boleh hafal.

 

Selepas kawin? errr.. err..

Jerawat batu tertonggok kat batang hidung pun belum tentu dia perasan.

 

Serious. Tak tau lah kebetulan ke apa, beberapa minggu lepas memang aku ada emo pasal benda ni. heh. Biasalah mak-mak. Masak karipap hangus pun boleh jadik emo. Ini pulak bila kes suami tak ‘perasan’ kite, kan.

 

Kisah nya macam ni.

 

Aku mula pakai contact lens sejak zaman belajar kat universiti. Semua jenis aku dah cuba. Yang plain, berwarna, belang-belang ke, semua dah merasa pakai. Zaman remaja dulu selalu jugak gedik tukar macam-macam kaler contact lens. Bila dah menginjak dewasa (?) aku pakai contact lens kaler brown semata. Lebih 5 tahun kot. Sampai la satu hari tu, buang tebiat ke apa, tiba-tiba tukar pakai contact lens kaler lain. Dasar krisis umur nak masuk 30–an lah ni, kot.

 

First day pakai, terkelip-kelip aku kat depan Cfu dengan harapan dia akan tegur.

Hampa.

 

Hari ke-2. Kelip-kelip lagi sambil tenung je muka dia kot-kot dia perasan kan.

Dia boleh buat dunnnooo je, weh.

 

Hari ke-3 dan seterusnya, masih takde respon memberangsangkan.

Aku buat lap dance pun belum tentu dia perasan.

 

Elok seminggu pakai contact lens kaler lain ni, Cfu masih tak perasan, aku pun mulalah bukak mulut nak meluah perasaan terpendam.

 

“Notice anything different? Tak perasan apa-apa ke?” Sambil terkelip-kelip mata berkaca-kaca.

 

“Huh? Apa? Takde pape pun?” Jawab Cfu acuh tak acuh.

 

Fineeeeee. Mulahlah mulut panjang sedepa.

 

“Apa diaaa? Cakaplah.” Cfu ala-ala nak pujuk lah konon.

 

“Tengok lah betul-betul. Tak nampak ke?” Aku tadah muka betul-betul depan muka dia.

 

“Takkkk… “

 

Sudahnya, Alfiy pulak yang perasan. “eiiii… eyes Mama color Purple!!!”

 

*Mama tengah nangis sebanyak satu sungai*

 

selfielakibini

“Men are notoriously bad at picking up on small details. It’s not because we don’t care, it’s because we’re not paying attention to what’s going on.” – (15 Things Men Never Notice about Women, Cosmopolitan)

 

 

HER : Marking our 11 years relationship soon.

7 comments:

  1. Wah wah! Dah nak 11 tahun. Congratsss. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Sure time flies. Tu tap tup tap nak masuk 11 tahun kami kenal each other.

      Thanks neway!

      Delete
  2. selalu llki memang mcm ni lah... sampaikan baju kita pon die tak kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnnnnn. Penat kite melawo merelip-merelap untuk dia, dia boleh tak perasannn

      Delete
  3. hahahahahhahahahaha......* nangis sebab sama jugak*


    YAYA
    bonda Auf
    (malas nak log in) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak sentap, ok. Terus lepas tu tak pakai contact lens. Sarung spek mata bingkai tebal pergi kuar dating. Mogok la konon. huuuu

      Delete
  4. Salam perkenalan...jemput lawat blog saya http://alamwellness.blogspot.com. Tq

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.