Thursday, May 22, 2014

Nuffnang for Dummies #02 : Iklan Tuala Wanita.

image

Alhamdulillah, murah rezeki bulan ni. Banyak jugak CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns yang Nuffnang sudi nak bagi.

 

So, kepada bloggers yang baru nak berjinak-jinak dengan Nuffnang, boleh target nak dapat iklan jenis CPUV ni banyak-banyak ye, sebab boleh tahan jugak earning nya. Siap ada CTR Bonus lagi.

 

Macam mana nak dapat duit dari Nuffnang?

 

Letih akak nak menjawab tiap hari dik, oi. Nah, cuba bukak balik entri pasal tips yang pernah diberi suatu ketika dahulu (Baca : Nuffnang for Dummies #01 : How to Get Earning)

 

image

Salah satu iklan CPUV bulan ni adalah promosi tuala wanita.

 

Nak dijadikkan cerita, sewaktu mengajar Kelas Asas Blog untuk Persatuan Warga Emas tempoh hari, aku pun tunjuklah blog Xeatopia sebagai sample bila masuk topik ‘Pengiklanan dalam Blog’. Elok pulak masa aku bukak blog ni, tu hah, terpampang kemain besar iklan tuala wanita. Dan-dan tu lah ada seorang warga emas (pangkat pakcik atau atuk-atuk kita dah) tersentak dan terus cakap,

 

“laaa.. cikgu ni sambil-sambil mengajar, meniaga tuala wanita rupanyaaa !!!”

 

*krikkk krikkk krikkk*

 

 

HER : Siapa pergi Kilang Mamee Monster hujung bulan Mei ni? Angkat tangan please.

Monday, May 19, 2014

Does Your Man Notice?

image

Does Your Man Notice?

This video was *surprisingly* based on TRUE experience.

 

Sebelum kahwin? Yes.

Jerawat nasik berapa ketul kat muka kite pun dia boleh hafal.

 

Selepas kawin? errr.. err..

Jerawat batu tertonggok kat batang hidung pun belum tentu dia perasan.

 

Serious. Tak tau lah kebetulan ke apa, beberapa minggu lepas memang aku ada emo pasal benda ni. heh. Biasalah mak-mak. Masak karipap hangus pun boleh jadik emo. Ini pulak bila kes suami tak ‘perasan’ kite, kan.

 

Kisah nya macam ni.

 

Aku mula pakai contact lens sejak zaman belajar kat universiti. Semua jenis aku dah cuba. Yang plain, berwarna, belang-belang ke, semua dah merasa pakai. Zaman remaja dulu selalu jugak gedik tukar macam-macam kaler contact lens. Bila dah menginjak dewasa (?) aku pakai contact lens kaler brown semata. Lebih 5 tahun kot. Sampai la satu hari tu, buang tebiat ke apa, tiba-tiba tukar pakai contact lens kaler lain. Dasar krisis umur nak masuk 30–an lah ni, kot.

 

First day pakai, terkelip-kelip aku kat depan Cfu dengan harapan dia akan tegur.

Hampa.

 

Hari ke-2. Kelip-kelip lagi sambil tenung je muka dia kot-kot dia perasan kan.

Dia boleh buat dunnnooo je, weh.

 

Hari ke-3 dan seterusnya, masih takde respon memberangsangkan.

Aku buat lap dance pun belum tentu dia perasan.

 

Elok seminggu pakai contact lens kaler lain ni, Cfu masih tak perasan, aku pun mulalah bukak mulut nak meluah perasaan terpendam.

 

“Notice anything different? Tak perasan apa-apa ke?” Sambil terkelip-kelip mata berkaca-kaca.

 

“Huh? Apa? Takde pape pun?” Jawab Cfu acuh tak acuh.

 

Fineeeeee. Mulahlah mulut panjang sedepa.

 

“Apa diaaa? Cakaplah.” Cfu ala-ala nak pujuk lah konon.

 

“Tengok lah betul-betul. Tak nampak ke?” Aku tadah muka betul-betul depan muka dia.

 

“Takkkk… “

 

Sudahnya, Alfiy pulak yang perasan. “eiiii… eyes Mama color Purple!!!”

 

*Mama tengah nangis sebanyak satu sungai*

 

selfielakibini

“Men are notoriously bad at picking up on small details. It’s not because we don’t care, it’s because we’re not paying attention to what’s going on.” – (15 Things Men Never Notice about Women, Cosmopolitan)

 

 

HER : Marking our 11 years relationship soon.

Wednesday, May 14, 2014

A Day Trip to The Little Big Club.

err.. ni salah satu daripada deretan backdated entries.

 

Elok je habis berpantang 44 hari tu, aku pun menggeletis lah nak keluar berjalan. Lepas tu gedik takanak jalan dekat-dekat, nunnnn terus pergi JB. Alang-alang dah kat Johor ni, kan. Dekat sikit. So off we went to Puteri Harbour Family Theme Park kat Nusajaya.

 

“Rumah Thomas!”, kata Alfiy.

 

P1070816

P1070812

P1070814

Kalau berura-ura nak pergi masa cuti hujung minggu, dinasihatkan supaya bayar entrance fees siap-siap kat Website Playtime Nusajaya ni. Flat rate untuk setiap theme park bagi adults/kids (above 3 years) dengan MyKad adalah RM 55 per pax. Sampai-sampai terus check in kat Information counter ni. Jimat masa tak payah nak queue up kat kaunter tiket.

 

P1070821

 Puteri Harbour Family Theme Park ni ada 2 theme park. Satu The Little Big Club, dan satu Lagi Sanrio Hello Kitty Town. Memandangkan tujuan utama datang ke sini adalah untuk menggembirakan Alfiy & as reward sebab well behave selama temankan Mama duduk berpantang kat kampung, maka kami decided untuk ke Little Big Club je. Esok Aisya dah besar sikit, baru berbaloi nak visit Hello Kitty Town.

 

P1070823P1070824

The Little Big Club entrance di tingkat 2 dan 3. Dalam ni semua adaptasi kartun Barney, Bob the Builder, Angelina Ballerina dan Thomas & Friends. Alfiy dah mula tak keruan bila sampai sini. Sorgaaaaaa, katanya.

 

P1070835

Tengok lah kemain galak anak bujang Mak menari. Masa ni tengah tengok show Barney nyanyi signature song dia I Love You, You Love Me tu. Most of the kids memang enjoy la aku tengok. So, make sure masa masuk tadi, dah dapatkan jadual showtime dan meet & greet session siap-siap. Nak kena alert la show tu mula pukul berapa, buat kat mana.

 

P1070845

P1070846

P1070848

Alfiy in disbelief mode bila jumpa Bob The Builder kat depan mata. Excited betul dia! Padahal selama ni dia kemain takut kalau jumpa maskot. Kat area ni, tahap keterujaan Alfiy memang tak mampu dibendung lagi. Berdesupppp hilang. It was like a big playground!

 

P1070870

The Fat Controller! Show yang ni a bit boring. Kalau dia perform lagu-lagu yang popular kat Thomas & Friends series mesti lagi best sebab the kids can sing along. Lepas tu, Thomas je yang ada pun. Alfiy punya tertunggu-tunggu kot-kot ‘the friends’ akan keluar jugak macam Percy, James, Henry, Gordon semua tu laaa.

 

P1070865P1070913

Tingkat atas ni, fully dedicated untuk Thomas & Friends. Alfiy terus fefeeling masuk dalam dunia kartun favorite dia tu. Terkinja-kinja suka bukan main nampak semua characters live depan mata dia. Siap meraung taknak balik, okeh (-_-“)

 

P1070892P1070903

Naik keretapi Thomas ni dah tawaf berapa kali ntah. Dan, semestinya dia nak duduk kat dalam Thomas depan nun. Biarlah Makpaknya duduk belakang ni, hah. Haram dia tak kisah.

 

P1070877P1070924

Kat tingkat ni jugak ada la tempat lepak-lepak untuk parents melepas lelah. Tapi dah nama pun tempat budak-budak, ceruk mana pun diorang je lah yang conquer semua tempat. Ada jugak stall dan cafe yang jual snack takat buat alas perut. Kalau carik nasik kandar, memang tak ada lah. Tapi kan, tak tahu lah apasal aku rasa hotdog ni sedap gila masa tu. Lapar sangat gamaknya, kot.

 

P1070909P1070922P1070883

Alfiy memang enjoy most of the rides kat sini. Kecuali bumper trains ke hapa ntah namanya. Ala-ala bumper cars la. Tak lepas minimum height requirement. Ucu Nani dia je lah yang galak main. Kesian Alfiy. Dah lah kat situ dia paling excited sebab ada semua characters kawan-kawan Thomas.

 

P1070914

Dalam banyak-banyak rides, semua Cfu yang teman naik. Kecuali yang ni sebab dia kan ratu gayat. Terpaksalah aku yang kemain ayu pakai skirt kembang hari tu temankan Alfiy *dah kata baru lepas pantang, kan. Still in mode pakai kain* Nak dijadikkan cerita, terjerit-jerit aku tiap kali ‘terjun’ ke bawah. Bukan sebab takut tapi sebab skirt kembang aku tu habis ‘mengembang’ ditiup angin. Kau bayangkan je lah macam payung terjun terbukak masa terjun tu kan, haaaa gitu lah rupa skirt aku masa tu. Mau aku tak menjerit kemalu-maluan sambil kepit-kepit kaki hoiii. Si Cfu dengan lahapnya ketawa berdekah-dekah kat bawah. Siap rakam video nak dijadikkan bahan kemudian hari T____T

 

P1070929P1070939P1070940

Lepas puas berperang dengan Alfiy nak ‘heret’ dia balik, baru lah kami singgah dan jengah-jengah kat kawasan Pingu dan Angelina Ballerina. Alfiy memang bo-layan kan aje sebab dia tak minat pun. Dia nak berumahtangga kat tingkat atas tadi je. Pulun main 7 hari 7 malam pun dia gagah, kot.

 

P1070938

Sebelum balik, singgah tapaw souvenir. Harga still affordable laa nak compare dengan souvenirs kat Legoland (Read : Mengembara ke Alam Lego). Dapat lah belikan Alfiy dan Adik Nani tshirt sorang sepasang.

 

PPH9BE7B90086-pre-

Gambar ni jadik fridge magnet. RM 30 dapat dua. Cuma kualiti gambar agak kureng laaa. Original picture has been photobombeb by a makcik yang duduk lepak-lepak kat sebelah tu. Kot iye pun kau crop la sikit, kan. Bukan susah pun. Ni tak, dengan gambar makcik-makcik tu sekali masuk dalam frame jadik fridge magnet. Buat kerja asal boleh je, kan. hmpftttt

 

** Mama’s Tips **

  1. Puteri Harbour Family Theme Park ni duduknya kat dalam bangunan dan berhawa dingin. Tak perlu risau nak bawak payung ke baju hujan segala.
  2. Macam biasa, ‘seludup’ makanan yang boleh dibawak masuk dalam handbag. Snacks untuk alas perut lah. Biasalah makan dalam theme park kamu sedia maklum harga nya macam mana. 
  3. Kalau bawak baby dan breastfeeding, sila bawak perkakasan lengkap. Kat sini takde proper baby room. Ada tempat salin diapers je kat dalam toilet. Not-so-baby friendly lah.
  4. Digalakkan bawak anak dalam usia 3-6 tahun. Dan, yang paling penting, anak-anak kenal lah dengan karakter kartun dalam ni. Barulah seronok tengok diorang excited. Kalau tak, reaksi diorang ala-la suam kuku je sebab tak kenal, kan.   
  5. Datang masa cuti hujung minggu atau public holiday, sila lah sampai awal. Kami sampai elok je pukul 10 pagi, memang lengang lagi. Nak main pun tak payah beratur. Boleh repeat banyak kali. Masuk tengahari, berduyun orang datang. Terus sesak barat. Tak berapa syok aa.

 

My verdict?

Selain daripada insiden skirt ‘payung terjun’ dan fridge magnet yang di photobombed, I have no serious issue here. Boleh la masuk dalam senarai tempat wajib dilawati bagi parents yang punya anak lebih kurang baya Alfiy. Kalau jenis kemaruk Thomas & Friends atau kawan2 kartun lain yang ada kat sini, lagi lah di recommend untuk datang sebab takde kat tempat lain. Mungkin ada yang kata macam tak berbaloi, tapi pada aku, perasaan bila tengok anak happy adalah priceless. Masa ni je lah pun nak gembirakan diorang. Bila dah besar nanti, dia pun dah tak layan kartun-kartun ni semua, so dah macam pointless lah pulak nak bawak datang sini, kan.

 

Learn to live in the moment; enjoy the present, omputih kata.

Anak-anak kita tak selamanya kecik. Sekarang ni pun, Alfiy dah mula suka robot Transformers, Avengers dan Hot Wheels. Zaman Thomas & Friends dia dah hampir berlalu. Mujurlah sempat bawak datang sini. ehhh.. touching pulak ending entry ni. heh.  

 

 

HER : Cfu kata, tahun ni adalah Tahun Melawat Malaysia.