Wednesday, April 16, 2014

Aisya Hannah; 6 Bulan.

20140413_182831

Aisya Hannah,

 

Ikut tradisi macam Abang Alfiy dulu, cecah milestone 6 bulan ni, Mama akan buat satu entri khas cerita pasal perkembangan anak Mama. Maaf sebab Mama tak mampu nak cerita setiap hari, setiap bulan, tapi percayalah yang Mama sentiasa meraikan setiap perkembangan diri anak-anak Mama dengan cara Mama sendiri. I am very proud of you two.

 

Mama akui, membesarkan Aisya adalah sangat sempoi. Terima kasih Allah sebab anugerahkan Aisya yang sangat mudah diurus. Tidak banyak ragam. Mungkin jugak sebab dah ada pengalaman dengan Abang Alfiy kot. Mama dah pandai adjust sikit-sikit. Dulu, Mama adalah sangat skema dan paranoid. Itu tak boleh, ini tak boleh, apa pun tak boleh :p Tapi, itu tak bermaksud Mama dah tak berapa kisah, tak ambik peduli. Mama masih sama macam dulu. Sayang Aisya sama macam Mama sayang Abang Alfiy. Cuma dah kurang rigid dan gelabah ayam lah. heh.

 

Aisya yang Mama kenali selama 6 bulan ni, is such a happy baby! Bangun tidur, mesti terus senyum. Jarang sekali nak menangis. Tak macam Abang Alfiy masa baby. Bangun tidur, belum celik mata, mulut dah meraung dulu. Betul lah kot kata orang tua-tua, emosi ibu sewaktu mengandung akan mempengaruhi emosi bayi (Read : A Happy Entry)

 

Aisya dah pandai apa eh?

 

Masuk 3 bulan, pandai meniarap. Dalam tidur pun asyik la berguling. Cecah 4 bulan, dah push up nak merangkak. Elok 5 bulan, Aisya dah merangkak dan duduk dengan sendiri. Sedar-sedar je mama jumpa dah merangkak sampai bawah kerusi, bawah meja. uiiiiii... boleh tahan lasak sama macam Abang Alfiy. Terus susut pipi tembun dia tu. haih.

 

Alhamdulillah, sampai ke saat ini, masih ada rezeki Aisya menyusu badan sepenuhnya. Sekarang ni, baru rasa berbaloi betul investment Papa belikan Mama Medela Freestyle dulu. Lenjan habis. Tapi, stok susu takde lah semeriah dulu sebab Aisya minum pun tak banyak. Penangan anak perempuan, kot. Setakat buat bekal pergi skool setiap hari, kira lepas lah. Jangan Mama kena outstation jauh-jauh dah lah.

 

Perkara paling menjadik isu membesarkan Aisya selama 6 bulan ni adalah pasal your fair skin. Susah jugak nak membela nya. Semua nak kena organic, okeh. Kalau tak, habis kering sana-sini, takpun naik ruam merah sebab cucaca panas kat Mesia nih. High maintenance sangat,tau! Satu lagi, mana-mana Mama pergi, orang dok berkenan lah dengan awak yang putih melepak. Gara-gara Mama kenan dengan Emma Ma’embong lah ni kot. Tak cukup dengan kenan, orang tanya pulak,

 

“..putih gebu nyaaa ikut siapa lah ni?..

Anak Cina mana kau culik ni?…”

*krikk krikk krikk*

 

Mama tau lah Mama ni tak berapa nak cerah. Ala-ala gerhana je rupanya. Fineeeeee. Tok Nenek Aisya semua putih-putih kot. Pernah dengar skip generation traits ? Hambik segala ilmu biologi Mama dah keluar ni. heh. Kecik hati ke Mama? Nope. Habis tu Mama sentap ke? Of courseeee. Acah-acah sentap je pun. Penat hoi Mama usung awak 9 bulan sana sini, sakit pinggang kaki segala, orang boleh tanya anak siapa T______T

 

Walau apappun, ikut rupa siapa, putih ke hitam, Mama bersyukur dikurniakan anak-anak yang sempurna sifatnya dan sihat tubuh badan. Semoga Aisya membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah, yang akan menjadik saham Mama dan Papa kat akhirat kelak. Sekejap je rasanya baby Mama dah besar-besar. Rindu nya lah hai. Ini belum Aisya dengan Abang Alfiy masuk sekolah lagi, lepas tu duduk asrama, masuk U, kahwin. Uwaaaaaaaaaaaaaaaa.

 

Semoga Allah panjangkan usia Mama, untuk menikmati dan memanfaatkan pinjaman anugerah paling indah ini, selama yang diizinkan olehNya.

 

Happy 6-month, baby girl!

 

 

HER : Rezeki datang dalam bermacam bentuk. Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan.

10 comments:

  1. ha ahhh la, comelll sgt hannah ni, ikot sape ntah,

    lariikkkkkkkkkkkkkkkkkk~

    of course la gabungan mamanye yg comel ngn apaknye yg cm cina tu kennn.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naaaaaaa... Anak dara awak comel okehhh.. nak dating tak? Nak balik Lepar hujung bulan ni :)

      Delete
    2. Mencikkkkkkkkkkkkkkkkk Na ni, tau!

      Korang, bila nak gathering lagi weh. Rindu hoi kat korang! Semua dah beranak-pinak la ni.

      Delete
  2. Ce tengok Laeka ngan kita ni. Sama tak? Lagi laaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak sama. Anak perempuan ni sweet dia lain macam skit kan. Ngeh ngeh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnnn. Aura dia pun macam lain. Sikit-sikit nak beli dress, pakai reben, skirt kembang. eh eh ke situ pulak dia :p

      Delete
  3. ini budak macam retis korea okey. oh kenan emma maembong ke patut lah cerah kemain. bila nak gath jumpa aisya ni

    ReplyDelete
  4. mcm cina2 sket... ^^

    http://wawaarifin.blogspot.com/
    feel free to drop by and like... :)

    ReplyDelete
  5. Bestna ziha dah dapat sepasang kau.. Doakan aku menyusul dapat rezeki anak comel2 cam kau yek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnnnnnnnnnnn.

      InsyaAllah ada rezeki ko, Zurai. Kena kuat semangat & jangan putus asa, ok.

      Satu lagi, nak kena hati batu & buat pekak sikit kat cakap2 orang. Aku dulu camtu lah. Ingat satu benda je, kite ni bukan hidup dek puji & tak mati dek keji orang. hehe

      Delete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.