Wednesday, June 27, 2012
Sunday, June 24, 2012
Textgram #01 : Bercuti ke mana, ye? *UPDATES*
*masa dilanjutkan, saje nak bagi channn*
Good luck! :)
**UPDATES**
Nampak gayanya, selepas pihak juri meneliti jawapan para peserta, macam takde pemenang je. Ada bagi jawapan betul, tapi disqualified sebab dah overdue. Mungkin jugak sebab dah dapat jawapan bocor menerusi Foursquare/Twitter :p
Memandangkan ini contest sulung Xeatopia, aku berbesar hati nak bagi hadiah saguhati untuk semua yang sudi menyertai contest tak seberapa yang julung-julung kali diadakan kat Xeatopia ni. Maka, kepada semua 13 peserta, sudi-sudikanlah tinggalkan shipping address kat ruangan reply komen masing-masing ataupun email feexeea[at]yahoo.com paling lewat, hari Jumaat (29 Jun) ni, ye! Boleh terus pos during weekend. Lambat, tak dapattttttt!
XOXO;
Xeea
Thursday, June 14, 2012
Pembantu Chef Ajaib.
Bagi pengikut setia Xeatopia mesti dah sedia maklum yang aku ada satu penyakit ganjil. Bagi yang nak tahu lebih lanjut pasal penyakit ganjil tu, boleh baca entri ni. (Baca : Normal kah?) Namun, sejak dah ada ‘pembantu’ sewaktu aku menjelma jadik chef kat dapur, macam dah kurang sikit lah penyakit pelik aku tu. err.. aku tak cakap dah hilang, cuma berkurang lah sikittttt :p
Memperkenalkan, my hero in the kitchen; Misterrrr Chefel!
Diimport khas dari negara Cosway.
Kisahnya, officemate aku lah yang beriya-iya promote si Mister Chefel ni kat semua orang. Katanya, memudahkan kerja kita selaku wanita berkerjaya gitu. Member aku ni bukanlah agen Cosway, tapi dek kerana dia rasa kuali ni memang mempunyai unsur-unsur ajaib, maka dia dok canang satu ofis suruh beli.
Bagi orang yang tak berapa gemar memasak macam aku, mana nak heran dengan gadjet memasak macam ni, kan. Cuba kau tala handbag ke, kasut tinggi ke, mau juling jugak mata aku. Namun, selaku menantu yang memahami minat Ibu Mertua tersayang, aku pun sebarkanlah gossip gadjet dapur ajaib ni kepada Mak Mertua kat Ganu nun.
Tanpa melengahkan masa, besok jugak Mak Mertua aku serbu Cosway.
Tak payah pikir panjang, dia terus angkat dua sekaligus! Satu untuk dia, satu lagi tak lain tak bukan untuk menantu tunggal kesayangan *mata ke atas, tangan ke bahu* yang tak suka memasak tersebut. Maka, secara tak langsung, aku pun terjebak lah dalam fenomena kuali Chefel ni.
Lepas dah pakai buat memasak beberapa kali, aku terus rasa macam bertuah gila sebab dijodohkan dengan kuali ajaib ni. Serius best, woh! Sangat sesuai untuk orang-orang yang berpenyakit ganjil macam aku. Lagi pulak, kaedah memasaknya boleh grilled tanpa minyak, stim atau menggoreng dengan sedikit minyak. Ada booklet resipi disertakan sekali. Jimat minyak masak. Sebulan pun tak abis guna. Sihat pun iye, sesuai untuk menu diet.
Jenis non-stick. Boleh guna kedua-dua belah atas api. Pakai kaedah flip & cook. Sila baca user’s manual dulu sebelum guna, ye.
Biasanya malam sebelum tidur aku dah siap-siap marinated bahan-bahan simpan dalam fridge. Esok, lepas balik kerja, panaskan Chefel atas dapur dengan api paling kecik, masukkan segala bahan yang dah siap marinated dengan sebati, tutup pan. Lepas tu, pung pang pung pang aku pi solat, mandi, main dengan Alfiy sampai agak-agak 15-20 minit. Masuk dapur, terbalikkan pan, biar lagi 10-15 minit. Aku pun sambung kemas rumah, basuh baju, sapu lantai pung pang pung pang. Elok je siap kerja, masak pun siap! Ting! ting! ting!
Begitu menggiurkan, kan? kan? kan? Mudah, cepat, sedap dan sihat.
Sejak dari itu, aku tidak mentoleh ke belakang lagi.
Hari-hari pun aku hentam pakai Chefel Flip & Cook ni buat membakar, menggoreng, mengstim (?) u name it. Menggoreng ikan pun aku pakai Chefel je sekarang ni. Letak olive oil atau minyak jagung dalam satu sudu besar, lepas tu letak je ikan yang dah diperasakan dengan garam kunyit macam biasa. Lagi sedap daripada goreng minyak banyak yang kita biasa buat tu, I tell you! Isi ikan sangat lembut dan macam juicy gitu. Kurang kolestrol pun iya.
Kalau nak lawan dengan lauk berkuah, aku cuma masak sayur air. Hari ni sayur air bayam, esok sayur air kentang, lusa sayur air sawi fishball dan kita ulang lah sampai dah habis segala jenis sayur. heh. No more masak santan berlemak segala.
The best part is, tiada lagi kesan kotor, berminyak, berlengas kat dapur. Tang ni lah yang buat aku tak suka masak sebenarnya. Aku ni jenis yang lepas masak, mesti nak kasi bersih semua dulu baru boleh duduk makan atau berehat. Orang putih kata, ada sikit macam OCD (Obsessive Compulsive Disorder). Aku boleh tahan tengok baju bergelimpangan atas sofa tak berlipat, tapi greasy hob? eiuwww, allergic tahap dewa! Tidur pun tak nyenyak kalau terlupa nak bersihkan hob lepas masak. Yes, i am that particular (-_-“)
Dengan Mister Chefel, segala jenis bahan pun aku humban dalam tu, dah siap, boleh terus basuh. Takde percik-percik minyak biarpun masak ayam percik. Nak membasuh pun senang, takde lekat-lekat, tak payah nak kena sental apa. Memang sorgaaaaaaa!
Nah, kelmarin punya menu; seafood platter.
Kelas kan mak hari-hari masak tahap Restoran Manhattan Fish Market, you! :p
Entri ini disudahi dengan URL video Cooking like Magic with Mister Chefel saja nak bakar perasaan membuak-buak korang nak beli Chefel jugak lepas ni. Huehuehue aku promote dah mengalahkan agen but u know me, right? Kalau benda tu memang betul bagus and can make our life easier, why not?
HER : Makin benci la si Lylie kat aku pasal buat entri review. Lariiiiiiikkk!!
Friday, June 8, 2012
Wedding : A Family Affair.
Alhamdulillah, satu-satunya adik ipar telah selamat diijabkabulkan. Lega Mak Ayah Mertua sebab dah ada orang nak jaga anak dara diorang. Cerita banyak tak guna, sebab korang nak tengok gambar je, kan? Tahu dah. heh.
It was a simple wedding with beautiful couple, good foods, cosy weather and everything run as smooth as what has been planned. Pertama kali jadik ‘tuan rumah’, tak menang tangan jugak dibuatnya. Paling bertuah, cik abang Cfu kitalah sebab dengan selamba dapat ‘salam keruk’. Kelasss laki mak!
With Umi & Ana; kawan-kawan masa aku kerja di Terengganu dulu. Really miss the old time that we’ve spent together. tsk.
Remember Arsyad? Dua pupu Alfiy dalam entri Alfiy & Parti Harijadi tu. Yes, this two boys grow up too fast! Dua-dua pun lasak. Pantang jumpa, mesti salah sorang menangis, takpun dua-dua sekali menangis. Berebut toys, bertolak-tolak, saling berbalas serangan. haha. Boys will always be boys.
Alfiy taknak berganjak dari karpet merah. Sibuk enter frame kat laluan pengantin. Haih, anak siapalah ni (-_-“)
Eh, Alfiy? Mana Alfiy?
Mr. Photographer : “Ok, semua oorang sebut ‘ess’ dan ‘emm’!”
Semua : “esssss… emmmmm”
Alfiy : “Aaaaaaa!!!”
Mr. Photographer : “Kite buat sekali lagi!”
.
.
.
.
.
“Aaaaaaaaaaaaaaaaa NAKKKK !!!”
HER : Syoknya kahwin!