Perghhh, sikit punya lama tak sembang pasal aktiviti hari minggu, kan? Selain aktiviti rutin dan tipikal menghadiri kenduri kahwin sanak saudara, aku suka menghabiskan masa bersama adik-adik gurau senda dan bergumbira pada hari hujung minggu.
Sebenarnya, dah lama tanam niat nak bawak adik-adik pergi taman tema.
Tapi faham-faham je lah nak pergi tempat-tempat macam ni, nak bawak ramai-ramai pulak tu, bajet nak kena kencang. Paling kurang, seratus satu kepala. Nak harap kat bonus gomen je, memang tak lepas lah :p
Mujur lah kerajaan Melaka begitu memahami perasaan orang kebanyakan macam aku yang nak merasa bawak adik-adik berfoya-foya kat taman tema. Melaka Wonderland ni konsepnya sama lah macam Sunway Lagoon yang kat belakang rumah aku nun. Tapi, jauuuuhhhhh lagi murah; lebih mesra bajet kata orang. RM 30 dewasa, RM 25 kanak-kanak on weekends & public holidays. Lokasi pun sangat strategik, terletak betul-betul depan Zoo Melaka lepas exit Tol Ayer Keroh. 30 minit je dari kampung halaman kami.
Cuaca sangat baik, awan pun cukup cantik.
Stesen sewa You Tube. heh. Deposit Rm10 (1 seater), RM20 (2 seater) & RM30 (3 seater). Pulangkan sebelum jam 6.45 pm untuk dapatkan semula separuh daripada duit deposit tadi.
Bahagian entrance, sesuai untuk famili dan kanak-kanak. Alfiy mula-mula meraung, habis bergayut macam beruang koala taknak masuk air. Gayat kot sebab meriah sangat dengan air terjun, gelongsor segala. Bila dah warm up, kasik celup kaki sikit, jirus-jirus sikit, terus galak dia main air lepas tu.
‘Tornado Chaser’ ni nampak macam seram dari luaran, tapi betullah orang putih cakap, don't judge a book by it's cover. Tak saspen mana pun, cuma pening-pening sikit sebab terpusing-pusing nak carik jalan keluar. Kalau tak jumpa, sampai ke sudah lah kau migrain terpusing-pusing kat dalam tu. Dah kata ala-ala dalam puting beliung, kan.
Dalam banyak-banyak attractions kat situ, aku rasa ‘The Pendulum‘ ni lah yang paling menakutkan. Serius macam nak gugur jantung woh! Aku terlalu takut sampai jerit pun tak keluar suara. Bila tengok dalam gambar, takde lah seram mana tapi aku tak tipu weh. Memang horror! Yang lemah semangat ke apa, aku nasihat, bawak-bawak mengucap lah, takyah naik pun tak apa.
Tunggu apa lagi? Kat Groupon tu hah tengah offer tiket murah nak ke Melaka Wonderland ni. RM 18 je, siapa nak bagi? Bukan setakat bawak adik-adik, pak mak, pakcik makcik menakan satu kampung semua pun boleh angkut sekali. Pada yang datang dari jauh, Permaisuri MiTC Hotel ada tawarkan pakej penginapan sekali dengan tiket masuk ke Melaka Wonderland ni. Untunglahhhhhh!!!
HER : Tercari-cari destinasi percutian 'mesra bajet' akan datang.
teringin jugak nak pegi. ritu dah pegi afamosa. tp mak abah kompem jd pemerhati aje. xde ke tempat yg org tua ponblh enjoy same ek? huhuhuhu
ReplyDeletePergi tempat-tempat gini, orang tua memang segan nak join walaupun dalam hati diorang nak main jugak sebenarnya :p
ReplyDeletepstt.. pergi SnoWalk lah! huu
Assalam Xeea,
ReplyDeleteLama tak dengar khabar hehe.. Harap sihat sekeluarga :) Soalan huda ni off-topic actually, terfikir nak tanya, sebab umur Alfiy nak dekat dgn umur Aliyah, anak huda hihi. Aliyah ni underweight actually, ikut huda, just nak survey2 budak2 yang sebaya dgn huda, samada normal ke tak underweight ni.. Kekadang ridau jugak tiap kali jumpa doctor. So, pendek kata, nak survey berat Alfiy heheheh. Skg ni dia 1y 7mo+ kan? Weight dia berapa ek skg? Tq xeea kalau dpt share!
*budak2 yg sebaya ALIYAH* typo pergi tulis sebaya huda pulak hahahah :p
ReplyDeletemcm best je xeea teruja tgk gambar. baru balik melaka jugak tp pi taman buaya n jalan2 situ je. heeee
ReplyDeletelah sini rupenye tempat berhujung minggu..ingat tak syok tempat ni skali nampak syok plak
ReplyDeletexeea kalau buat n3 g jenjalan mesti buat org lain nk pegi juga tau!
ReplyDeletebest je sume! memang pandai pengaruh org!
Huda,
ReplyDeleteNak reply comment u mcm surat pulak. heee Alhamdulillah, kami seisi keluarga sihat walafiat. As for Alfiy's weight, based on last time punya checkup 12+ kg. Rasanya skrg ni lebih kurang gitu jugak kot. Berat dia selalunya naik sket2 je.
Dont worry much kot pasal berat Aliyah as long as dia sihat & cukup makan. Breasfed baby tend to maintain je, tak berapa nak berat sgt. Tp kalau it bothers u much, consult dgn paed, bagi lega sket. huu
Lylie,
ReplyDeleteAda bakat jadik promoter lah kan? heeeeee Tapi mmg best taw! Pergilah bawak anak2. Mak duduk tepi je lah :p
Nurul :
ReplyDeleteTakkan tengok gambar je kot, pi la bawak Raina. Mesti dia suka!
Aida Jelita :
Syok woooooo! Lagi pulak dapat lepak dgn org2 tersayang. Lebih bermakna, gituuu
waaaaaaa kenapa saya tak tau ada tempat ni kat Melaka???selama ni ingat ada melaka wetland kat a famosa tu je...harus pergiiii :)
ReplyDeleteSila pergi babe. Iman mesti sukaaaa. Mama Iman pun. Ayah Iman pun. hee
ReplyDelete