Sekarang ni aku sedang mengasah bakat sebagai pengulas bebas.
Alangkah indah kalau memang betul wujud pekerjaan ‘Tukang Ulas’. Company sponsor pergi mana-mana, lepas tu kerja aku mengulasssss aje. Ulas pasal tempat tidur, tempat makan, tempat shopping, tempat aktiviti dan segala macam perkara lain yang boleh diulas. Kerja komplen je lah senang kata. Ada? Meh bak sini aku nak test market. heh.
Pertama kali menginap di Tune Hotel. Sebab hotel ni macam unik sikit berbanding hotel-hotel lain, so it deserves a detail review.
Perjalanan nak ke hotel sangat mudah. Belum pun sempat nak sesat gaduh bertarik rambut dengan Cfu, alih-alih dah sampai. Ikut Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), keluar kat Tol Skudai, lepas tu ikut je signboard. Sepanjang-panjang jalan dari tol sampai lah ke hotel memang sentiasa ada signboard.
Konsep hotel ni lebih kepada LAYAN DIRI.
Sesuai untuk backpackers ataupun setakat nak tumpang tidur je. Lepas tu, bayar apa yang kamu perlu sahaja. Kalau perlukan khidmat tambahan, maka sila lah buat bayaran tambahan. Nak tengok TV pun kena bayar, ok (-_-“)
Lobi hotel.
Masa check in pukul 2.00 pm, check out pulak pukul 10.00 pagi. Kena bayar RM 5 sebagai deposit key card. Kat kawasan lobi turut disediakan kerusi urut dan perkhidmatan mini cyber cafe. Dan, ada jugak kaunter untuk pakej pelancongan kawasan sekitar.
Complimentary Essentials Toiletries Kit.
Ada lah seketul sabun, sepeket syampu dan shower gel. Tuala tu kira rental ye, kena letak deposit RM 10. Masa nak check out, kena bawak turun tuala tu sendiri pergi kaunter untuk dapatkan balik duit deposit, dan baru boleh check out. Kalau takde, alamatnya kena bayar lah harga tuala tu.
Terasa macam duduk kat bilik yang dipasang bom jangka. Cemas je bila tengok remaining credit kat panel tu. Kiraan kredit tu berjalan mengikut berapa banyak yang kita guna. Contohnya; masa 12 jam aircond tu di ambil kira bermula daripada masa kita check in. Katakan hari pertama cuma pakai 6 jam sahaja, maka hari berikutnya kita masih ada baki lagi 6 jam untuk menikmati kenyamanan aircond. Cukup masa, habis kredit, aircond akan terpadam secara ajaib. Poof!!
*Klik untuk tumbesaran*
Pakej 3 hari 2 malam berserta add-on Comfort Package (12 jam aircond dan free toiletries) + Entertainment Package (24 jam TV dan Wi-Fi) + Tiket shuttle bus pergi-balik ke USS untuk dua orang + taxes = RM 222.38. Pakej-pakej ni boleh customized ikut selera dan keperluan masing-masing. Boleh jugak nak top-up kot-kot aircond 12 jam atau masa 24 jam TV tu tak cukup.
Keadaan bilik sangat bersih dan selesa. Tapi, keluasan agak terhad lah. Aku yang tiga beranak ni pun kerja berlaga-laga punggung je. Safety box pun disediakan, tak payah bayar. Pintu bilik air tu see-through ok. Paling kelakar bila Alfiy boleh mengintai ikut bawah tengok aku tengah ‘doing my business’. heh.
Satu lagi keunikan Tune Hotel yang takkan dijumpai di hotel lain adalah papan iklan merata-rata hah kat dalam bilik. Kat dalam tandas pun ada weh! Serius money minded betullah si Tony Fernandez ni.
Satu je lah yang tak berapa best. Jauh dengan tempat makan. Cafe yang ada kat hotel ni pun restoran yang jual Indonesian cuisine. Oh ya! memperkenalkan yang baju hijau tu travel-mate kitorang ke USS hari tu. Nama dia Anuar dan masih bujang trang tang tang. Sila lah isi borang, kalau berkenan.
Biarpun berdarah Jawa, aku macam tak boleh blah dengan menu yang ada. Bakso ni je lah aku layan. Itu pun masin ya amat! Mujur ada 7-eleven kat tingkat bawah hotel, boleh jugak nak beli roti buat alas perut.
Satu lagi pilihan tempat makan berdekatan ialah Restoran Singgah Selalu. betul-betul opposite Tune Hotel ni. Tapi nak kena pusing u-turn jauh sikit lah. Tempat ni sangat happening! Menu pun sedap-sedap belaka. Harga? Berpatutan lah dengan rasa, konsep dan lokasi restoran ni berada.
Sebelah Tune Hotel, ada Danga Bay. Siang-siang rupanya macam padang jarak, padang tekukur. Festive Mall dah terbengkalai macam rumah hantu. Bila menjelang malam, tiba-tiba tempat bertukar menjadik begitu happening sekali! Dengan fun fair, theme park, mini zoo, bicycle ride, tram, fine dine restaurant, semua pun ada. Alih-alih tempat tu dibanjiri ramai manusia yang muncul entah dari mana.
Keseluruhannya, puas hati lah menginap kat Tune Hotel Danga Bay ni.
Berpadanan dengan harga yang kita bayar, itu lah yang kita dapat. Dan, kalaulah lepas ni Tune Hotel ada di setiap negeri, dah tentu aku akan jadikkan sebagai pilihan pertama. err.. tapi tengok lokasi jugak. Kalau letaknya ke hulu sangat, tak kuasa kot, kang susah pulak nak mencarik makan. Untuk pilihan Tune Hotel di tempat lain, boleh rujuk lawan web Tunehotels.com
HER : Alang-alang dah buat entri ni, aku buat buat sekali entri pasal Tips & Tricks : Universal Studio Singapore yang aku hutang kat korang hampir setengah tahun yang lalu. Better late than never! :p