Wednesday, March 23, 2011

Hari Minggu #06 : Percutian Spontan.

B

Asalnya, sekadar memenuhi jemputan perkahwinan sahabat karib Cfu di Sungai Petani, Kedah. Tanpa niat mahu pergi bercuti.


Entah macam mana, tiba-tiba datang Sang Lang bawak kami terbang ke mari.

.

.

.

.

.

B21

B22

Langkawi, Bumi Mahsuri.


B29bbB2

Nama pun percutian spontan, sampai kat jeti Kuala Kedah walk-in je kat kaunter pakej pelancongan yang ada. Banyak pilihan. Yang penting, fulus. Kami pilih pakej tiket feri 2 hala, hotel 3 bintang dan kereta sewa. Lebih kurang 300++ nett.


B3B4

Perjalanan menaiki feri Kuala Kedah – Langkawi makan masa hampir 1 jam 45 minit. Mujur diorang pasang filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Lupa kejap aku pada mabuk laut yang suka serang tak bagi salam.


B6B7

Pertama kali Alfiy sampai hotel, kemain lagi dia terkinja-kinja suka.


B11B12B15B16B13

De’ Baron Resort.


Harga promosi bilik standard RM 150 satu malam termasuk sarapan. Bilik sangat luas dan selesa. Sesuai untuk famili. Kolam renang siap ada gelungsur macam kat Sunway Lagoon tu. Tapi versi kecik la :p Terletak lebih kurang 5 minit dari Jeti Kuah. Tepi laut. Dekat dengan tempat makan, kompleks bebas cukai, pasaraya dan macam-macam lagi. Kira puas hati lah duduk sini. Lain kali, boleh datang lagi.


B10

Boleh tambah satu lagi barang yang perlu ada sewaktu mengembara bersama bayi. Thermos Snak Jar berguna untuk isi makanan bayi yang perlu dibancuh macam biskut Farley's, nestum, takpun buah-buahan yang dah siap potong kecik-kecik. Kat bahagian penutup disertakan sekali collapsible spoon.


IMG_5181

B8

Haji Ismail Group.

Pak aji terkaya di Langkawi.


Kawasan yang paling digemari ramai. Naik juling tengok set Corelle, Pyrex dan pelbagai jenama import murah-murah. Tapi, memandangkan ni pun kira macam percutian bajet sebab berlaku di tengah-tengah bulan, maka banyak cuci mata je lah. Terpaksa pasrah telan nafsu membeli-belah dalam-dalam (-_-)


IMG_5303IMG_5297B17B27B28B20IMG_5313

Underwater World, Langkawi.


Memandangkan cuaca tak berapa baik, layan aktiviti indoor je lah. Masuk RM 28 bagi yang bawak myKad. Lebih kurang sama konsep macam Aquaria KLCC. Bezanya, section kat Underwater World lagi banyak, ada kawasan outdoor yang mana burung-burung bebas berterbangan, monyet bergayutan, siap dengan waterfall semua. Ala-ala mini safari gitu.


B18B26

Satu lagi, kat sini ada penguin. Datang khas dari Antartika. Yang rupa macam penguin dalam filem kartun Madagascar tu pun ada tau. Comel gila.


B19

Selain tu, boleh bergambar sambil peluk penguin secara percuma!


B23B5B24B25

Teksi, tren, kapal terbang, tambah satu lagi yang terbaru; feri, dalam senarai pengangkutan awam yang Alfiy dah merasa. Tinggal nak naik bas je lepas ni. Beca pun belum. Kereta kabel pun. err.. Kereta lembu juga.


B9

Percutian singkat yang bakal tersemat kemas dalam hati. Lebih-lebih lagi bila bawa pulang ole-ole yang begitu menggiurkan ini. Borong coklat macam beli ikan kat pasar. Bajet ketat ni, bayangkan kalau tengah kencang. heh.



HER : Kadang-kadang, rancangan yang yang dibuat sedari awal tak pernah menjadik. Sekali-sekala selamba buat spontan, seronok jugak. Mencabar, kata orang.

Thursday, March 17, 2011

Mengembara Bersama Bayi.

Sejak ada anak, setiap kali keluar, nak kena buat senarai semak barang-barang yang perlu dibawak sekali. Lebih-lebih lagi kalau nak pergi bercuti atau balik kampung. Mau sehari semalam aku pulun berkemas je. Itupun, masih ada yang tertinggal lah, terlepas pandang lah, tercicir. Haih.


Kalau boleh, satu rumah pun nak bawak pergi sekali, kan?

Baru senang hati. Takyah risau tertinggal itu ini.


Berpandukan pengalaman sekangkang kera yang aku ada, nak jugak berkongsi dengan mak-mak kat luar sana, barang-barang asas yang perlu ada sewaktu keluar berlibur bersama seorang bayi. Sesetengah barang mungkin keperluan pada aku tetapi tidak menjadik keperluan pada orang lain. Tapi, kita sama-sama berkongsi ilmu, apa salahnya. Oh, perkara yang terlalu asas macam lampin, tisu basah dan susu tu tak payah beritahu pun orang dah tahu, kan. Itu WAJIB ada. Kalau takde, boleh meroyan.



1. Nursing cover.

baby_bubu_nursin_4b9fd58373c45_2

Sangat penting bagi ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuh masa macam aku. Lepas tu, tak berapa gemar pakai baju khas untuk menyusu sebab kurang stailo kononnya :p Sekurang-kurangnya, tak sempat carik baby room, boleh selamba duduk kat mana-mana, sarung dengan nursing cover ni. Faham-faham je lah kalau anak dah lapar susu, dan-dan tu jugak lah dia nak. Selain tu, ia boleh dijadikkan sebagai selimut, pelindung matahari, shawl dan kalau kena gaya, jadik tuala mandi pun boleh tau.


IMG_3793

Macam-macam jenama pun ada kat pasaran. Nak jahit sendiri lagi bagus, jimat. Yang polka dot ni dari FabulousMom. Material kain nipis, jenis polyester kot. Ada macam-macam corak. Satu lagi dari Autumnz; material tebal sikit, warna plain. Biasa aku guna masa mengepam kat workstation.



2. Boon Squirt Baby Food Dispensing Spoon.


boon

Kalau setakat keluar jalan-jalan, biasanya dah isi siap-siap homemade puree atau bubur blended. Ada penutup kat bahagian sudu tu maka, puree takkan tumpah.


Kalau pergi bercuti, bawak ready made puree je senang. Nak makan, tinggal isi je kat dalam ni. Takyah nak bancuh ke apa. Biasa beli jenama Rafferty's Garden dan Heinz. Jarang bagi cereal atau bubur guna Boon Squirt ni sebab bukaan untuk keluarkan makanan kat sudu tu kecik; lebih sesuai untuk puree. Secara online, boleh didapati dari Giggles. Secara offline pun boleh kat outlet Giggles di Puchong. Kat tempat lain, tak sure pulak boleh dapat kat mana sebab tak pernah jumpa lagi.



3. Disposable / Wipeable Baby Bib.


bib

Selain tisu basah, bib pun dikira sebagai perkara wajib ada bila anak dah boleh makan. Kalau tak, bersedialah je lah nak tatap baju anak yang comot di sana sini. Nak mudah, beli yang pakai buang je lah. Kat BabiesRus ada. Kat Watson dan Guardian pun ada kalau tak silap. Kalau nak beli online, boleh ushar kat OneBabyWorld.


IMG_4655

Nak lebih jimat, pakai bib jenis wipeable. Material biasanya plastik PVC, saiz pun besar. Boleh tutup sebahagian besar kawasan yang biasanya dicemari oleh kesan kotoran. Aku biasa bawak yang ni. Lepas siap makan, lap bib dengan tisu basah, gulung, simpan dan sedia untuk digunakan semula. Easy peasy.



4. Fold & Go Diapering Kit.

fold

Kalau setakat nak keluar makan Megi Goreng kat kedai mamak, pergi pasar malam, Giant ataupun jogging, tak kuasa lah pulak aku nak mengangkut diaper bag bagai kan. Sebagai alternatif, foldable diapering kit ni boleh gantikan diaper bag tapi dalam versi yang lebih ringkas. Ada poket untuk sumbat diapers, tisu basah dan beberapa barang lagi. Dalam masa yang sama, boleh menjelma jadik changing mat. Kira macam beg ajaib la.


IMG_4755

Faham-fahamlah ada anak kecik ni, kita nak kena sentiasa expect the unexpected. Masa kita keluar lenggang kangkung, masa tu lah dia berak banyak kali, muntah dan sebagainya. Bila kita beriya-iya bawak beg dengan diapers berkoyan-koyan, elok pulak dia takde apa-apa. Jalan selamat, tak kiralah keluar sekejap atau lama, nak kena standby jugak sekurang-kurangnya 3 keping diapers, diaper cream dan tisu basah. Jenama The First Years; boleh didapati di Giggles,BBStore dan OneBabyWorld. Satu lagi, aku berkenan kat Diaper Clutch di SnuggBaby, tapi dah takde keluar lagi kot.



5. Emergency Kit.


IMG_4700

Sangat penting kalau pergi bercuti. Malang itu tak berbau. Masa pergi, elok je anak kita sihat walafiat, tup-tup sampai tempat kejadian, masa tu lah dia nak selsema, kembung perut, naik ruam, demam dan sebagainya. Jadik, nak kena sediakan satu beg kecik yang boleh isi segala keperluan asas dalam saiz travel dan untuk kegunaan waktu kecemasan.


Siap senarai semak ni, barulah boleh keluar berjalan dengan senang hati.



HER : Pernah anak-beranak balik kampung sehelai sepinggang sebab tak dirancang dan hanya bergantung harap kat lima barang di atas selama 2 hari 1 malam.

Wednesday, March 16, 2011

Wordless Wednesday #03 : Missing.

hani


Friday, March 11, 2011

Hari Minggu #05 : Potluck Party.

Dah nak masuk hari minggu satu lagi, baru lah aku terhegeh-hegeh nak update. Takpe lah eh. Better late than never, orang putih kata.


Sebenarnya, bila Nurul SMS aku malam tu, beritahu yang masa potluck berubah dari 4 petang kepada 10 pagi, aku terus rasa macam alaaaa malas lah nak pergi. Tak larat nak bangun awal sebab hari Sabtu semalamnya, aku kerja. Jadi, aku takde lah janji nak datang.


Tup tup bangun pagi Ahad tu, Cfu tanya,

Nak pergi tak potluck blog mak-mak tu?”


Padahal sebelum tu, potluck tu menatang apa pun dia tak tahu. Bila cakap aktiviti makan-makan, kemain semangat dia. Lagi pulak bila cakap antara menu istimewanya ialah satay Kajang.


Tengok jam dah pukul 10 pagi.


Aku pun buat keputusan, selamba lah pergi je. Kalau nasib baik, dapatlah merasa potluck beramai-ramai. Kot-kot sampai semua orang dah beransur pulang, layankan je lah potluck makan pizza tiga beranak, apa ada hal kan?


IMG_4979

Memang kitorang takde nak rushing apa, pun. Siap suruh alfiy posing dulu sebelum bertolak, nak hantar kat Tok Nenek di kampung. Nampak tanda kat dahi tu? Hasil terhantuk dinding kat skool. Tapi, pandai pulak dia buat muka kasihan, kan. Geram.


IMG_5004

Wetland, Putrajaya.

Sebelum sampai sini, puas dah bergaduh bertarik rambut dulu dengan Cfu. Biasalah. Pasal mencari jalan, tak pernah nya kitorang tak bergaduh. Guna GPS tapi serupa macam tak guna, sebab ada orang tu tetap nak ikut GPS kepala sendiri. heh.


IMG_4997

IMG_4996

Mujur masih ada orang. pheww! Sampai-sampai, aku siap lah bagi Assalammualaikum, lepas tu salam-salam semua orang. Dah terlepas upacara tiup lilin hari jadi Alif, Dani dan Mika rupanya.


IMG_4981

Satay? Mana satay? *kecewa*

Elok lah sampai ngam-ngam waktu makan tengahari. Tengok orang lain macam segan-segan je. Aku pun apa lagi, terus perasan tuan rumah. Sub kan Alfiy kat Yaya kejap, hidangkan pizza yang aku dok nguli sejak malam tadi, pelawa semua orang makan, dan kitorang laki bini pun makan dengan penuh bahagia. Terima kasih ye Bonda A’uf.


IMG_4983

IMG_4985

Selesai makan, sesi borak mak-mak dan bapak-bapak.


Agak-agak makanan dah turun, terus ke upacara wajib. Fotogediks bersama-sama. Walaupun aku tak faham apa relevannya pokok-pokok ni dengan tema potluck di tepi tasik, kita layan kan je lah. Masa tu, aku sendiri pun tak terfikir nak ajak semua orang ambik gambar kat tepi tasik. Lepas tengok semula gambar-gambar ni, baru macam tertanya-tanya sendiri, ini gambar ‘Land’ je, tang mana pulak ‘Wet’ nya?


IMG_4988

IMG_4991

IMG_4992

IMG_4990

Amboi, galaknya Alfiy! Mama dia pun tak mahu kalah. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik (-_-)


IMG_4993

Selendang senget-benget pun tak mengapa, asalkan hati ceria.


IMG_5002

Sekian, laporan dari xeatopia. Jumpa lagi hujung minggu akan datang!

***


Antara yang terlibat,

@Yaya, @Ann, @Jue, @Ana, @Fad, @Julia, @Sharena, @Evyn, @Miera, @Lylie, @Nano, @Nurul



HER : Mohon ampun maaf kalau ada terkasar bahasa, tersilap laku ye. Kadang-kadang bila pertama kali jumpa, kita tak tahu lagi tahap sensitiviti seseorang tu macam mana.