Friday, January 28, 2011

Resipi #05 : Oreo Cheese Cake.

IMG_4156

Sempena ulang tahun suami peliharaan ke-27.


Resipi ni aku pandai-pandai alter sendiri daripada resipi tiramisu dulu. Eh, aku pernah bagi ke tak eh? Nanti ah check balik kat ‘my lil’ recipe book’.


Satu lagi pencuci mulut paling senang dalam dunia.


Aku memang suka buat yang senang-senang je. Kalau macam nak kena bakar, lepas tu keluarkan balik, sapu krim, lepas tu masuk balik dalam oven bla bla. Tak kuasa lah.


Nah,


A) Crust/Base

1 1/4 cawan Oreo cookies (asingkan krim dan hancurkan)

50 g butter


B) Filling

1 buku Philadelphia cream cheese

1 cup plain yogurt

1/2 cawan castor sugar

5-10 keping Oreo cookies (asingkan krim dan dipecah-pecahkan)

Krim Oreo cookies yang telah diasingkan tadi


Cara-caranya ?


i) Cairkan butter. Lepas tu, gaul dengan biskut Oreo yang dah dihancurkan hingga menjadik serbuk tadi. Gaul rata sampai jadik agak-agak lembap, gitu.


ii) Letak campuran bahan (A) kat lapisan bawah sekali (base). Tekan-tekan sikit bagi padat. Ketepikan. Biasanya, aku guna bekas kaca Pyrex tu je. oh, kalau takde Pyrex, takyah nak stress hentak-hentak kaki mintak kat laki, guna Tupperware je pun boleh.


iii) Gunakan kuasa mixer, beat bahan-bahan (B) (kecuali biskut Oreo) hingga kembang. Kalau guna tangan, raya cina tahun depan pun belum tentu kembang.


iv) Lepas tu, gaulkan adunan (B) yang telah siap dipukul (beat) tadi dengan biskut Oreo yang telah dipecah-pecahkan.


v) Dah siap, letakkan adunan (B) kat atas lapisan base (A). Ratakan dengan sudu ke, jangan bagi nampak kedut. Biar tahap ketebalannya sama dan seimbang.


vi) Nak bagi nampak lagi canggih ala-ala Secret Recipe, pandai-pandai lah korang hias dengan biskut Oreo kat lapisan atas sekali.


vii) Sejukkan kat fridge semalaman. Esok, boleh masukkan dalam kotak lawa-lawa, ambik gambar vogue sikit, bubuh dalam blog. Untung-untung, ada orang nak tempah. Komisen bagi kat aku separuh. heh.


Sekian, Selamat Hari Raya Cina!



HER : Suka gila tengok Junior Masterchef Australia!

Monday, January 24, 2011

URL Calling.

Lepas menulis pasal playdate dengan mak-mak yang hot hujung minggu lepas, aku macam lost bila masuk bab nak bubuh link alamat blog.


Ok, serius nak kena update bahagian ‘THEIR OTHER HALF’.


Dah berzaman kot tak pernah update. Sebab tu masa playdate hari tu, aku macam blurr bila ada yang tegur, tapi aku tak cam orang yang mana satu, blog nama apa. My bad :(


Mungkin, lepas ni, tiap kali berkumpul macam hari tu, semua nak kena pakai tag nama glamour yang biasa guna dalam blog plus, URL atau nama blog sekali. Baru senang nak cam. heh.


Oleh itu, pada sesiapa yang dah mengikuti xeatopia ataupun dulu ikut isu bumper kahwin yang dah tak berapa nak semenggah tu, tiba-tiba terjebak masuk sini pulak, secara senyap mahupun secara bising, ayuh tinggalkan URL blog masing-masing.


Jangan malu, jangan segan.

Senang aku nak salin dan tampal je.


tq


HER : Kawan biar beribu, kekasih biar satu.

Sunday, January 23, 2011

Second Hand Breast Pump for SALE.

*STICKY POST : New entry? Scroll down, please*


1. Medela Swing. (SOLD to Fid)

Ingat lagi entri ni?


Ya, Medela Swing ni aku pakai dalam 3 bulan je. Sangat sangat berjasa terutamanya masa baru bersalin dulu. Ye lah kan, masa tu tak berapa reti nak nursing, Alfiy pun tak pandai latching lagi. The 2-phase expression really works! Tak sakit pun. Lebih kurang sama macam baby’s sucking.


Swing ni kira macam my saviour of the early days.


Dah kata berjasa, buat apa jual?

Ada rezeki lebih, Cfu sponsor Medela Freestyle pulak :)


So, my Medela Swing is free to let go at the price of

RM 650 only! !


pump

(Retailed Price : RM 888)


Includes :
1. SoftFit Breastshield (*NEW* For hygiene purpose)
2. Bottle Stand
3. Power Cord
4. Shoulder / neck strap - never use
5. Tubing
6. Valve and membrane *NEW*
7. Instruction manual
8. Bottle cap - never use


*BONUS*

BAG

ALSO includes :

9. Two (2) pieces of PP BPA Free Medela Storage Bottles & Caps *NEW*
10. Medela contoured shape ice chiller *NEW*
11. Medela mini cooler *NEW*
12. Medela sling bag *NEW* (to store your breastpump and the mini cooler set)


2. Pureen Battery Operated Breast Pump. (SOLD to Zila)


Beli yang ni pun sebab kes tertinggal pam kat rumah. Konon, boleh lah kot tunggu sampai balik kerja, tapi tengahari dah tak boleh tahan. Main capai je kat Giant depan ofis ni. Pakai sekali tu je la. Lepas tu, simpan masuk balik dalam kotak. Tak pernah usik sampai ke sudah.


So, condition sangat tip-top la.


RM 69.90 only! !

image

(Retailed Price : RM 99.90 )


- Excellent and adjustable suction power.
- Suction release button.
- Suction control knob.
- Portable, single-handed operation.
- Complete accessories.
- AC/DC adapter inlet (or uses 2 "AA" size batteries)

*FREE*

Two (2) "AA" size batteries (Eveready)



Serious buyers only!

First come first serve basis!



Interested?

Do contact me at :

feexeea[at]yahoo.com


Tuesday, January 18, 2011

Hari Minggu #02 : Bila Mak-Mak Yang Ada Blog Bertemu Empat Mata.

Bayangkan kalau mak-mak kita dulu pun ada blog. Tiap-tiap kali tulis kat blog pun, majoriti pasal kita. For each and every milestones. Lepas tu buat gathering / playdate macam ni. Dah tu pandai-pandai pulak siap nak kenenkan dengan anak orang nak dibuat menantu :p


Rasa macam kool, huh?


Aku terfikir. Apa lah yang Alfiy rasa bila dia jumpa blog aku ni bila dia dah besar nanti. One thing is sure, aku takkan beritahu dia yang aku ada blog. Lainlah kalau aku tiba-tiba femes ke menang award juta-juta, tu lain cerita. heh.


Nah, biar gambar-gambar yang bercakap.


play 027

play 026

play 038

play 030

play 031

play 062

play 066

play 068

play 032

play 048

play 075

play 076


Mommies Blogger Playdate.


Date : 16th January 2011
Venue : MegaKidz, Mid Valley Mega Mall.

Summary :

Total strangers, malu-malu kucing, instant chemistry, hot mommies, cute babies, dedicated daddies, awesome place, borak mak-mak, penat kejar2 anak, conquer the place, camwhore like nobody business, bajet artis :p

After all, the playdate went awesome!
It's nice to know everyone
OFFLINE

:)

Antara yang Terlibat :

@Dayu @Nurul @Hannah @Yaya @Fad @Sha @Zuris @Azie @Reen @Mawar

(kalau ada yang tertinggal, let me know, ok)


play 083

Di sebalik tabir ; suami peliharaan yang sentiasa sokong kerjaya sambilan menternak blog dari dulu hingga kini. Love you loads! *tiba-tiba*



HER : Kadang-kadang, kawan-kawan alam maya lebih kenal kita daripada orang yang kita jumpa tiap-tiap hari.

Tuesday, January 11, 2011

Jijik, tahu!

quit-smoking

1. Aku paling benci kalau orang hisap rokok kat tempat orang lain tengah makan, lepas tu buat muka tembok besar China tak reti bahasa. Dasar takde kesedaran sivik.


2. Satu lagi, bila masa mengajar, lepas aku bagi ‘take 5’ kat students untuk rehatkan otak kejap, touch up make up, nak ter'buang' apa semua tu, satu kelas yang berhawa dingin akan penuh dengan bau asap rokok berlegar-legar. Masa tengah mengandung dulu, habis aku bambu budak-budak tu keluar kelas.


3. Dan, sekarang ni, aku jadik terpaling sentap bila masa terang-terangan aku tengah dukung bayi, boleh pulak datang sekumpulan remaja lelaki yang pakai macam Adam Lambert (konon) selamba hembus asap rokok kepul-kepul macam naga. Betul-betul depan mata aku.


Ada jugak yang merasa tamparan wanita, kang.


image

Jijik.



HER : Apa dah jadik dengan kempen Tak Nak dulu? Dah naikkan harga pun tak makan saman. Lepas ni, bagi saman je. Sebatang, seratus ringgit. Tercirit kau kat situ jugak.