Announcing,
.
.
.
the arrival of our lil’ bun!
ALFIY HAFEEZ BIN MUHAMMAD HAFIZ
18.08.2010 , 8 Ramadhan 1431
09.54 pm
3.61 kg, 53 cm
Hospital Columbia Asia, Puchong.
Much love;
Mama Xeea & Papa Cfu
:)
Announcing,
.
.
.
the arrival of our lil’ bun!
ALFIY HAFEEZ BIN MUHAMMAD HAFIZ
18.08.2010 , 8 Ramadhan 1431
09.54 pm
3.61 kg, 53 cm
Hospital Columbia Asia, Puchong.
Much love;
Mama Xeea & Papa Cfu
:)
Masih buntu dengan persiapan hari raya?
Tak sempat nak bawak anak pergi menjelajah setiap pelosok shopping complex yang ada kedai jual baju bayi dan kanak-kanak berjenama pada harga murah dan patut selain daripada Pasaraya HARI-HARI?
Serik nak bersesak-sesak sambil mengusung stroller anak, menjinjing beg lampin ditambah pulak dengan rasa hangin terhadap suami yang berjalan jauh sebatu di depan tak perasan si isteri sedang terkulat-kulat di belakang?
Mahu anak kelihatan segak bergaya cantik lagi berseri tanpa perlu berpeluh-peluh mengejar anak keliling kedai semata-mata nak ukur seluar saiz berapa?
Kini, usah gusar lagi.
Terima kasih kepada teknologi internet yang membolehkan kamu membeli-belah keperluan anak-anak hanya di hujung jari. wah, semudah ABC!
Mempersembahkan…
http://pok-amaiamai.blogspot.com
Baju, kasut, bib, baju tidur, semua pun ada!
Cepat, cepat,
sementara stok masih ada!
Nah, bagi lagi. Kali ni yang kelip-kelip pulak.
er.. belum lagi.
Aku belum beranak lagi. Tak sangka ramai jugak yang email tanya aku dah bersalin ke. Amboi, sound baik punya mentang-mentang le xeatopia nih dah bersawang lama. heh. Terima kasih lah sudi bertanya. Alhamdulillah, saya masih sihat-sihat belaka.
Malahan, dengan selamba telah mengusung perut yang kini tiba-tiba telah membesar mencecah saiz sebijik buah tembikai susu ke litar lumba kereta. Orang lain mesti dah macam heran, kejadahnya perempuan sarat mengandung ni buat kat sini.
Macam biasa, aku mengekor Cfu atas tugasan rasmi.
Wah, kemain lagi. Pergi tengok lumba kereta sebagai tugas rasmi. Tiket percuma diberi, makan pun free, tinggal nak pergi duduk tengok dan pura-pura semangat sokong pasukan kompeni.
Litar FI Sepang.
Merdeka Millennium Endurance Race (MMER) 2010.
Grand stand, oke.
Macam nak pecah haa gegendang telinga aku layan bunyik enjin kereta yang dah serupa macam bunyik jet pejuang. Sampaikan si kecik dalam perut pun tak reti nak duduk diam. Tidur dia terganggu kot. Kesian anak Mama.
Honda Malaysia Racing Team.
Nyaris je aku nak sukarela jadik gadis litar sebab gadis litar dia kemain lambat keluar. Dah aa pakai uniform ala-ala nurse. Macam sesuai gitu standby kot-kot ada perempuan nak terberanak ke kan.
Cover hidung sembap.
ahh sekarang ni, semua pun dah sembap.
Goodies bag dan A&W percuma.
Honda Malaysia juara! Hoyyyehhhh!!
Ni lah si drebar nya.
Patut ah juara. Gagah perkasa rupanya :p
Layan auto show kejap kat luar.
Dah bosan, tengok mini konsert oleh artis yang diambik entah dari mana-mana. Lagu apa yang diorang nyanyi, sepatah haram pun aku tak faham.
Sebelum pulang, tapaw cendawan goreng singgit dua.
Kuasa lah kan aku nak tunggu sampai race habis.
24 jam kot. Nak tunggu race pun jenuh la sampai ke 12 tengah malam baru nak mula. Naik patah pinggang aku duduk kat kerusi keras tu lama-lama. derr.. kau ingat duduk grand stand dia bagi duduk atas sofa empuk Ogawa? Takde maknanya.
Penat memang penat. Tapi, macam seronok jugaklah. Pengalaman baru, kan. Lepas-lepas ni, kalau orang dok canang pasal F1 ke lumba kereta ke apa, takde lah aku jakun menganga. Nak harap keluar duit sendiri nak bayar tiket semua, memang payah lah kan.
Okay, sudah sudah.
Cukup cerita hal lumba kereta.
Duniawi je semua ni *mode ustazah*
Esok dah masuk 1 Ramadhan.
Ikut kalendar Islam, esok jugak merupakan ulang tahun kelahiran aku. Mak selalu cerita yang dia gigih laa mengqada’ puasa sampai sebulan. Siap kena bayar fidyah lagi. Terima kasih, Mak.
Ramadhan kali ni, InsyaAllah, pertama kali aku nak lalui selaku individu hamil. Giliran aku pulak nak rasa apa yang pernah Mak rasa masa mengandungkan aku dan adik-adik dulu. Larat ke tak, tu di luar kuasa aku. Aku ikhtiar je lah mana yang mampu. Doa-doakan lah, ye.
Selamat Berpuasa!
HER : Tahun ni, macam takde baju raya je. tsk.