Thursday, May 14, 2009

Aku Benci Bau Kapal Terbang.

Ada beberapa jam saja lagi sebelum terbang.


bulan madu = duit ilek 101

Kini, sesiapa boleh terbang.


Aku dah jadik pelanggan setia kapal terbang tambang murah. Habis elaun nafkah bulanan aku kena potong 50% dek kerana nak membayar sehelai tiket dua hala yang boleh dekatkan jarak 500++km kami dalam masa 50 minit. Selagi rezeki masih ada dan dipermudahkan oleh-Nya, tiap hujung minggu, muka jawa nilah yang bersidai kat lapangan terbang ala stesen bas ekspres tu.


Kat sini jugak aku berjumpa dengan macam-macam lapisan orang dan ragam. Serta berkenalan dengan pramugara tampan. eh eh. Mintak ampun, darling husband. Tak dapat disangkal lagi, ai hanya cinta you sorang secara rawak dan melampau.


Masa itu Porsche bagi kami.


Buat masa ni, aku tak mahu masa dihabiskan untuk melalui satu perjalanan yang memakan 5, 6 jam. Sedangkan tempoh masa perjalanan yang panjang tu membolehkan aku berbakti kepada suami. Seperti memasak nasik lemak kegemaran dia dua tiga kali. Boleh diluangkan untuk menggosok sedozen baju kerja dia. Atau main kejar-kejar membunuh lipas si makhluk perosak durjana secara beramai-ramai.


Menghabiskan masa berkualiti bersama.


Prinsip aku mudah. Penuhi masa dengan lakukan aktiviti bersama-sama semaksimum mungkin seolah-olah tiada lagi hari esok. Secara automatiknya, setiap saat yang dilalui bersama akan jadik lebih berkualiti.


Walaupun sekadar menonton TV di ruang tamu yang kemudiannya, cerita belum sempat habis lagi, dua-dua dah terlentok tidur tak sedar diri sampai pagi kat atas sofa. Ataupun hanya sempat mengetipkan kuku suami peliharaan yang tak reti nak ketip sendirik sampai jadik macam drakula. Dan macam bonus overtime pulak, kalau sempat melakukan home facial untuk suami dengan menscrub satu muka dan badan beliau menggunakan gel pengelupasan jenama Syahirah suci dan segar. err.


Biarlah orang kata aku umpama mencicirkan duit di sepanjang jalan. Leburkan duit macam tu je. Tapi, kalau nak dibandingkan dengan senyuman dan pelukan suami menyambut sang isteri pulang dengan girang, adalah tidak ternilai harganya. Priceless. Aku sanggup bergolok gadai emas di badan untuk membayar harga perasaan yang satu tu.


Orang yang tak mengalami sendiri, mungkin takkan dapat menghargai rasa itu semahal ni.


Kerjaya seperti aku yang memikul tagline BERKHIDMAT UNTUK NEGARA adalah sangat tidak relevan untuk situasi sekarang. Seperti memberi kata dua untuk aku pilih antara kerjaya ataupun keluarga. Kalau satu hari nanti, tiba-tiba aku diugut untuk pilih yang mana, dengan lapang dada dan hati terbuka, tanpa ragu-ragu aku akan pilih keluarga.


Atas rasional, mengutamakan yang wajib dan di situ menawarkan pahala berganda-ganda serta letaknya syurga. Itu juga yang akan sentiasa ada di sisi tatkala jatuh bangun hidup aku.


Jadi, untuk pihak yang berkenaan, simpan je lah kata-kata sinis yang mengguris tu. Sikit pun tak beri kudis kat aku. Walaupun parutnya tetap ada dan akan dikenang sampai bila-bila. Ingat, di sana, masih ada karma. Tak kena kat kamu, mungkin giliran anak cucu kamu pulak yang akan merasa. Masa tu, kamu boleh tercekik nak telan semula kata-kata sendiri.


Ada beberapa jam saja lagi sebelum terbang.


Ada apa-apa tips macam mana nak hilangkan sakit kepala sebab tak tahan bau dalam kapal terbang? Selain daripada hidu bau minyak wangi yang pramugara pakai? :p



HER : Tuhan, kalau inilah jalan terbaik yang telah Kau tetapkan untuk kami, maka lapangkanlah dada kami agar terus tabah mengharungi. Peliharakanlah kami dalam lindungan kasih sayang-Mu dan hindari kami daripada malapetaka, godaan syaitan, fitnah serta hasad dengki. Amin.

18 comments:

  1. rasanya, aku akan menghadapi perihal yang sama ngan ko tahun depan...balik bertemu dengan sang isteri...

    nak hilangkan bau?
    bawa sapu tangan wangi suami tercinta dan hidulah. pasti memberangsangkan...hehe

    ReplyDelete
  2. kapal terbang ada bau ek?? sembur perfume di pergelangan tangan, n cium la.. atau, bawak la sweter hubby tersayang. mesti nyenyak tido sampai kl..

    ReplyDelete
  3. Kamu masih untung dapat naik kapal terbang..

    saya??

    tak pernah langsung...(hari2 naik moto..bau asap lori dan debu-debu pasir yg lekat di muka)

    ReplyDelete
  4. ada lagi satu tagline awak,

    SAYA YANG MENURUT PERINTAH.

    :D

    ReplyDelete
  5. bawak baju hubby yang belum basuh..cium di bhgn ketiak sepanjang atas flight, insya Allah berkesan.

    renung2kan dan amalkanlah ekekkeke

    ReplyDelete
  6. naik pun x pnah .. ni kan bau kapal terbang...waaaa....

    ReplyDelete
  7. apa saja utk suami tercinta!
    kan,kan,kannnn??!

    ReplyDelete
  8. setuju
    selagi tak rasa sendiri
    mmg tahu nak kata org je
    alah..duit kita..lantak la. kita tahu apa yang terbaik untuk kita kan

    ReplyDelete
  9. hehehe bagusnyer wanita yg bergelar isteri ni...xeea..samer la kiter..jika diberi pilihan, jika duit dh berkopak, rase nk berenti kerja pulak..ihiks

    ReplyDelete
  10. lepas ni..aku pun akn jadi cam ko gak..huhu..mungkin akn meminta tips dr ko cmner nk tabahkan diri..hohoho

    ReplyDelete
  11. haaa? bau kapal terbang tu bau mcmmane eh? huehuehue. Kasi sumbat idung dgn perfume pramugara itu pakai. erkkk :D

    p/s: puan xeea, silelah memberikan alamat emel kpd sy..kerana ade urusan yg sgt penting mahu di sampaikan :D

    ReplyDelete
  12. adoiiiiiii..sama lah.bau sepesen!camne taktau nak cakap bau dia..taksuka!! :D

    ReplyDelete
  13. aku rasa, sekarang ni ada orang berlibur bersama sang putera...

    sampaikan komen yang ada belum terbalas..haha

    ReplyDelete
  14. kcynodia :
    taun depan, huh? jauhnye hai aku nak pi kenduri ko nanti. tade sapu tangan la. tuala mandi, boleh? :p

    hanys :
    ada. bau apa ntah. tak reti nak describe. tapi mmg buat pening kepala aa. sweater pulak? journey 50 minit je. tak sempat nak tido pun. apatah lagi nak nyenyak. huu

    hidden stories :
    tu lah. walaupun terpisah jauh, tuhan murahkan rezeki kami. dapatlah balik tiap minggu jenguk suami. sabarlah, awak. mana tahu, lepas kahwin nanti, rezeki awak pun akan bertambah. boleh terbang jenguk mentua :)

    hidd :
    oh, tertinggal yg satu tu. sebab asyik langgar perintah je bila kena bertugas hujung minggu :p

    yatie chomeyl:
    buat dah. struggle tak nak basuh baju suami pakai masa hari terakhir b4 balik rumah. tapi takdelah sampai bawak naik atas fight. takut tak pasal2 ada pax pengsan pulak tak tahan. heee

    farhanna :
    sabar, awak. ada rezeki lebih, kite naik sama2 eh? masa tu, sy btau awak bau yg macam mana sy maksudkan. huu

    ungu violet :
    YA!!! pahala percuma mana boleh dilepaskan kan, awak? :)

    dayu :
    mmmg dlm hati pujuk diri sendiri mcm tu. tp, pedih jugak lah nak tadah telinga. apa boleh buat, mulut tempayan, boleh jugak kita tutup, kan?

    aziyana :
    tu lah kak. ni baru bela suami. belum bela anak lagi. rasanya, mmg nak duduk rumah je kot. nak tengok anak membesar hari demi hari.

    tapi, tatau lagi lah kan masa depan mcm mana. kalau kewangan tak izinkan, kena lah jugak keluar bekerja, nak bantu suami.

    cik oren :
    luaran mmg la nampah mcm tabah. dalam hati, tuhan je lah yg tau. tips nye mudah je: jgn tunjuk kat muka, simpan dlm hati je. nampak jugak mcm tabah walaupun sebenarnya tak. huuu

    hanie :
    ala. tak reti lah nak explain mcm mane. dia mcm pelik sikit. yg mcm clog kepala. maybe sbb tertutup kot. peredaran udara tak berapa baik. tu yg bau semacam je. huu

    nak anto kad ke? ni la emailnya; feexeea[at]yahoo.com

    saloma :
    aiii. org yg dok ulang alik tiap hari pun tak boleh handle bau tu jugak, ye? betul, awak. tak suka. sampai kdg2 rasa mcm nak bukak je tingkap, nak bagi angin luar masuk :p

    kcynodia :
    takde maknanya. mlm td sudah terbang pulang. kat sini kan kerja hari ahad T__T bila lah penyeksaan ni bakal berakhir. uwaaaaaaa!!

    ReplyDelete
  15. rasanya..sy akan mengalami pengalaman yang serupa tahun hadapan..haih..

    jom doa ramai2~supaya tiada lagi suami+isteri yang duduk berjauhan..eceh..

    ReplyDelete
  16. oh so sweet. jz like my parent yg tpaksa berjauhan. jmpa seminggu sekali saja. harap2 [kalau] i kawin nanti tidaklah dduga begini *mulalah gedik rasa nak kawin hiks* mesti bertabah hati ok kakak xeea

    ReplyDelete
  17. modusoperandi :
    be prepared mentally and physically. bersiap sedia jugak utk menghadapi adegan cerita hindustan kat airport setiap kali mahu pulang. tsk tsk

    syahirah :
    err. parents awak pun duduh jauh, ke? sedeynye. dah kawen lama pun duduk jauh lagi, eh. at least, ade jugak anak2 pengubat hati, kan. huu

    anon sa'a :
    perasaan tu mmg sgt indah bila kita tahu menghargai :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.